Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Showing posts with label Albania. Show all posts
Showing posts with label Albania. Show all posts

Saturday, 4 January 2020

Albania - Kembara Balkan (November 2019)

Tirana (05/11/2019)

Bertolak pagi hari dari Ohrid menuju ke Tirana, ibu negara Albania. Mengikut rancangan, kami hanya singgah sahaja di Tirana dan sekiranya sempat, kami akan bermalam di Montenegro.

Kami ada baca artikel yang mengatakan border crossing Albania ni cerewet sikit dan akan makan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk lepas. Kereta akan diperiksa dengan teliti, katanya. Sebab itulah kami ingin bertolak se awal mungkin dari Ohrid.

Kami cross border di Ќafasan (Struga, North Macedonia) - Qafë Thanë (Pogradec, Albania) yang merupakan border crossing laluan darat yang utama. Kami tidak mengalami sebarang masalah, dan cepat juga melepasi border. Tiada pemeriksaan kereta yang teliti seperti yang kami baca.


Dari Ohrid ke Tirana, jarak perjalanan adalah lebihkurang 135km dan memakan masa lebihkurang 2jam setengah untuk sampai.  Sangat cantik pemandangan, dengan susunan banjaran gunung yang berlapis-lapis, tiada perkataan yang dapat menggambarkan melainkan kalimat memuji kebesaranNya dan rasa bersyukur sangat...

 
nampak tak... kabel panjang yang merentas banjaran tu...
Mula memasuki bandar Tirana, pertama sekali kami cari sim kad Albania. Walaupun kami hanya singgah saja di Tirana, kami rasa perlukan sim kad untuk memudahkan mencari lokasi. Lagipun, kami akan masuk lagi Albania dalam loop/pusingan balik kembara kami nanti. Beli simkad yang valid untuk 2 minggu.

  
Melihatkan keadaan tempat pakir awam/pakir tepi jalan yang penuh, kami mengambil keputusan untuk mencari pusat membeli belah berdekatan dengan Skanderbeg square, untuk pakir dan seterusnya berjalan kaki dari situ.


Toptani Shopping Center terletak lebihkurang 450m dari Skanderbeg square.

 

Berjalan-jalan di sekitar kawasan Skanderbeg square

 

Masjid Hadji Et'hem Bey (Xhamia e Et'hem Beut) di Skanderbeg square ini, tidak dibuka sepenuhnya sewaktu kami sampai kerana sedang diubahsuai. 


Selepas meronda-ronda di Skanderbeg square, dan meninjau shopping center tempat kami pakir, kami bergerak ke Dajti cable car, untuk melihat pemandangan bandar Tirana dari atas.  Kereta kabel beroperasi setiap hari, kecuali ditutup pada hari Selasa.  Eh.. hari ni 05/11/2019 hari Selasa! patutlah nampak lenggang dan tak ramai orang. 😥  Tu la! Tak buat homework lagi, main redah saja!  Rupanya ramai juga orang lain yang sama macam kami..  kesian juga yang guna public transport, dah penat mendaki naik dan kena patah balik semula.

 

Hari sudah petang, dari Dajti kami terus saja memandu ke sempadan Albania/Montenegro yang jaraknya lebihkurang 100km dari Tirana. Nak keluar dari pusat bandar Tirana, memakan masa kerana jalan jam. 

Ikut map, kami tuju ke bandar Shkoder untuk cross border, tetapi apabila tengok tanda jalan, bandar Shkoder jauh 20km lagi dari border crossing Muriqan yang jaraknya hanya 8km saja. Kami berpatah balik, menukar arah perjalanan menuju Muriqan instead of Shkoder. Hari dah mula gelap lalu kami singgah saja hotel yang kami jumpa di tepi jalan, Ambassador Hotel, sewa dua bilik (sebilik Euro$20/mlm)


Albania/Montegnegro border -  (06/11/2019)

Pemandangan dari hotel pagi hari sebelum bertolak masuk ke Ulcinj, Montenegro 

 

Border crossing Muriqan (Shkodër, Albania) – Sukobin (Ulcinj, Montenegro) bukanlah border crossing laluan darat yang utama, tetapi ia lebih dekat ke Ulcinj. Tiada masalah juga untuk melepasi sempadan di sini, urusannya adalah cepat juga.


Shkoder (17/11/2019)

Hampir 2 minggu kemudian, kami kembali masuk ke Albania dalam perjalanan loop balik ke North Macedonia. Kami masuk dari arah Podgorica, ibunegara Montenegro dan melewati sempadan Montenegro/Albania di cross border darat yang utama,  Božaj (Podgorica, Montenegro) - Han i Hotit (Malësi e Madhe, Albania).

