Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Showing posts with label Hungary. Show all posts
Showing posts with label Hungary. Show all posts

Friday, 4 December 2015

Kita jumpa lagi..

15 Jun 2015

Selepas selesai urusan di Hard Rock Cafe di Deák Ferenc, tuan teksi terus membawa kami ke Prince Apartment, penginapan kami sebelum kami bertolak balik ke Malaysia esoknya.

Sampai malam, setengah hari atas keretapi, ambil foto ala kadar saja. Masuk apartment, Nan terus sediakan katil tidur di ruang tamu.



Mata mengantuk, ambil gambar pun kelabu.. ruang dapor apartment..


Salahsatu dari dua bilik tidur yang ada di apartment.. cukup selesa untuk kami merehatkan badan..
 

Bilik air utama... tempat "termenung" ada di bilik air no. 2.. 


 Ini keesokannya harinya.. teksi untuk ke airport diuruskan oleh pihak apartment..


Perjalanan menuju ke Budapest Ferenc Liszt International Airport (BUD)

 

Maklumat untuk bakal penumpang teksi di Budapest...


Budapest, Hungary - Percutian kami di Budapest yang dilakukan pada awal percutian ...


Balik dengan penerbangan Emirates... Selamat tinggal Hungary, Austria, Croatia dan Bosnia Hezegovina... suatu hari nanti kami akan sampai lagi di region ini... ketemu lagi di suatu hari nanti..


Sunday, 12 July 2015

Jun 2015 - Budapest, Hungary

Dari 01 hingga 03 Jun, 2015

Setelah penerbangan selama 6 jam dari Dubai UAE, akhirnya kami menjejak kaki di lapangan terbang antarabangsa Ferihegy, Budapest sekitar jam 12:45 tengahari.  Prosidur imigresen yang mudah dan pantas, jadinya kami tidak mengambil masa yang lama untuk keluar ke balai ketibaan. Pun begitu kami tersangkut juga kerana beg-beg kami yang lambat sampai, hampir 45 minit menunggu di tempat mengambil beg kerana katanya terdapat masalah teknikal mengangkut dari kapalterbang. Bukan kami sahaja, ada sebahagian lain penumpang turut juga mengalaminya.

Keluar dari balai ketibaan, kami mencari kaunter teksi untuk ke tempat penginapan, Nova Apartment.

Oleh kerana kami belum lagi ada Forint, HUF (matawang Hungary), kami membayar teksi menggunakan matawang Euro,  €50 dikembalikankan baki HUF7,000 (lebihkurang €23)

Tukaran wang (pada waktu itu) ialah €1 = HUF 304 = RM4.20

TIPS : Sekiranya lebih daripada 2 orang dan belum biasa lagi di Hungary, lebih baik naik teksi dari airport ke Budapest kerana kosnya adalah lebihkurang sahaja jika dibandingkan dengan tambang bas dan kemudian metro untuk sampai di destinasi penginapan di Buda atau di Pest. Tidak payah pening kepala, faktor makan buah langsat  cherry serta lambat sampai, lagi-lagi kalau membawa beg besar ke hulu ke hilir.

LAGI TIPS : Nak shopping luggage? Beli yang ada 4 roda, boleh pusing 360 darjah. Elakkan luggage bersaiz lebih besar (lebih banyak muatan, lebih berat), kecualilah anda ada tukang bawa beg semasa nak naik kenderaan awam seperti tram, bas, keretapi dan seumpamanya (kami ditolong orang tempatan semasa menuruni/menaiki tangga di stesen metro dan menaiki tram sebelum luggage besar dapat diletakkan diam-diam di aparment). Teksi biasa pun belum tentu muat nak bawa semua luggage anda sekali gus.


Sampai ke apartment sebelum jam 3 petang, tetapi belum boleh masuk apartment lagi. Kami diberi ruang di dalam stor ofis apartment untuk menyimpan beg-beg sementara menunggu waktu check in.


Kami kemudiannya berjalan kaki ke stesen metro Blaha Lujza ter yang tidak berapa jauh dari apartment, untuk ke stesen Keleti Palyaudvar, bagi menempah tiket keretapi ke Vienna.



(Foto di Keleti semasa sudah hendak bertolak ke Vienna)

TIPS - Membeli tiket keretapi

Pada mulanya kami ingin membeli tiket secara online, melalui Rail Europe semasa masih berada di Malaysia lagi, tetapi terasa 'complicated' kerana terpaksa mengambil 'tiket sebenar' di kaunter-kaunter rail europe (tidak nampak pula ada kaunter rail europe in di Budapest). Tiket boleh juga dihantar melalui pos (tambah kos) setelah tiket ditempah online. 

