Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Wednesday, 6 April 2016

Winter di Tokyo, Nippori dan kembali ke Malaysia

05 Januari 2016

Sehari sebelum berangkat balik ke Malaysia, program kami adalah ke Nippori, yang juga terkenal sebagai Bandar Textile. Dari apartment kami di Koyama, kami tuju ke stesen JR Nippori. Sesampai di stesen, kami menukarkan dokumen tempahan online kepada tiket keretapi laju Keisei Liner, untuk ke lapangan terbang Narita keesokan harinya.




Selesai mendapatkan tiket-tiket, kami mula menuju ke textile town yang terletak tidak jauh dari stesen Nippori.



Baju-baju yang tergantung ini dijualkan dalam seribu Yen lebih sahaja (RM30 - 40)



Tetapi, textile town masih belum meriah kerana banyak kedai masih lagi ditutup sempena tahun baru 2016.  Kedai 'Tomato' yang paling besar dan mempunyai beberapa cawangan juga tak dibuka.  Ingatkan dah betul pengiraannya sebab banyak rujukan yang menyatakan kedai ditutup hingga 3hb Jan.. tu pasal kami ke sini 5hb...

Jadinya impian untuk membeli kain kapas Japan tak kesampaian..


Jadi nak kemana lagi ni.. hari masih cerah? Kemana lagi kalu tidak ke Harajuku ...


Round-round kat Takeshita Street... kami bercadang nak try "King Kebab", kebab halal yang kami nampak tempoh hari dihujung jalan...




Hari gelap... balik ke apartment di Koyama. Esoknya tiada rancangan kecuali untuk ke airport Narita, mengakhiri lawatan ke Jepun 2015/2016. Ini adalah kali ke 3 kami sampai ke Jepun.


Sebelum balik tidur, apa lagi, tidak lepas peluang untuk menikmati sushi di kedai yang sama.. dah 3 kali dinner sushi kat kedai ini .. tidak puas-puas..






06 Januari 2016


Setelah 9 hari sejak tahun 2015 hinggalah 2016 berada di Tokyo.. tibalah masa untuk kembali ke Malaysia..Kami akan menjelajah Jepun lagi di masa akan datang... cari sushi.. cari crepe..

Dari apartment di Koyama ...


Berjalan menuju ke stesen Musashi-Koyama..

Menunggu ketibaan Keisei Liner di stesen Nippori untuk ke stesen Narita..


Dalam perjalanan ke Narita...






Tiba di stesen Narita...



Setelah memulangkan Suica cards dan mendapatkan kembali baki wang yang ada... kami pun shopping dulu sikit-sikit kat airport...



Tiba masa untuk boarding......


menaiki pesawat ANA untuk ke KLIA... sayonara Japan.... hingga ketemu lagi...


No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...