Trip Satun - Koh Lanta - Krabi, Thailand Part 2
Tujuan ke Pak Bara adalah untuk snorkeling dan island hopping. Itinerari ini sudah siap ditempah dari Malaysia lagi, menggunakan perkhidmatan CJS Satun 406, milik Cikgu Joe Satun. Sewa dua boat untuk round pulau sambil snorkeling Ko Bulon (dalam bahasa Melayunya "Buluh").

Esok pagi-paginya orang yang kami tempah itinerari ini sudah datang ke tempat menginap, mengambil kami ke jeti Pak Bara yang tidak jauh dari tempat menginap.
Suasana persekitaran kawasan jeti tempat kami mula bertolak untuk ke pulau-pulau Ko Bulon.
Suasana persekitaran kawasan jeti tempat kami mula bertolak untuk ke pulau-pulau Ko Bulon.
Bot-bot yang dinaiki untuk menjelajah pulau.
Pulau pertama yang kami singgah, diberi training serba sedikit cara snorkeling di tepian pantai..
Pada hentian pulau yang kedua, kami makan tengahari yang tersedia dalam pakej, sebelum menjelajah tiga lagi pulau-pulau yang lain untuk snorkeling. Dah lupa nama-nama pulau yang diberikan setiap satu, Bulon Besar, Bulon Kecil .. dan apa-apa nama yang dah tak ingat lagi.. tapi semuanya ada nama Bulon (Buluh). Coral di sini masih cantik dan berwarna warni, dengan perlbagai ikan yang berenang-renang. Tempat ini juga merupakan spot untuk diving.
Foto-foto di bawah ini adalah semasa kami menjelajahi pulau-pulau yang empat lagi itu. Gambar-gambar yang di dalam air itu adalah daripada ihsan CJS Satun 406.
Petang hari langit nampak semakin redup, barulah kami pulang ke tempat penginapan. Di sebelah malamnya menjamu selera dengan masakan Thai di Restoran Nava Seafood. Esok paginya kami meninggalkan Pak Bara untuk ke destinasi lain pula.
No comments:
Post a Comment