Tiket boleh juga dibeli melalui OBB portal (lebih murah dari Rail Europe walaupun menaiki keretapi Railjet yang sama.)  Semasa membuat online search di OBB, tiada pula keretapi direct (Railjet) ke Vienna. Yang ada pada masa itu adalah perjalanan yang memerlukan pertukaran keretapi sebelum sampai ke Vienna. Siap download apps OBB Scotty lagi sebagai langkah persiapan.

Kami mengambil keputusan untuk membeli tiket di kaunter setelah sampai di Budapest nanti, dengan harapan tiket yang menepati rancangan perjalanan kami itu masih ada.  Rupanya syarikat keretapi Hungary adalah MAV-START.   Walaupun begitu, pembelian online masih agak rumit. Walaupun Railjet sebenarnya adalah keretapi Austria, tiket Railjet juga boleh diperolehi kaunter MAV-START.

Kos tiket Railjet dari Keleti (Budapest) ke Vienna (stesen Wien Westbahnhof) adalah HUF8,990, lebihkurang RM120 untuk seorang penumpang dewasa. Kanak-kanak 12 tahun ke bawah adalah separuh harga (RM60). Tempoh perjalanan keretapi lebihkurang 3 jam, dengan jarak lebihkurang 250km (tak boleh lawan Jepun)


Bersiar-siar di Budapest

Sehari penuh di Budapest kami membeli pass family (untuk 4 orang) di kaunter stesen metro. Day pass ini boleh digunakan untuk tempoh 24 jam, berharga HUF3,300 (lebihkurang RM45).  Ianya lebih senang dan ekonomi jika berbanding tiket biasa HUF300/sehala/1 stesen untuk seorang (RM4). Dengan pass family ini, anda boleh menaiki semua jenis pengangkutan awam yang ada di Budapest. Day pass ini terbukti menguntungkan setelah kami makan buah langsat cherry lagi kerana tersilap naik bas semasa hendak balik dari Campona.


Budapest, ibu negara Hungary ini adalah dari gabungan dua nama bandar Buda dan Pest yang terpisah  oleh sungai Danube.  Pest meliputi sebahagian besar pusat bandar.

Foto sekitar Pest...

 


Di Buda pula kami sempat melawat St Stephen's Basilica (gereja terbesar Budapest), Buda Castle (a world heritage site), Campona dan Citadel. 


Pemandangan dari Buda Castle, jelas kelihatan bangunan Parliament dan Chain Bridge (jambatan tertua dan paling popular di Budapest)


Shoes by the Danube... ini ceritanya di sebalik barisan kasut simbolik kepada peristiwa "one of the most moving memorial".... Untuk ke sini, kami berjalan kaki menyusuri Sungai Danube dari bangunan Parliament.


Budapest Parliament, ketiga terbesar di dunia...


Heroes Square, largest square in Budapest...


Palace of Wonders (CSOPA) di Campona Mall, scientific playground for children... Campona adalah iternary tambahan memenuhi permintaan Mia ... semestinyalah bila ada kanak-kanak, tak banyak sikit pun kena masukkan tempat kesukaannya dalam list percutian.


Citadel....(on top of Gellert Hill, part of the UNESCO World Heritage site)

Untuk mendaki hingga kepuncak bukit, ianya mengambil masa dalam 30 minit, jalan yang tidak sekata dan agak mengah jugalah mendaki. Tapi berbaloi.. bila sampai dipuncak.. pemandangannya... cantik sangat..

Sebelum sampai ke puncak, akan jumpa Rock Chapel.


Sebenarnya masa yang kami peruntukkan 1 hari setengah (2malam di sini) sangat terhad untuk mengenali Budapest.  Jadinya itinerari pun agak padat dan memenatkan. Banyak lagi tempat yang menarik yang tidak sempat kami kunjungi. Kemungkinan besar kami akan mengunjungi lagi Budapest di masa hadapan, belum puas lagi rasanya meneroka Budapest.

Destinasi kami seterusnya selepas ini adalah ke Vienna, Austria......

Thursday, 2 July 2015

Jun 2015 - Perancangan Percutian Keluarga ke Eropah Timur (Vacation Planning to East Europe)

Scroll down for ENGLISH version

Sepertimana perancangan percutian keluarga sebelumnya, perkara pertama perancangan untuk dijawab ialah "Bila?". Ini adalah senang kerana "bila" tu selalunya pada musim cuti sekolah yang panjang.

Keduanya, "Kemana?" - Ideanya akan datang apabila kami memilih tempat-tempat yang belum pernah kami lawati dan juga membuat sedikit research dengan men"google" laman-laman sesawang seperti ini...:-

20 awe-inspiring places


Tahun ini selepas ke Jepun pada bulan April (hanya berdua kerana bukan cuti sekolah yang panjang), kami memilih Eropah Timur sebagai destinasi percutian keluarga.

