Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Sunday 20 January 2019

Koh Lanta, Thailand - December 2018

Trip Satun - Koh Lanta - Krabi,  Thailand  Part 4

Setelah snorkeling di Koh Bulon, esoknya perjalanan kami dari Pak Bara menuju ke Koh Lanta meliputi jarak 200km lebih. Pagi-pagi singgah dulu di air terjun Wang Sai Thong. Sebelum tiba di tempat membeli tiket feri untuk ke Koh Lanta, kami singgah di dua buah tempat di dalam wilayah Trang.


Nampak ramai orang singgah di tepi jalan semasa menghala ke Koh Lanta. Kami pun berhenti untuk ambil gambar. Tak tahu apa namanya tempat ini, tak tahu baca tulisan siam.


 


Tidak berapa lama selepas itu, kami nampak monumen-monumen di tepi jalan, lalu singgah sekejap untuk ambil gambar. Stesen keretapi Kantang, yang dibuka secara rasmi pada tahun 1913, monumennya diabadikan di sini.

 



Di sebelah sana jalan pula, terdapat monumen ini yang menggambarkan nelayan menangkap ikan. Tidak banyak maklumat yang boleh dibaca untuk monumen ini.






 


Pejabat membeli tiket feri ke Ko Lanta merupakan lencongan ke sisi tepi jalanraya (ikut arah papan tanda) di mana tiket feri dijual secara pandu masuk. Untuk kami berempat dan sebuah kereta, kami bayar TB140 (sehala). Tapi setelah balik ke Malaysia baru kami perasan yang tambang feri adalah TB100 (untuk sebuah kereta dan pemandu) dan TB20 untuk setiap penumpang lain. Tambang kami sepatutnya TB160 kalau begitu.

Feri pun ada dua tiga buah berulang alik, jadi masa menunggu untuk naik feri itu tidaklah lama. Perjalanan feri ke seberang pun dalam 20 minit atau kurang?

Koh Lanta merupakan salah satu lagi tempat tumpuan pelancong, tetapi tidak seramai pelancong di Krabi.  Terdapat banyak tempat penginapan di sini. Kami tidak menempah awal penginapan di sini sekadar meredah secara walk in saja.

Di bahagian pulau bilamana kita mula-mula masuk adalah bahagian pekan di mana ianya lebih ramai bukan muslim. Kami terus memandu ke bahagian hujung di mana ramai penduduk muslim menetap. Di bahagian hujung pulau ini kami jumpa Lanta Nice Beach Resort.

Kadar semalamnya adalah dari TB800 (unit seberang jalan) hingga TB1,500 (unit tepi pantai) dan pemiliknya adalah muslim. "Like" facebooknya, dan anda akan dapat diskaun, katanya (kami tidak tau pasal ini sebelum menginap).



 

Kawasan pantai di depan unit yang kami inap.


Snapshot diwaktu senja/malam, dari unit yang kami inap menghala ke pantai.





Sebelah sana kolam adalah restoran resort. Gambar diambil semasa menuju ke restoran untuk makan malam.


Di bawah ini adalah foto-foto semasa bermain di tepi pantai waktu lewat petang hingga hampir senja..

 
 


 






Esok paginya, yang mana tak nak sarapan kat resort, keluar mencari sarapan digerai-gerai diluar yang tidak jauh dari tempat penginapan. Kawasan gerai ini adalah berhadapan/berdekatan dengan masjid.


Ini pula adalah gambar di atas feri semasa meninggalkan Koh Lanta untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...