Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Tuesday 28 November 2017

Northern Europe Part 9a - Memburu Aurora Borealis (Pakej)

Northern Lights - 19 Oktober 2017, Khamis  (Day 10)

Hasrat untuk melihat Northern Lights dengan mata sendiri merupakan tujuan utama percutian kami ke Northern Europe. Banyak tempat yang boleh melihat Aurora borealis ini, bukan saja di Northern Europe. Tetapi tempat-tempat yang popular bagi pelancong adalah tempat-tempat yang berada di dalam lingkungan Artic Circle. Rasanya Tromso, Norway ini adalah tempat ke-4 terbaik untuk melihat Aurora bagi para pelancong.

Berikut adalah applikasi-applikasi smartphone yang kami download semasa di Malaysia lagi.
Awal-awal dulu semasa mula merancang untuk bercuti ke Northern Europe, dah study waktu bila sesuai untuk ke Tromso, Norway ini.  Memang dah pilih Oktober, bulan terbaik di samping bulan March untuk melihat Aurora


Pakej memburu aurora borealis dibuka bermula 16 Oktober, maksudnya pada awal bulan Okt peluang melihat aurora mungkin tipis.  Lagipun masa ini masih lagi musim autumn yang sering hujan dan berawan.  Akhir bulan November hingga  pertengahan Januari pula dikenali sebagai Polar Night di mana matahari tidak kelihatan.  Suhu mula mencecah tahap beku dan berterusan hingga bulan April.  Jika datang pada masa tersebut kena beri perhatian tentang persediaan pakaian dan kasut yang tahan sejuk.  Kalau pergi ke Norway (Tromso) kerana hendak lihat Northern Lights, jangan pergi musim midnight sun  dan siang hari panjang (May hingga Ogos).  Sah-sahlah tak nampak..😄

Semakin hampir hari hendak sampai ke Tromso, semakin baik cuaca diramalkan. Host Sophie pun emel bagi tahu yang Aurora juga boleh dilihat dari tempat kami menginap itu. Dah berkira-kira di Malaysia tidak perlu ambil pakej Aurora hunting ini. Sampai sana baru tengok, kalau dah hari-hari nampak Aurora dari rumah, tak payahlah ambil pakej nanti.

Tapi apabila start sampai di Helsinki, Finland tiba-tiba pulak cuaca jadi lain. Kerap mendung dan hujan pulak. Sampai di Tromso, Sophie pun kata tak expect cuaca macam ni, unpredictable katanya. Kami dah suspen. Hari-hari dok check weather forecast. Akhir sekali, cuaca nampaknya tidak menyebelahi kami, lalu kami buat keputusan untuk ambil pakej pergi cuba lihat Aurora pada saat-saat terakhir kami di Tromso, iaitu sebelah malam hari sebelum kami berlepas ke Sweden (pakej Aurora sampai 1 pagi kemudian nak menapak balik ke apartment pagi-pagi buta dan nak bersiap pergi airport jam 7 pagi).

Antara pakej-pakej yang kami browse semasa berada di tourist information center..


Antara dua tiga syarikat yang membekal pakej Aurora ni yang menggunakan foto iklan mereka yang memaparkan banner biru "You Should Be Here" kelab percutian kami.

Pada mulanya kami ingat nak beli saja pakej di tourist information center hari itu, tapi oleh kerana tidak pasti samada ianya berbaloi atau tidak, kami mengambil keputusan untuk bertanya sendiri dengan salahsatu pembekal pakej Aurora sebelum decide nak ambil.

Selepas balik dari lawatan ke fjord, kami ke pejabat Northern Lights Tromso, yang tidak jauh dari tourist information center untuk meninjau pakej Northern Lights Chase by bus, NOK940 seorang (lebihkurang RM1,000 untuk kami berdua).

Mereka beritahu, boleh saja nak pergi tengok malam tu terus. Boleh nampak, cuma cuaca diramalkan lebih baik keesokan harinya daripada hari ini. Takut tak nampak terang sangat dan akviti Aurora pun mungkin tidak rancak. Lalu mereka sarankan supaya datang balik esok petang dan decide samada nak beli pakej atau tidak. Lagipun pelancong masih belum ramai, datang esok pun seat masih ada katanya.

