Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday 9 December 2019

Merancang Trip Balkan dan Turki ( Disember 2019)

Kembara kali ini memakan masa selama 35 hari, berlepas dari KLIA pada 29 Oktober dan kembali semula pada 3 Disember. Kami berada di negara-negara Balkan (Bulgaria, Macedonia, Albania, Montenegro, Croatia, Bosnia dan Kosovo) selama 21 hari, dan 11 hari lagi di Turki, dengan 2 hari perjalanan kapalterbang pergi-balik.

TIP - Membeli tiket penerbangan

Berdasarkan pengalaman percutian kami selama ini tiket penerbangan adalah jauh lebih murah sekiranya kita menempahnya seawal mungkin. Untuk percutian kali ini kami menempah tiket penerbangan secara online se awal 6 bulan dari tarikh perjalanan. Sudah tentunya kategori tiket yang paling murah adalah kategori yang 'hangus', iaitu 'non-refundable'. Kami sepatutnya pergi berempat, tapi seorang tidak dapat meneruskan perjalanan setelah semua tiket penerbangan berkenaan (KUL-IST, IST-SKP dan IST-ASR) telah ditempah. Risiko ini terpaksa dihadapi apabila membeli tiket kategori 'non-refundable', lagi awal tempahan, lagi tinggi risikonya. 


Bermula dengan penerbangan Etihad dari KLIA ke IST, lapangan terbang baru Istanbul, pada 29 Oktober 7petang, kami transit di Abu Dhabi selama 11 jam. Kami sampai ke IST, Istanbul pada jam 2 petang keesokan harinya dan terus menaiki pesawat Turkish Airlines pada jam 8 malam untuk ke SKP, lapangan terbang antarabangsa Skopje, North Macedonia. Kami sampai ke tempat penginapan lebihkurang jam 10malam waktu Skopje, 30 Oktober.


Kami bertiga, bersiar-siar dahulu di bandar Skopje pada hari berikutnya dengan berjalan kaki sahaja kerana penginapan kami hanyalah dalam lingkungan 2 - 3 km sahaja dari pusat bandar / lokasi-lokasi tarikan pelancong. Hanya pada hari ke-4 kami menyewa kereta dari SIXT untuk memulakan pengembaraan kami menjejak kesan-kesan peninggalan Empayar Osman (Ottoman Empire) di sebahagian penguasaan empayar di sebelah Eropah timur.

Tiga bulan sebelum percutian kami, kami menonton drama sejarah siri TV Turki, "Dirilis Ertugrul" di youtube yang menaikkan semangat kami untuk menjejak kesan-kesan sejarah Empayar Osman di sebelah Balkan / Eropah timur.


TIP - Menyewa kereta

Apabila ingin menempah kereta sewa (pandu sendiri) yang melibatkan lintas-sempadan (cross-border) pastikan agensi kereta sewa tersebut memberi kebenaran untuk melintas sempadan negara-negara yang anda ingin lawati. Perhatikan juga cas yang dikenakan untuk lintas-sempadan. Agensi berkenaan perlu mengeluarkan 'cross-border pass' selalunya merupakan dokumen surat kebenaran cross-border bagi setiap negara yang terlibat serta dokumen hakmilik kereta.

Idea asalnya kami ingin mulakan percutian dari Sofia, Bulgaria dengan menyewa kereta dari sana, tetapi kami tidak jumpa agensi kereta sewa yang sesuai yang membenarkan cross-border ke semua tujuh negara Balkan tersebut. Ada agensi yang tidak membenarkan cross border langsung, ada yang hanya benarkan sebahagian sahaja dari 7 negara tersebut, ada yang cas EUR$50 setiap cross border. Akhirnya kami jumpa agensi SIXT, sewaan dari Skopje, Macedonia yang membenarkan kami cross-border untuk kesemua tujuh negara tersebut dengan cross-border dicajkan untuk 3 negara sahaja. Ini adalah agensi kereta sewa yang sama, yang kami sewa semasa kami ke Croatia  dan Bosnia pada tahun 2015 dahulu.


Kami juga yakin dengan memandu sendiri kereta diluar negara di mana sebelum ini kami hanya mengambil insuran perlindungan kereta basic/minima sahaja. Tetapi kali ini, pertama kalinya kami mengambil insuran penuh (zero excess, cover tayar, cermin etc). Keputusan ini diambil memandangkan sewaan yang lama di Balkan, iaitu lebihkurang 3 minggu dan faktor keadaan jalanraya di sana.  Kami dapati ianya berbaloi kerana berlaku insiden kecil iaitu batu  jatuh ke atas kereta (semasa perjalananan ke Mostar, Bosnia dalam keadaan hujan yang lebat), yang meninggalkan sedikit kesan kemek, nasib baik tidak kena cermin depan. 

Satu lagi insiden adalah ketulan batu-batu yang agak besar di atas jalanraya (semasa memandu di laluan 'scenic-road' dari Sarajevo, Bosnia ke Podgorica, Montenegro) yang boleh merosakkan undercarriage sekiranya terlanggar. Adalah disarankan supaya tidak memandu kereta apabila hari telah gelap di kawasan seperti ini sekiranya kita tidak biasa.

Semasa menghantar balik kereta sewa, mereka dapati ada kesan sedikit kemek di bahagian bumper belakang yang kami tidak perasan. Oleh kerana kami mengambil full-coverage, kami hanya mengisi borang tuntutan insuran dengan menyatakan kereta dilanggar orang tanpa disedari sewaktu parking di kawasan old town (buat cerita). Kalau bukan kerana insuran penuh, dah kena charge excess  sehingga EUR$200 agaknya.    

Sedikit info tentang kos sewa kereta untuk perjalanan sejauh 3,613km selama 21 hari.

- Sixt car rental 20 hari, large intermediate size, diesel, manual (pickup di Skopje town, drop-off di airport)  RM4,324.57
- Full insurance & cross border caj RM1,809.55
- Jumlah belanja minyak RM810.19
- Vignette Bulgaria untuk 3 hari RM23.79
- cuci kereta di Bosnia RM15
- Kos lain seperti Toll, parking, (tidak dicatat)


Pengembaraan di Balkan berakhir pada 21 November, di mana kami mengambil penerbangan Turkish Airlines untuk kembali ke Istanbul. Sampai selepas tengah malam di IST, kami mengambil 'private airport transfer' untuk menyenangkan keadaan, terus ke tempat penginapan di Ayasofya Istanbul yang mengambil masa sejam perjalanan dari lapangan terbang baru Istanbul tersebut.


Selepas cuti sekolah bermula di Malaysia, dua orang lagi menyertai kami untuk percutian di Istanbul. Selepas seminggu, kami kemudiannya mengambil penerbangan Turkish Airlines untuk ke Kayseri, bercuti selama empat hari di Cappadocia.


Di Kayseri/Cappadocia, kami menyewa kereta selama 4 hari (full insurance coverage juga) dari RentGo di Kayseri Airport.

- RentGo car rental, large intermediate size, diesel, manual 3 hari (pickup dan drop-off di airport)  RM 372.67
- Insurance  RM86.98
- Minyak  RM127.35
- Kos lain seperti parking, (tidak dicatat)

Sedikit mengenai sejarah Empayar Osman.

Ertugrul adalah bapa kepada Osman yang mana Osman (anak ketiga Ertugrul) memulakan Empayar Osman / Ottoman dengan mengambil gelaran Osman I.

Mereka adalah dari kumpulan nomad Kayi yang diketuai oleh Suleyman Shah (bapa kepada Ertugrul)


Next post.. IYI...



No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...