Dalam perjalanan sebelum sampai ke pekan Shkoder, ramai yang berjualan di sepanjang jalan, macam-macam.. dan ayam hidup dalam reban pun ada.  Mungkin pasar minggu/pasar pagi agaknya.  Sampai di Shkoder, singgah sekejap di pusat bandarnya untuk ronda dan cari cenderamata.


Masjid Ebu Bekr (Xhamia e Madhe) terletak di tengah-tengah bandar Shkoder.

 

Pinggir bandar Shkoder, memandu menghala ke expressway Albania-Kosovo.
  

Sebelum memasuki expressway, singgah beli buah sedikit di gerai tepi highway.  Bayar dengan matawang euro sebab kami tak ada matawang Albania.. dan tentulah sipenjual caj mahal sikit.

 

Durres-Kukes highway (A1) adalah satu-satunya highway yang mempunyai tol dan merupakan highway terpanjang Albania setakat ini (114km). Menuju Kosovo, ia mempunyai terowong yang agak panjang, Thirre-Kalimash tunnel (5.5km).

 
 
 

Kami cross border di Morinë (Kukës, Albania) – Vërmicë (Prizren, Kosovo) cross border utama laluan darat Albania-Kosovo.

Urusan lancar dan cepat, pegawai imigresen di sebelah Kosovo senyum mesra serta ramah menegur bila melihat paspot Malaysia yang kami hulurkan.


Memasuki negara Kosovo.

 
 

Pada 26 November, berlaku gempa bumi yang kuat, magnitude 6.4, di bandar Durres, lebihkurang 20 batu dari Tirana. Gempa bumi mengakibatkan sekurang-kurang 18 orang meninggal dan beratus-ratus orang cedera. Katanya, gegaran dirasai hingga ke Skopje, North Macedonia.


Beberapa jam selepas itu, dilaporkan juga, Mostar di Bosnia, juga mengalami gempa bumi tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Waktu itu, kami telahpun berada di Istanbul, Turki selepas meninggalkan negara-negara Balkan pada 20 November.

Sunday, 15 December 2019

KEMBARA DI BUMI BALKAN, Pengalaman Memandu Sendiri

(Oktober/November 2019)

Pengalaman berkunjung ke negara Balkan baru2 ini merupakan satu kenangan yang sangat indah, akan cuba disimpan disini untuk rujukan akan datang, manalah tahu ada rezeki lagi untuk ke sana. Negara Balkan terkenal dengan keindahan alam semulajadi yang sangat cantik hingga tak mampu untuk digambarkan dengan ungkapan melainkan dengan melihat dengan matakepala sendiri.  Hanya dengan berkereta untuk sampai ke tempat2 sebegini, sebab pengangkutan awamnya masih tidak menyeluruh.

Lesen memandu Malaysia (asalkan dwi-bahasa, english) boleh diguna-pakai di sana

Bermula di Skopje, Macedonia dan berakhir juga di situ, kami memandu satu loop pusingan, 4 kali melalui sempadan Montenegro yang berbeza.

(Macedonia square, Skopje)

Pertama, masuk melalui Shkoder (Albania) ke Ulcinj dan keluar dari Kotor ke Dubrovnik (Croatia).  Kemudian, perjalanan  dari Sarajevo (Bosnia) merentas  bahagian tengah  menuju ke Podgorica sebelum masuk semula ke Albania.  Semuanya melalui pemandangan yang berbeza yang sangat cantik sekali.

Tujuh negara-negara Balkan yang dilawati adalah:-
  1. Bulgaria, 2 malam penginapan di Sofia dan daytrip ke Plovdiv
  2. North Macedonia, jumlah 4 malam penginapan meliputi Skopje, Tetovo, Lake Ohrid dan Matka Canyon.
  3. Albania, menziarah ibu negaranya, Tirana, dan menginap semalam di Shkoder.
  4. Montenegro selama 3 malam, menziarah Ulcinj, melewati Budva dan menginap di Kotor. Menginap semalam di Podgorica dalam route perjalanan balik.
  5. Croatia, singgah bersiar-siar di old town Dubrovnik sebelum bermalam semalam di Slano.
  6. Bosnia Herzegovina selama 7 malam. 2 malam di Mostar, semalam di Una National Park, semalam di Travnik dan 3 malam di Sarajevo. Antara lain-lain tempat yang dilawati di Bosnia dalah Neum, Kravice waterfall, Blagaj dan Jajce.
  7. Kosovo, singgah semalam di Prizren, kemudian ziarah ibunegaranya, Prishtina, dalam perjalanan balik ke Skopje, Macedonia.
Masa kami pergi pada bulan November ialah masa musim luruh, menambah keindahan pemandangan dengan warna warni daun merah kuning hijau yang bercampur.  Pun begitu taburan hujan agak banyak pada musim ini dan waktu siang yang pendek perlu diambik kira dalam perancangan.