Menggunakan google map sebagai "asas" perancangan kami... (nota : Yang dirancangkan adalah Dubrovnik, tetapi dialihkan kepada Mostar sewaktu percutian)


Perkara yang pertama sekali kami muktamadkan adalah penempahan tiket penerbangan. Ini akan memuktamadkan tempoh percutian kami, tarikh bila mula percutian dan tarikh bila percutian berakhir.


Selepas itu, kami akan mula menempah tempat-tempat penginapan. Setelah semua penginapan ditempah, maka lengkaplah "perancangan asas" percutian kami. Barulah kami mula "memperhalusi" tempat-tempat spesifik untuk dilawati dan lain-lain perkara seperti transport, kereta sewa, insuran perjalanan dan sebagainya.

"Kertas" perancangan percutian yang 95% muktamad akan kelihatan seperti ini yang melibatkan 4 buah negara Eropah Timur (Hungary, Austria, Croatia dan Bosnia Hezegovina dengan melintasi Slovenia)


"95% muktamad" kerana selalunya akan ada perubahan "last minute" ke tempat-tempat spesifik yang ingin dilawati dan juga perubahan yang dilakukan sewaktu bercuti (seperti dari Dubrovnik ke Mostar)

Seperti biasa, kami akan menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kelab percutian kami, WorldVentures, yang mana tiket penerbangan yang kami perolehi, iaitu Emirates, adalah yang paling kompetitif (murah). 


Bagaimana kami tahu yang ianya yang paling kompetitif?

Kami selalunya akan menyahut cabaran "jaminan price pledge" kelab percutian kami dengan membandingkan harga-harga yang ditawarkan oleh "search engine" yang lain yang ada di internet, harga tawaran di event seperti Matta Fair dan seumpamanya, dan juga harga tawaran syarikat Emirates itu sendiri. Kami "kalah" dalam trip ini kerana tidak terjumpa harga tiket penerbangan yang lebih murah. 

Selain dari mendapat harga-harga yang sangat kompetitif dari booking website kelab kami, sebahagian dari kos penginapan kami adalah "PERCUMA" kerana dibiayai oleh mata ganjaran yang dikenali sebagai "Rovia Bucks" yang dikumpulkan dari percutian-percutian sebelumnya apabila membuat tempahan melalui kelab kami. (Lebihkurang macam mendapat isian minyak kereta secara percuma apabila menjadi ahli petron dan mengisi minyak di stesen petron)

Hubungi kami sekiranya anda perlu bantuan/tips untuk merancang percutian anda!



ENGLISH VERSION

Like our previous vacation plannings, the first thing we asked ourselves was "When?". This is easy for us because we normally choose the timing during school breaks.

Secondly, "Where?" - The idea came with those places we have not visited and also by "googling" websites such as this one:-

20 awe-inspiring places


This year, after Japan's trip in April, we chose East Europe as our family vacation destination.

Google map sets the "blue-print" for our planning... (note : Dubrovnik, the original plan was diverted to Mostar during the vacation)


This first thing we finalised was the flight tickets which will set our vacation "start" and "end" dates.


And then, we will start purchasing our accommodations through out the trip. Our "base" vacation plan is set when all the required accommodations has been fixed/purchased. We will then start "fine tuning" the specific places that we wish to visit and start looking at other things such as transport, car rental, travel insurance etc.

Our almost finalised "Vacation plan" sheet will look something like this. This time it involved 4 countries in the Eastern Europe (Hungary, Austria, Croatia dan Bosnia Hezegovina, crossing Slovenia).


There could be last minutes changes, especially the specific places we want to visit and also changes during the vacation itself (like the diversion of Dubrovnik to Mostar)

As usual, we will take advantage of our WorldVentures club membership which privileges gave us, Emirates, the most competitive air-tickets we could find for this vacation.

How do we know it is the most competitive?

We always try to challenge the guarantee given by our club, "price pledge" by comparing the price offer with those provided by other booking websites available online, offers during travel fairs like the Matta Fair and also price offer by the airlines company itself. We were "unsuccessful" in our bid this time because we could not find anywhere else more competitive than the one we had got from our club.

On top of getting the most competitive price offers, some of our the accommodations we had booked from our booking website were "FREE" as they were paid for by "Rovia Bucks", the dollars we earned from our previous vacations. Roughly, it works something like fuel card membership where you earn free fuel by becoming a member and patronising the fuel station whenever you fill up fuel for your car.

Contact us if you wish to have some tips when planning your own vacations!!


Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...