Sudah beberapa kali singgah di sini... hari ni singgah lagi...
Tujuan kali ini ialah untuk ke Okadaya, sebelum ni dah datang tapi kedainya tutup. Tak susah untuk mencari Okadaya.. melalui stesen Shinjuku (Yamanote Line) ikut East exit.
Di seberang jalan akan nampak bangunan Studio Alta, berjalan menuju ke situ sehingga sampai dan kemudian belok di selekoh dekat kedai buah-buahan, Okadaya berada disebelah kiri. Ada 2 kedai Okadaya yang berdekatan, iaitu satu bangunan menjual barangan kraft dan satu lagi menjual kain,
sumber: Pinterest |
Apa yang special kat Okadaya?... di tingkat5 menjual barangan kraft yang beranika macam.. dan ini lah yang saya cari.. hook bersaiz 12mm untuk membuat hamparan DIY rag rug crochet..
hook mengait saiz 12mm |
Ini adalah foto-foto sekitar Shinjuku yang kami singgah sebelumnya... (foto-foto sewaktu kami datang waktu siang, lebihkurang sama saja, so tak payah muatkan banyak-banyak dalam artikel ni)
Merayau-rayau di kawasan luar stesen sambil mencari kedai jam (ada yang memesan) yang bagus-bagus...
calling..caling.. mana yang awak berkenan.. reply cepat.. saya masih kat kedai.. (whatsapp)
Bagusnya teknologi hari ini.. duduk di kedai, hantar gambar melalui whatsapp untuk memilih jam mana yang berkenan..
Teringat masa mula-mula datang Jepun dulu.. lebihkurang 15 tahun sudah... dok meninjau kedai-kedai elektronik di Akihabara
No comments:
Post a Comment