Rancangan asal adalah untuk menikmati keindahan tasik buatan manusia dengan menaiki feri di Lake Koman menuju ke Fierza. Kami menghubungi syarikat perkhidmatan feri berkenaan lalu dimaklumkan bahawa operasi feri ditutup pada musim sejuk (November hingga April) dan akan beroperasi semula tahun depan.


Rancangan Lake Koman ini diganti dengan Una National Park di Bosnia, taman air terjun yang besar yang terletak di sebelah utara sempadan Bosnia di mana Plitvice National Park, yang kami ziarahi pada tahun 2015 dahulu, adalah kawasan air terjun yang sama di sebelah sempadan Croatia.

Keadaan jalanraya di Balkan boleh dikatakan keseluruhannya baik.  Mungkin di Bosnia dan Macedonia kami melalui jalan yang agak sempit dan berliku, serta ada ketulan batu jatuh di tengah jalan.  Tapi suasana begitu tidak mengejutkan selepas pengalaman kami memandu di Iceland.

Sebahagian jalan-jalan di Macedonia, Bosnia dan Albania dikenakan toll. Bayaran boleh dengan euro atau kad jika takde matawang tempatan.
 
 (Scenic road Pluzine-Zabljak, dari Sarajevo ke Podgorica)

Tidak mahu bermasalah dengan bayar saman pandu laju, yang selalunya mahal di tempat orang, kita selalunya akan lebih patuh kepada papan tanda had laju. Hanya di Bosnia dan sedikit di Albania nampak ada polis trafik di setengah-setengah jalanraya. Bosnia juga sering bertembung dengan perangkap kamera pandu laju.  Semasa ke Martin Brod menuju Una National Park, kami ditahan oleh polis dan ditanyakan beberapa soalan sambil diperiksa dokumen perjalanan dan dokumen kereta. Kemudian polis tu minta en. driver keluar dari kereta dan kata penumpang sebelah tak pakai tali pinggang.. haaa??? rasanya dia pun nampak yang penumpang tekan butang nak buka tali masa kereta dah pun berenti.. Mujurlah en. driver pandai jawab.. tak mungkin.. kalau tak kereta akan berbunyi sepanjang masa, mahupun untuk penumpang belakang juga.. Kemudian barulah dia benarkan kami teruskan perjalanan.  Di sebuah pekan kecil semasa menuju ke Jajce, perasan speed kamera menyala walaupun laju kereta pada masa itu kurang dari 50km/j. Rupa-rupanya had laju kawasan itu adalah 30km/jam. Walau bagaimanapun sehingga kembali ke Malaysia, tiada saman had laju diterima setakat ini.

Tentang parking, biarlah bersusah2 terkial2 nak bayar kat mesin atau bayar mahal pun, daripada kena hadapi keadaan yang lagi susah seperti kena saman atau tayar kena clamp.  Di Bosnia banyak kes kereta kena angkat bila parking tepi jalan sebarangan.

Di Bulgaria (highway) tak nampakpun operasi had laju. Semasa memandu dari Sofia ke Plovdiv, had laju highway ditandakan 130km/j, kita memandu 160km/j pun, orang lain laju saja memotong.


 (Alexander Nevsky Cathedral, Sofia - Bulgaria)

Semasa urusan di sempadan merentas negara, tiada sebarang kesukaran yang kami hadapi.  Di Bulgaria, pemeriksaan agak lama dan  kastam akan periksa bonet kereta juga.  Pass vignette boleh di beli di mesin disempadan itu juga.

Semasa melintas sempadan Croatia-Bosnia menuju ke Neum pula, kami terkejut sebab petugas tak sambut pun pasport yang kami hulur, isyarat tangan supaya terus jalan dan tak periksa apa-apa. 

