Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Showing posts with label Vossvangen. Show all posts
Showing posts with label Vossvangen. Show all posts

Saturday, 15 July 2023

Norway Trip Day 6 - Vossangen ke Laerdal (Mei/Jun 2023)

Hari ini kami tinggalkan Vossvangen untuk ke Laerdal pula. Perjalanan hanyalah sejauh lebihkurang 125km, tetapi kami telah merancang untuk singgah di beberapa tempat di sepanjang perjalanan.

Tvindefossen

Tidak ada dalam rancangan kami sebenarnya, tapi kami ternampak air terjun ini  tidak lama selepas meninggalkan bandar Voss. Awal pagi, belum ada orang datang berkunjung lagi.


Stalheimskleiva

Antara jalan yang paling mencerun yang terdapat di Eropah Utara, dihimpit oleh dua buah airterjun, Sivlefossen di sebelah utara dan Stalheimsfossen, di sebelah selatan. Ada bahagian jalan berliku tetapi tak sampai 2km panjang dan ada juga bahagian di mana boleh didaki dengan berjalan kaki sahaja.

 

Perkampongan Viking

Di Gudvangen, kami singgah di perkampungan viking (Njardarheimr), sebuah kawasan tarikan pelancong. Kami hanya meninjau bahagian luar perkampongan, tidak mengambil tiket untuk masuk ke bahagian dalam. Nak jimat masa, lagipun tak ramai lagi orang datang mengunjung untuk mereka buat acara pertunjukan.

 

Aurlandsvangen

Sebuah lagi tempat tarikan pelancong yang popular. Semasa kami sampai, agak ramai pelancong yang datang ke sini. Ada kapal pelancongan/cruise liner besar yang boleh berlabuh rapat di sini. 


Asalnya kami ingat nak merasai pengalaman menaiki keretapi panorama/scenic train Flam, tapi memutuskan untuk tidak menaikinya kerana kami rasa kami dah cukup merasai pengalaman naik keretapi panorama (scenic train) semasa di Switzerland dulu:-
Apalagi apabila kami dapati tiket2 keretapi Flam pada pagi hari itu telah habis ditempah, yang masih lagi ada hanyalah disebelah petang. Kalau anda ingin merasai pengalaman naik keretapi panorama Flam ini, kami syorkan supaya anda berada di kaunter tiket pagi-pagi lagi ataupun tempah tiket lebih awal, lebih-lebih lagi pada musim orang bercuti ke sini.


Otterness Bygdetun

Selepas beredar dari Aurlandsvangen, kami singgah sekejap di sebuah pekan kecil, Otterness Bygdetum sebelum kami naik ke Stegastein Outlook.

 
 

Stegastein Lookout

Ataupun juga dipanggil Stegastein Viewpoint, menyediakan sebuah pelantar untuk menikmati pemandangan Aurlandsfjord dari atas (lebihkurang 650 meter di atas paras laut). Jalan naik adalah agak sempit, tetapi ada juga bas pelancong yang mendakinya. 

  
 
 

Selepas mengakhiri itinerari kami di Stegastein, kami meneruskan perjalanan ke Laerdal untuk penginapan semalaman. Pada mulanya, mengikuti panduan Waze dan Google Map, kami memandu naik lagi ke atas, menerusi Bjorgavegen, kerana jarak destinasi yang dipaparkan adalah tidak jauh lagi. 

Tetapi kami agak kuatir kerana tak nampak banyak kenderaan yang naik ke atas. Walaupun begitu kami cuba naik juga hinggalah sampai ke satu tempat dimana nampak jalannya semakin sempit dan berliku. Kami terus patah balik untuk turun semula ke Otterness Bygdetun (yang jalan turun sememangnya sudahpun agak sempit, kadangkala tak dapat pun hendak berselisih kereta), menggunakan jalanraya biasa ke Laerdal.

Laerdal

Kami break the journey untuk menginap semalaman di Lærdal Ferie og Fritidspark, sebuah camping site dan juga taman rekreasi keluarga. Kami memilih untuk menginap di unit motel yang dilengkapi dengan bilik air sendiri dan dapur (berkongsi).



Thursday, 6 July 2023

Norway Trip Day 4 - Vossvangen, Norway (Mei/Jun 2023)

Berehat di bandar Vossangen selama tiga malam sejak tiba dari Malaysia. Tidak banyak aktiviti di sini selain dari bersiar-siar di kawasan penginapan dan pusat bandar. Hanya dengan berjalan kaki sahaja kerana pusat bandar tidak jauh dari penginapan kami di Fleischer's Motel.




Kawasan sekitar penginapan. Tasiknya jernih, jadi seperti cermin pula bila ambil photo pemandangan.


Bersiar-siar di kawasan bandar kecil Vossvangen, ringkasnya dipanggil Voss sahaja.



Canari, kedai bekalan barangan dan makanan halal di tengah-tengah kawasan bandar Voss.











Saturday, 1 July 2023

Norway Trip Day 3 - Honefoss ke Vossvangen, Norway (Mei/Jun 2023)

Pagi hari, selepas bersiar di bandar kecil Honefoss dan mengambil sarapan pagi di hotel, kami bertolak ke destinasi seterusnya di Vossevangen. Perjalanan sejauh 320km, berpandukan Waze (dan juga Google Maps), kami singgah di Ustetind, Voringfossen dan Eidford sebelum sampai ke Fleischer's Motel di Vossevangen.


Ustetind

Berhenti di tepi jalan di kawasan ini setelah mula nampak salji menebal di kiri kanan jalan.


  



Voringfossen

Voringfossen adalah kawasan tumpuan pelancong untuk melihat airterjun dari tanah tinggi. Ianya terletak dilaluan National Tourist Route Hardangervidda, laluan sepanjang 67km antara Haugastol dan Eidfjord.


Kami ada membaca review yang menceritakan pengalaman dia disaman kerana pakir di tepi jalan di kawasan ini. Dia menyarankan supaya pakir di kawasan hotel Fossli ini.

Bila kami tiba, kami dapati adapun kawasan pakir percuma disediakan untuk pelancong di kawasan bersebelahan hotel ini.


  


Eidfjord

Eidfjord juga merupakan sebuah kawasan/bandar kecil yang menjadi tumpuan pelancong. Ianya seolah-olah terpencil di kelilingi oleh bukit-bukau.



*TIPS* Sepanjang perjalanan kami dari Honefoss (dan juga dari lapanganterbang Oslo ke Honefoss sebelumnya), kami perhatikan tanda harga stesen-stesen minyak. Setakat ini harga yang kami perhatikan adalah dalam NOK22 (RM9.50) hingga NOK24 (RM10.50) seliter.

Sebelum masuk ke Eidfjord, kami nampak sebuah stesen petrol meletakkan tanda harga NOK19.98 seliter (RM8.70). Terus kami isi petrol penuh2 walaupun petrol masih ada lebih dari separuh tangki.

Selepas menziarah Eidfjord, kami teruskan perjalanan ke Fleischer's Motel di Vossvangen, sampai lebihkurang jam 8 malam (hari masih cerah) untuk penginapan selama 3 malam.


Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...