Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Wednesday, 11 April 2012

Pasar Awam Besar TTDI & D'cengkih




Letaknya di Taman Tun Dr. Ismail, tak jauh dari Homestay U1, lebihkurang 4km.  Dari Lebuh Bandar Utama kemudian belok ke kanan ke Jalan Damansara, yang menjadi sempadan antara kawasan Wilayah Kuala Lumpur dan negeri Selangor. Biasanya buka dari awal pagi hingga tengahari setiap hari. Hari minggu penjaja bertambah dengan pelbagai barangan yang menarik dan kreatif kerana tambahan gerai dibuka diruang tengah.

Kat sini macam-macam ada, kiranya macam one stop center jugala..

Nama pun pasar, banyak pilihan lauk basah seperti ikan, udang, ayam daging lembu, daging kambing dan juga pelbagai jenis  sayuran.

Kalau teringin nak masak masakan kampung, cakap je apa yang nak...takde kat tempat lain, di sini tentu ada.. pucuk paku, pucuk ubi, jantung pisang, buluh rebung, kaduk, ulam-ulaman, telur ayam kampung, telur itik...



Paling saya suka .. bawang goreng, macam buat sendiri kat rumah, rangup dan wangi.   Kulit Pie Tee (Singapore Pie) yang dah siap pun ada.  Balik rumah cuma siapkan inti dan makan dengan sos cili thai.  Mmmm..semua nak ringkas, cepat dan sedap!!


Ada juga gerai florist, surat khabar, perabut jati dan karpet.


Kat aras dua ada gerai makanan seperti roti canai, nasi lemak, nasi lauk pauk....  Saya tak lepas peluang membeli  kueh-mueh tradisional kat satu gerai tu.. macam-macam kueh ada.. talam, kole kacang, koci, pulut bakar, dan macam-macam lagi.  Rasanya memang enak!! 

Berdekatan dengan pasar tu juga, ada satu tempat makan yang saya suka kunjungi...berkonsepkan masakan Johor..


ini satu review dari foodbuzz masak-masak buat restoran D'cengkih ini....



3 comments:

  1. haai.. saya nak tanya, kedai mana yang jual kulit pai tee tu?

    ReplyDelete
  2. Kedai kat aras 1. Kalau masuk melalui pintu depan (macam dalam gambar tu),lorong kedua disebelah kiri, Kedai tu juga menjual bawang/rempah yang siap dikisar.

    ReplyDelete
  3. Maaf bertanya...kedai tu ada buat online order tak...sy xpandai bt sendiri...dan skrg sy sgt2 teringin nak mkn pai tee....blh reply kt email sy nisa_addeen@yahoo.com

    ReplyDelete

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...