Kebanyakannya kami menginap di homestay. Kami tak book awal supaya lebih flexi jika tetiba nak tukar plan (memang beberapa kali bertukar), sehari atau dua hari sebelum baru kami book tapi tak boleh bayar dengan kad.  Kebanyakan kena bayar cash pada pemilik.  Masalah juga sebab kami cuba untuk tidak bawa banyak tunai.  Bukan musim puncak maka bolehlah kot flexi camni, kalau musim peak, selalunya akan fully booked semua...

(Homestay apartment 2 bilik di Mostar)

Wifi... ya.. sangat diperlukan sepanjang masa walaupun boleh guna offline map.  Sebab kekadang nak search apa2 sepanjang perjalanan, spt tempat parking, nearest hotel, tempat makan  atau apa2 saja. Paling ekonomi ialah dengan membeli simkad setiap negara yang di lawati. Kos wifi/sim kad termasuk top-up yang dibelanjakan adalah dalam RM130 untuk 4 negara. Di Albania, Croatia dan  Kosovo kami guna offline map sahaja tanpa wifi, kerana tidak menginap lama.

Kami tak beli sim semasa di Croatia sebab singgah di Dubrovnik sahaja dan terus akan masuk ke Bosnia.  Sebab leka berada di old town Dubrovnik, keluar pun agak lewat menuju ke Neum, Bosnia. Jalan kecil di lereng banjaran gunung dan sebelah lagi pula ialah pesisiran laut Adriatik.  Sangat cantik pemandangannya.  Kami belum pasti lagi di mana nak bermalam.  Hari dah gelap dan tak berani nak terus ke depan takut tak jumpa hotel, akhirnya singgah mencari hotel di Slano (Croatia) secara walk-in.  Hotel yang paling mahal kami bayar untuk  malam tu.. 100 euro untuk 2 bilik... merasa duduk hotel tepi pantai yang tak sempat kami hayati keindahannya sebab sampai dah gelap dan esok pagi2 lagi kami dah check out.

(Dubrovnik, Croatia)

Kembara kali ini kami tidak risau dengan habisnya wang tunai (di setiap negara) kerana kali ini kami pakai BigPay, yang merupakan sebuah mastercard dan juga ewallet. Yang bestnya, kadar tukaran matawang asing adalah berdasarkan rate internet, at least 2% lebih murah berbanding dengan perbelanjaan dgn kredit/charge card biasa. Pergi saja mana-mana ATM yang ada logo VISA/MASTECARD etc, dan keluarkan wang tempatan sepertimana kita mengeluarkan wang tunai di mesin-mesin ATM. Pengeluaran wang dicaj RM10 (caj BigPay) bagi setiap pengeluaran. Mengeluarkan wang di Bosnia, kami dikenakan hanya caj pengeluaran sahaja (RM10), sementara kadar tukaran wang asing berdasarkan rate internet yang lebih murah dari rate komersial. Tiada caj lain, seperti caj penggunaan mesin ATM atau caj bank berkenaan. Tetapi di Turki, mengeluarkan wang di ATM ada caj penggunaan (oleh bank berkenaan) sebanyak 5.99% dari jumlah yang dikeluarkan, ontop of RM10 caj pengeluaran BigPay.  Walaupun begitu, ianya lebih murah dari tukaran wang yang di buat kat Malaysia.  Penukaran wang RM80 dapatlah Lira100 di Malaysia, tetapi pengeluaran wang di ATM Turki (termasuk semua caj yang dikenakan) adalah dalam RM77 untuk Lira100.



Kami rekomen penggunaan BigPay apabila travel ke luar negara. Guna link ini -> http://bigpay.link/referrals untuk memohon BigPay anda dan dapatkan RM10 percuma dikreditkan dalam kad anda semasa memohon dengan menggunakan code PEYIOFV5DN.

Tidak perlu bawa wang tunai yang banyak kerana boleh dikatakan di keseluruhan tempat yang kami pergi, bayaran boleh dibuat dengan kredit/charge card. Oleh itu kami guna Big Pay Mastercard ini utk pembayaran kerana kadar pertukaran matawang asing yang lebih murah dan tiada komisen charge sepertimana yang dikenakan oleh kad kredit/charge biasa (rate tukaran wang asing komersial serta caj komisen).


Tiada masalah pasal makanan, lagi pun dapur bergerak kami sentiasa ada, serba sedikit pes dah kami bawa.  Lagi pun kami banyak menginap di kitchenette home, senang nak masak.  Di Skopje kedai makanan halal banyak terdapat di sekitar old town bazar sebab ramai komuniti Islam.  Selebihnya kami beli seafood dan masak dengan pes.

