Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Friday, 25 March 2016

Gyumon - BBQ Halal di Shibuya

04 Januari 2016

Hari sudah beransur petang.  Selesai lawatan ke museum Doraemon, kami menuju ke Shibuya untuk mencari restoran Gyumon BBQ halal.  Dari Stesen Shibuya mengambil masa hampir 20min untuk ke destinasi yang dicari.  Nak senang.. boleh je ambik teksi dan tunjukkan alamat yang nak dituju.

Bila sampai ke kawasan seperti di pandu-arah oleh Waze dan Google Map... kami tak jumpa pun restoran tu. Setelah pusing-pusing kawasan sekitar, barulah terserempak restorannya yang agak kecil di lorong belakang bangunan... tak perasan dari jauh, pergi dekat baru nampak tanda halal dan baru pasti bahawa ianya restoran yang di cari...

Oh ya.. tempat agak terhad.. seeloknya call dulu untuk buat reservation..... kami bernasib baik sebab masa sampai tu ada meja kosong... ada mat salleh datang just selang beberapa minit selepas kami, tak dapat tempat duduk, lalu mereka buat reservation untuk esok harinya..




Wow.. tempat BBQ sedang disediakan....sambil menunggu boleh panaskan tangan dulu..
Menunya.. terdapat 3pilihan set BBQ








memang sedapppppp!!!!... HaveHalalWillTravel bagi 10 sebab mengapa ianya sedap!!! Rasanya, next trip ke Tokyo, nak singgah lagi kat sini.

Hari dah malam apabila kami kembali ke Koyama selepas makan malam di Gyumon. Kebanyakan kedai sudah mula ditutup...


sempat lagi membeli di Ozeki..




No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...