Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Thursday 31 January 2019

Dari Krabi, Thailand ke KB, Kelantan - December 2018

Trip Satun - Koh Lanta - Krabi,  Thailand  Part 6

Kami ke Krabi kerana sebahagian dari ahli rombongan belum pernah menjejak kaki mereka di sini. Sebelum ini, percutian kami di Krabi adalah pada Februari tahun lepas

Kami menginap di Ramee Resort, yang merupakan beberapa unit rumah yang selesa yang katanya diusahakan oleh imam masjid, lupa dah apa nama masjid itu. Ianya terletak dalam kampong, namun begitu tidak jauh dari pantai Ao Nang. Lebih nyaman menginap di sini kerana tidak sibuk dengan ramai orang/pelancong di pantai Ao Nang dan bebas dari bunyi bising enjin kenderaan.

Ramee resort mempunyai beberapa unit penginapan rumah yang bersaiz kecil (foto di bawah) dan bersaiz besar sedikit (unit-unit di belakang rumah bersaiz kecil ini). Walaupun bagaimanapun, unit-unit penginapan ini selesa untuk diinap oleh satu keluarga kerana mereka menyediakan sebuah katil besar dan juga tilam-tilam lantai dengan ruang rumah agak luas (kami menginap di unit yang belakang yang luas sedikit ruangnya).




Kami di sini hanya semalam, dan esoknya pagi-pagi lagi check out.  Sarapan pagi di kawasan masjid dan seterusnya singgah di monumen ketam ini sebelum memulakan perjalanan merentas ke sebelah sana untuk memasuki Malaysia dari Sg. Golok/Rantau Panjang.







Dalam perjalanan berhenti membeli nenas di tepi highway. TIPS - kalau masuk Malaysia melalui Bukit Kayu Hitam, buang daun sulurnya. Kalau tidak, imigresen/kastam Malaysia tidak benarkan nenas ini dibawa masuk. Itu maklumat kami dapat dari ahli rombongan yang pulang masuk melalui pintu sempadan negeri Kedah, yang kena patahkan dan buang sulur nenas di sempadan.

Imigresen/kastam Malaysia di Sg Golok/Rantau Malaysia pula tidakpun memeriksa kenderaan kami dan membenarkan kami masuk tanpa banyak soal.


Sampai di daerah Songhkla, melepasi sedikit pekan Haadyai, kami singgah untuk late lunch di kedai tom yam yang sama, yang pernah kami singgah dahulu sewaktu trip pulang dari Koh Samui tahun 2015 dulu.


Di Wilayah Pattani, kami singgah di Masjid Kerisik atau juga dikenali sebagai Krue Se Mosque. Sejarah hitam masjid ini boleh dibaca di SINI.


Selepas itu, setelah sampai di pekan Narathiwat, kami singgah pula di Masjid 300 tahun, atau juga dikenali sebagai Masjid Wadil-Husen atau Masjid Tanoh-Manoh. Masjid ini dibina pada tahun 1624. Ianya terletak tidak jauh dari pekan Narathiwat.







Hari sudah melepasi maghrib, lalu kami meneruskan perjalanan untuk memasuki Sg. Golok, supaya melepasi imigresen sebelum pintu sempadan itu ditutup.

Hari sudah gelap dan hujan pula turun di kebanyakan tempat, sekejap-sekejap lebat dan sekejap-sekejap renyai. Kami yang kurang biasa memandu masuk Thailand ini, memandu perlahan dalam keadaan hujan membiarkan rombongan lain yang lebih biasa memandu di Sg. Golok meninggalkan kami di belakang. Kami bergantung sepenuhnya kepada pandu arah waze.

Waze (walaupun setting kepada paling cepat i.e. supaya memilih jalan highway daripada jalan kecil), masih juga memilih jalan yang paling dekat dari segi kilometer. Apatah lagi kalau jalan tersebut tidak banyak kenderaan, walaupun kecil. Kami sudah termasuk jalan 'dalam' untuk ke Sg. Golok kerana ianya lebih dekat kepada waze. Walaupun demikian, kebanyakannya jalannya gelap dan hanya dua lorong, menyukarkan kami memandu dalam keadaan hujan lebat. Terpaksalah kami memandu perlahan-lahan dengan rasa agak berdebar kerana daerah selatan Thailand dipenuhi dengan check-point askar di mearata tempat. Tetapi check-point disepanjang laluan yang kami lalu ini kebanyakannya kosong tanpa askar. Sudah memasuki jalan 'kampong' ini barulah kami terima maklumat whatsapp supaya jangan ikut waze 😖 Kami sebenarnya khuatir mengenai keselamatan apabila melalui jalan-jalan sedemikian di daerah selatan Thai yang agak kurang stabil itu.

Akhirnya kami sampai juga di imigresen Sg. Golok, selang 5 minit selepas rombongan yang satu lagi sampai.

Sebelum itu kami dapat mesej whatsapp dari ahli rombongan yang berpisah di Haadyai, kerana mereka memasuki Malaysia melalui sempadan Kayu Hitam. Katanya, imigresen Malaysia menahan buah nenas dibawa masuk. Mereka terpaksa mencatas tangkal daun setiap biji buah di depan pegawai imigresen sebelum dibenarkan di bawa masuk. Imigresen Malaysia Golok/Rantau Panjang pula tidak banyak soal.

Dalam jam 10pm kami memasuki bandar Kota Bharu, Kelantan untuk menyambung percutian sehari dua lagi sebelum balik ke KL.

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...