Di Albania, dari apa yang kami baca tentang makanan halal kurang menyakinkan walaupun negara tersebut majoriti penduduk adalah Islam. Di negara-negara Balkan, mereka tidak ada suatu badan khas seperti JAKIM untuk memberikan logo "Halal".  Dari perbualan dengan warga tempatan, Kosovo dan Bosnia adalah lebih 95% muslim. Di Montenegro, penduduk Islam lebih tertumpu di kawasan selatan (Ulcinj) bersempadan dengan Albania. Perjalanan kami dari Skopje, North Macedonia ke Albania dan Ulcinj, Montenegro, kami nampak banyak masjid-masjid di sepanjang jalan.

(Skanderbeg square, Tirana)

Kosovo, mengikut seorang warga tempatan yang kami temui, mengatakan tiada masalah tentang makanan halal di seluruh Kosovo kerana 98% daripada mereka adalah muslim.  Kami dapati banyak masjid-masjid dibina di sini.

(Pemandangan dari hadapan hotel penginapan di Prizren, Kosovo)

Dari segi komunikasi, negara-negara Balkan tidak begitu fasih bertutur dalam bahasa Inggeris, kecuali di tempat-tempat tumpuan pelancong. Warga muda mereka lebih berpengetahuan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris berbanding dengan warga tua mereka.




Monday, 9 December 2019

Merancang Trip Balkan dan Turki ( Disember 2019)

Kembara kali ini memakan masa selama 35 hari, berlepas dari KLIA pada 29 Oktober dan kembali semula pada 3 Disember. Kami berada di negara-negara Balkan (Bulgaria, Macedonia, Albania, Montenegro, Croatia, Bosnia dan Kosovo) selama 21 hari, dan 11 hari lagi di Turki, dengan 2 hari perjalanan kapalterbang pergi-balik.

TIP - Membeli tiket penerbangan

Berdasarkan pengalaman percutian kami selama ini tiket penerbangan adalah jauh lebih murah sekiranya kita menempahnya seawal mungkin. Untuk percutian kali ini kami menempah tiket penerbangan secara online se awal 6 bulan dari tarikh perjalanan. Sudah tentunya kategori tiket yang paling murah adalah kategori yang 'hangus', iaitu 'non-refundable'. Kami sepatutnya pergi berempat, tapi seorang tidak dapat meneruskan perjalanan setelah semua tiket penerbangan berkenaan (KUL-IST, IST-SKP dan IST-ASR) telah ditempah. Risiko ini terpaksa dihadapi apabila membeli tiket kategori 'non-refundable', lagi awal tempahan, lagi tinggi risikonya. 


Bermula dengan penerbangan Etihad dari KLIA ke IST, lapangan terbang baru Istanbul, pada 29 Oktober 7petang, kami transit di Abu Dhabi selama 11 jam. Kami sampai ke IST, Istanbul pada jam 2 petang keesokan harinya dan terus menaiki pesawat Turkish Airlines pada jam 8 malam untuk ke SKP, lapangan terbang antarabangsa Skopje, North Macedonia. Kami sampai ke tempat penginapan lebihkurang jam 10malam waktu Skopje, 30 Oktober.


Kami bertiga, bersiar-siar dahulu di bandar Skopje pada hari berikutnya dengan berjalan kaki sahaja kerana penginapan kami hanyalah dalam lingkungan 2 - 3 km sahaja dari pusat bandar / lokasi-lokasi tarikan pelancong. Hanya pada hari ke-4 kami menyewa kereta dari SIXT untuk memulakan pengembaraan kami menjejak kesan-kesan peninggalan Empayar Osman (Ottoman Empire) di sebahagian penguasaan empayar di sebelah Eropah timur.

Tiga bulan sebelum percutian kami, kami menonton drama sejarah siri TV Turki, "Dirilis Ertugrul" di youtube yang menaikkan semangat kami untuk menjejak kesan-kesan sejarah Empayar Osman di sebelah Balkan / Eropah timur.


TIP - Menyewa kereta

Apabila ingin menempah kereta sewa (pandu sendiri) yang melibatkan lintas-sempadan (cross-border) pastikan agensi kereta sewa tersebut memberi kebenaran untuk melintas sempadan negara-negara yang anda ingin lawati. Perhatikan juga cas yang dikenakan untuk lintas-sempadan. Agensi berkenaan perlu mengeluarkan 'cross-border pass' selalunya merupakan dokumen surat kebenaran cross-border bagi setiap negara yang terlibat serta dokumen hakmilik kereta.

