Trip Satun - Koh Lanta - Krabi, Thailand Part 1
Kami bermalam di Alor Setar, selain dari cuti-cuti Malaysia di situ, kerana ingin memulakan perjalanan awal memasuki Thailand sebelah pagi, khuatir keadaan sesak di imigresen di Kaki Bukit, Perlis (Wang Kelian)
Kami bermalam di Alor Setar, selain dari cuti-cuti Malaysia di situ, kerana ingin memulakan perjalanan awal memasuki Thailand sebelah pagi, khuatir keadaan sesak di imigresen di Kaki Bukit, Perlis (Wang Kelian)
Seminggu sebelum bertolak dulu, kami telah berurusan dengan Cikgu Burn 011-2217-2016 (di RTC Napoh dekat dengan Changlun) untuk mendapatkan:-
1. Dokumen masuk ke Thailand
2. Insuran kenderaan yang hendak dibawa masuk
Urusannya mudah, cuma berwhatsapp dari KL dan Cikgu Burn akan sediakan insuran kereta dan dokumen masuk. Sebelum sampai ke Wang Kelian, singgah di RTC Napoh untuk mengambil dokumen-dokumen yang telah disiapkan. Cikgu Burn telah sedia menunggu kerana pejabatnya telah dibuka seawal 8.00 pagi.
Kami ambil insuran basic sahaja, dalam RM20 dan dokumen masuk (borang TM2, TM3 dan TM6) bagi setiap seorang adalah RM2 (nak ambil sendiri dan isi sendiri pun boleh dokumen ini kerana ianya percuma di kaunter imigresen). Di tempat Cikgu Burn juga kami beli sim kad Thai (AIS), RM20.
Kami juga mengambil insuran perjalanan, beli atas talian sebagaimana selalunya bila keluar negara.
TIPS mengenai Money Changer/Tukaran Wang (Baht)
Semasa trip ini kami dapati adalah lebih menguntungkan untuk menukarkan RM ke Baht di Malaysia, bukan di Thailand. Kadar pertukaran di Alor Setar adalah lebih baik sedikit daripada di KL. Urusan di sebelah sana menggunakan tunai, jarang terjumpa tempat yang mengguna-pakai kredit/debit kad.
Rata-rata tiga tempat utama yang kami ziarah (yang ada money changer), iaitu Pak Bara, Ko Lanta dan Krabi, kadar tukarannya tidak menarik berbanding dengan kadar tukaran di Malaysia. Di Pak Bara, hanya satu tempat tukaran wang saja yang kami jumpa. Itupun sebuah meja dalam kedai elektrik. Lain-lain tempat tukaran wang di Pak Bara adalah di kedai-kedai emas. Banyak pilihan ada di Ko Lanta dan Krabi, tetapi kadar tukaran wang di Ko Lanta kami dapati yang paling baik antara ketiga-tiga tempat ini.
Menurut Cikgu Burn, kedai makan Lima dan Lima ini (di Changlun) memberi kadar tukaran yang baik sekiranya anda masih belum mempunyai Baht sebelum memasukki Thailand. Di Wang Kelian (sebelah Thai) katanya pun ada money changer tapi kadar tukarannya lebih mahal.
Jadi secara umumnya, tukarlah Baht semasa berada di Alor Setar sekiranya ingin memasuki Thailand dari sebelah sini.
Nama pun Kaki Bukit.. perjalanan sebelum sampai ke Wang Kelian jalannya agak berliku-liku dan berbukit sejauh 5km. Sejurus sebelum sampai ke Imigresen Wang Kelian, isi minyak penuh-penuh di stesen minyak terakhir Perlis, Caltex.
Imigresen Wang Kelian disebelah sempadan Malaysia. Suatu ketika dahulu (2015) urusan keluar masuk menerusi pintu Wang Kelian ini digantung selepas penemuan kubur beramai-ramai Rohingya di daerah Wang Kelian.
Wang Kelian disebelah sempadan Thai.
Urusan di sempadan, mula-mula kereta berbaris untuk melepasi pemeriksaan paspot di imigresen Malaysia. Di sini penumpang tidak perlu turun dari kereta. Kemudian perlu pakir kereta untuk ke kaunter pemeriksaan imgresen dan hantar borang kereta di post kastam Thailand. Selesai semua urusan, destinasi pertama yang dituju ialah Tanyong Po (Tanjung Pauh) untuk makan tengahari. terdapat beberapa kedai makanan di sini, kami memilih seafood Pak Tam kerana banyak diviralkan, dan tempatnya juga cantik serta ada menyediakan kemudahan surau dan tandas.
Selesai menjamu selera dengan makanan laut yang segar, kami meneruskan lagi 1 jam perjalanan ke Pak Bara. Seperti yang dirancangkan, akan bertemu dengan rombongan satu lagi yang memasuki Thai melalui Sg. Golok (sebelah Kelantan).
Selesai menjamu selera dengan makanan laut yang segar, kami meneruskan lagi 1 jam perjalanan ke Pak Bara. Seperti yang dirancangkan, akan bertemu dengan rombongan satu lagi yang memasuki Thai melalui Sg. Golok (sebelah Kelantan).
Selesai makan tengahari di Tanjung Pauh, kami meneruskan perjalanan ke Pak Bara untuk menginap di Langka Beach Resort selama dua malam.
Dari Wang Kelian hingga ke tempat penginapan ini kami dapati banyak juga masjid-masjid di sepanjang perjalanan. Soal "Halal" tidak menjadi masalah.
Beberapa foto mentari jatuh di Langka Beach Resort...
Di sini, aktiviti utama kami adalah snorkeling di pulau-pulau kecil sekitar Ko Bulone (atau Buluh). Entri aktiviti ini akan kami muatkan di blog pos selepas ini.
Gerai/Restoran masakan Thai yang kami minati di sini adalah Nava Seafood, yang terletak tidak jauh dari Pak Bara View Point dan berhadapan dengan masjid.
Di bawah ini adalah pemandangan di Pak Bara View Point, di pagi hari sebelum meninggalkan Pak Bara untuk destinasi seterusnya iaitu Ko Lanta.
No comments:
Post a Comment