Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Saturday, 16 May 2015

Mac 2015 - Kampung Melayu Samui, Koh Samui


Satu-satunya perkampongan (nelayan) Melayu di Koh Samui. Ikut cerita tuan punya restoran, asalnya orang di sini adalah dari Tumpat, Kelantan yang belayar di lautan, kemudian terdampar di pulau ini. Lalu, bermula satu penempatan baru di sini. Sememangnya orang-orang di sini bertutur pelat/loghat Kelantan.



Melayu Samui Sea Food Restaurant dan Resort
Alamat: Amphoe Koh Sa-Mui, Surat Thani, Thailand 84310
No. tel. : +66813974090


Di sini juga terdapat beberapa chalet untuk disewa.

Terletak berhampiran dengan Pantai Lamai ....
Makanan di sini memang sedap dan harga pun berpatutan


Masjid Nurul Ihsan terletak bersebelahan dengan Melayu Samui Sea Food Restaurant & Resort..


ikan masin... rm10/kilo




Gerai-gerai di lorong antara rumah-rumah menjual nasi berlauk, nasi dagang, pulut ayam, kueh manis jika ingin mencubanya.

Rise and shine... !!!

Ketika bergegas menuju ke jeti untuk mendapatkan feri awal, sempat lagi singgah di kampung ini untuk membeli makanan pagi untuk bekalan semasa dalam feri.

di awal pagi.. dengan pemandangan yang sangat cantik ini...



Feri balik ke Donsak.

Target nak naik feri jam 9:30 pagi. Ikut panduan waze, tapi tak ikut kerana waze tunjuk ke suatu lokasi yang lain dari lokasi jeti.

Maka sampailah di jeti. Pandu kereta terus menuju ke laluan naik feri kerana menyangkakan tiket akan dijual di laluan masuk macam datang hari itu. Rupanya tidak, patah balik laluan untuk ke kaunter jualan tiket yang terdapat di pangkal laluan masuk jeti. Diberitahu pulak di kaunter bahawa tiket untuk kereta kena beli dekat ofis Seatran yang berada di seberang jalan sana. Betul lah yang waze tunjuk tadi!

Masing-masing pandu kereta ke sana dan siap beli tiket, orang di situ suruh kita cepat-cepat pergi ke jeti. Rupa-rupanya  masih sempat untuk naik feri yang dijadualkan berlepas pada 8:30pagi. Hanya satu kereta yang akhir mula-mulanya ditahan dan tidak diberi naik feri. Selepas explain yang rombongan 4 buah kereta lagi sudahpun berada di atas feri, pengawal tersebut melepaskan juga kereta last ini untuk naik. Waduh!

Perjalanan balik ke Sungai Golok

Menghampiri Nakhon Si Thammarat, kami memilih jalan bypass kerana teringat terlekat dalam kesesakan lalulintas di pusat bandar semasa datang hari tu. Dah mula ignore panduan waze dan GPS. Ragu-ragu juga sampai berhenti bertanya orang arah jalan. Orang Thai ni sangat mesra dan dia cuba juga beri panduan walaupun bersusah-payah berkomunikasi. Tuan kedai tu hanya tahu berbahasa Thai.

Berhenti di pinggir Hatyai untuk makan tengahari/petang. Sudah risau kerana sempadan akan tutup pada jam 10 malam waktu Malaysia (9 malam waktu di Thailand). Kalau tak sempat sampai, kena bermalam di Sg Golok lah pula. Dah lah hari semakin gelap.

Masuk saja wilayah selatan Thai, dan mula nampak pos-pos pemeriksaan polis/askar. Di sepanjang jalan itu sehingga ke pusat Imigresen di Sg Kolok ada dalam 27 buah pos pemeriksaan. Ada yang kena berhenti, ada yang lalu dengan memperlahankan kenderaan saja.

Alhamdulillah, sampai di pusat imigresen lebih kurang 10 minit sebelum dia tutup. Sempat cop paspot dan serah balik borang kebenaran bawa masuk kenderaan dan terus memasuki sempadan Malaysia.  Penting untuk membuat pengesahan keluar supaya tidak dikenakan denda sekiranya lain kali ingin memasuki semula ke Thailand.

See you again next time... Thailand !!!

4 comments:

  1. maaf mencelah, sebenarnya Hua Thanon berhampiran Lamai penduduk asalnya berasal dari pattani bukanya tumpat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh terima kasih di atas perkongsian maklumat tersebut!

      bagi yang berminat kepada sejarah asal usul penduduk di sini diharap dapat merujuk kepada bahan-bahan sejarah yang sah. Kami hanya menceritakan balik apa yang diceritakan oleh tuan punya restoran.

      Delete
  2. Tu kata.mentang kecek klate skit trus jd klate.geopolitik melayu dlu paling utara skali sampai ke segenting kra

    ReplyDelete
  3. sempadan asal tanah melayu di Ranong di segenting kra yang paling sempit lebih kurang selebar 50 kilometer dari laut andaman ke teluk siam.

    ReplyDelete

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...