Idea asalnya kami ingin mulakan percutian dari Sofia, Bulgaria dengan menyewa kereta dari sana, tetapi kami tidak jumpa agensi kereta sewa yang sesuai yang membenarkan cross-border ke semua tujuh negara Balkan tersebut. Ada agensi yang tidak membenarkan cross border langsung, ada yang hanya benarkan sebahagian sahaja dari 7 negara tersebut, ada yang cas EUR$50 setiap cross border. Akhirnya kami jumpa agensi SIXT, sewaan dari Skopje, Macedonia yang membenarkan kami cross-border untuk kesemua tujuh negara tersebut dengan cross-border dicajkan untuk 3 negara sahaja. Ini adalah agensi kereta sewa yang sama, yang kami sewa semasa kami ke Croatia  dan Bosnia pada tahun 2015 dahulu.


Kami juga yakin dengan memandu sendiri kereta diluar negara di mana sebelum ini kami hanya mengambil insuran perlindungan kereta basic/minima sahaja. Tetapi kali ini, pertama kalinya kami mengambil insuran penuh (zero excess, cover tayar, cermin etc). Keputusan ini diambil memandangkan sewaan yang lama di Balkan, iaitu lebihkurang 3 minggu dan faktor keadaan jalanraya di sana.  Kami dapati ianya berbaloi kerana berlaku insiden kecil iaitu batu  jatuh ke atas kereta (semasa perjalananan ke Mostar, Bosnia dalam keadaan hujan yang lebat), yang meninggalkan sedikit kesan kemek, nasib baik tidak kena cermin depan. 

Satu lagi insiden adalah ketulan batu-batu yang agak besar di atas jalanraya (semasa memandu di laluan 'scenic-road' dari Sarajevo, Bosnia ke Podgorica, Montenegro) yang boleh merosakkan undercarriage sekiranya terlanggar. Adalah disarankan supaya tidak memandu kereta apabila hari telah gelap di kawasan seperti ini sekiranya kita tidak biasa.

Semasa menghantar balik kereta sewa, mereka dapati ada kesan sedikit kemek di bahagian bumper belakang yang kami tidak perasan. Oleh kerana kami mengambil full-coverage, kami hanya mengisi borang tuntutan insuran dengan menyatakan kereta dilanggar orang tanpa disedari sewaktu parking di kawasan old town (buat cerita). Kalau bukan kerana insuran penuh, dah kena charge excess  sehingga EUR$200 agaknya.    

Sedikit info tentang kos sewa kereta untuk perjalanan sejauh 3,613km selama 21 hari.

- Sixt car rental 20 hari, large intermediate size, diesel, manual (pickup di Skopje town, drop-off di airport)  RM4,324.57
- Full insurance & cross border caj RM1,809.55
- Jumlah belanja minyak RM810.19
- Vignette Bulgaria untuk 3 hari RM23.79
- cuci kereta di Bosnia RM15
- Kos lain seperti Toll, parking, (tidak dicatat)


Pengembaraan di Balkan berakhir pada 21 November, di mana kami mengambil penerbangan Turkish Airlines untuk kembali ke Istanbul. Sampai selepas tengah malam di IST, kami mengambil 'private airport transfer' untuk menyenangkan keadaan, terus ke tempat penginapan di Ayasofya Istanbul yang mengambil masa sejam perjalanan dari lapangan terbang baru Istanbul tersebut.


Selepas cuti sekolah bermula di Malaysia, dua orang lagi menyertai kami untuk percutian di Istanbul. Selepas seminggu, kami kemudiannya mengambil penerbangan Turkish Airlines untuk ke Kayseri, bercuti selama empat hari di Cappadocia.


Di Kayseri/Cappadocia, kami menyewa kereta selama 4 hari (full insurance coverage juga) dari RentGo di Kayseri Airport.

- RentGo car rental, large intermediate size, diesel, manual 3 hari (pickup dan drop-off di airport)  RM 372.67
- Insurance  RM86.98
- Minyak  RM127.35
- Kos lain seperti parking, (tidak dicatat)

Sedikit mengenai sejarah Empayar Osman.

Ertugrul adalah bapa kepada Osman yang mana Osman (anak ketiga Ertugrul) memulakan Empayar Osman / Ottoman dengan mengambil gelaran Osman I.

Mereka adalah dari kumpulan nomad Kayi yang diketuai oleh Suleyman Shah (bapa kepada Ertugrul)


Next post.. IYI...



Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...