Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Wednesday, 1 January 2020

Ohrid, North Macedonia - Kembara Balkan (November 2019)

Ohrid (03/11/2019 - 05/11/2019)

Dari Tetovo kami sampai ke tempat penginapan di Tasik Ohrid di sebelah petang. Cuaca yang redup serta hujan di sepanjang jalan berubah kepada cerah di Ohrid. 


Apartment kami di Ohrid, berdekatan dengan pesisir tasik serta hampir dengan pusat bandar.

(Pemandangan dari apartment di tingkat 3 menghala ke tasik Ohrid)
Lawatan pertama keesokan harinya adalah ke Ohrid old town. Di sini kami bertemu dengan rombongan percutian Dato-Dato, Tan Sri serta keluarga mereka. Kata mereka, mereka berpakat sama sendiri untuk ambil pakej persendirian, siap dengan tourist guides, untuk kumpulan mereka menziarah Balkan. Seronok bersembang dengan mereka (depa belanja coffee kat cafe 😃 ! mendengar cerita kami bercuti DIY dengan menyewa kereta pandu sendiri di Balkan)

Kami beli sedikit souvenir sebagai kenangan. Di sini terkenal dengan produk mutiara yang dijadikan perhiasan diri.


Hampir 30% penduduk Ohrid adalah Muslim. Semasa di Tetovo kami diberitahu, ramai muslim ada di Struga, dalam 15 km dari Ohrid. Dari Tetovo kami nampak simpang ke Struga, tetapi kami tidak melencong kerana hari sudah hampir gelap.

Tiga masjid yang berdekatan antara satu sama lain di kawasan Old Town ini adalah Ali Pasha Cami, Zeynel Abidin Pasa dan Haci Hamza.


Pokok yang dikatakan berusia hampir 1,000 tahun ada di kawasan bazar/square di old Town Ohrid.


Setelah habis bersiar-siar (jalan kaki) di sekitar old town, kami ronda-ronda town sambil mencari restoran halal Adana II. Mengikut lokasi yang diberikan, oleh kedua-dua google map dan waze, kami sampai ke tempat yang salah, iaitu hospital! 

(lokasi dari google map)
Parking sekejap dalam kawasan hospital, kami meninjau ke dalam hospital exactly depan salah sebuah pintu masuk ke bangunan hospital, kot-kot restoran itu beroperasi di dalam bangunan hospital.

Tak jumpa Adana II. Akhirnya kami bertanya orang di situ, yang juga tidak tahu tetapi dia menelefon kawannya bertanya lokasi restoran tersebut. Ada restoran itu tapi di pusat bandar (tidak jauh dari hospital) 😐 . Kami pun pusing lagi bandar mencari, tetapi kerana agak susah nak dapat tempat parking kereta yang selesa, kami batalkan saja hasrat nak late lunch di situ. Hari pun dah petang, pergi grocery berdekatan dengan apartment, terus balik masak kat apartment. 

Keesokan harinya, kami habiskan masa bersiar-siar ke kawasan pesisir tasik menuju ke St Neum, lokasi berhampiran dengan sempadan Albania.  Tasik yang sangat besar sejauh mata memandang yang dikelilingi banjaran.


Memandu di jalan tepian tasik, kami mula mendaki jalan yang agak sempit dan berliku, naik ke puncak bukit dan akhir sampai ke penghujung di mana terdapat kawasan persiaran St. Neum monastery. 


Parkir berbayar di luar gate ini, kami masuk berjalan kaki bersiar-siar di kawasan dalam.


Antara pemandangan-pemandangan di bahagian dalam..


Destinasi keesokan harinya ialah memasuki negara Albania


No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...