Dipendekkan cerita, memanglah hari keesokkan nya itu adalah yang terbaik cuacanya semenjak kami sampai ke Tromso. Bangun pagi, intai luar tingkap, hari cerah dan tidak hujan. Awan pun nampak clearing. Sebelum bertolak dengan bas malam itu pun, sudah nampak jalur Aurora di langit di pusat bandar. Dalam perjalanan pun nampak Aurora dari tingkap bas. Alhamdulillah!

Tempat yang dituju ialah sekitar pulau Kyaloya, pulau yang sama semasa pakej fjord semalam, kira yang ini versi malam pula.  Katanya ia tertakluk pada cuaca, ada masa-masa mereka bawa hingga ke sempadan Finland untuk memburu aurora borealis.

Tempat yang pertama kami singgah, Finnvikdalen, adalah tempat yang paling banyak akviti-akviti Aurora dan 'dancing'nya tu lebih lama dari dua tempat lain yang kami singgah selepas itu.  Semasa dalam perjalanan ada juga berselisih dengan kereta, mungkin yang disewa pandu untuk mencari aurora.  Rasanya agak mencabar untuk memandu di malam hari di sini, dengan keadaan yang gelap gelita dan jalanraya yang sempit.

Menyaksikan dengan mata sendiri keindahan dan tanda kebesaran Maha Pencipta, fenomena yang sangat cantik.. dengan berjuta bintang berkelipan di langit.. manakala banjaran gunung dan laut menghampari bumi..  kenangan terindah yang tak mungkin dilupakan.. apalagi bersama orang yang tersayang ada disisi..
Okay, di bawah ini kami belanja foto-foto yang kami ambil dengan smartphone kami. Foto-foto dari professional photograher, akan kami muatkan di entri selepas ini.

Foto-foto smartphone ini diambil dengan mode 'Night shot' dan hanya di edit dengan Window 10 'one touch photo enhancement' saja. Nampaklah hijau terang sikit, daripada kelam samar-samar di foto-foto original shots tu.

*nota.. warna cahaya Aurora borealis pada pandangan mata kasar tidaklah seterang yang di capture dengan lensa kamera, yang kelihatan warna cahaya kehijauan dan pink samar-samar.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Di tempat kedua, Kvaloysletta, tidak berapa aktif dan kami pun tidak menunggu lama di sini.

 
 

Seterusnya di Tromvik, kami juga berjalan dalam gelap, tapi kali ini turun ke tepian pantai..  Cahaya aurora borealis agak lama menari-nari seakan tidak ada kesudahan. Lama juga kami di sini, hampir 1 jam sehingga tidak tahan lagi dengan kesejukan malam, kami pun melangkah balik menuju masuk ke dalam bas untuk panaskan badan.  Mereka ada menyediakan minuman coklat panas dan biskut.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Akhir sekali, kami lalu serta meninjau ke tempat yang ke 4, tetapi tidak nampak akviti Aurora yang jelas dekat situ, lalu kami pun memulakan perjalanan pulang ke pusat bandar.

Kami akan muatkan foto-foto yang di capture dengan camera DSLR selepas ini (Part 9b).

Friday 24 November 2017

Northern Europe Part 8 - Meninjau Fjord (Pakej)

Fjord - 18 Oktober 2017, Rabu  (Day 9)

Di tourist information center Tromso, kami beli pakej lawatan ke fjord dengan harga NOK1,940 untuk kami berdua (lebih kurang RM1,065). Pakej "Fjord tour by minibus" ini dari syarikat Northern Lights Tromso yang membawa sekumpulan kecil (6 orang) pelancong ke kawasan fjord dengan van.


Memilih pakej

Tromso Tourist Information mengendalikan banyak agency yang menawarkan pelbagai jenis pakej, dengan harga yang berbeza-beza walaupun tour yang hampir sama. Kami pun pening mana satu agen yang hendak dipilih.  Maklumlah harga yang agak mahal untuk setiap pakej.  Mula-mula kami buat keputusan apa pakej yang kami nak pergi, kemudian kami baca review tentang agency dan tour berkenaan.  Booking boleh juga buat dibuat secara online (baca pengalaman kami DI SINI, sekiranya ingin membuat tempahan online semasa berada diluar negeri - TIPS tempahan online)

Lawatan bermula dari tourist information center pada pukul 11pagi sehinggalah jam 4 petang. Pakej ini termasuk snek tengahari dan foto-foto.  Fjord yang akan disusuri ialah di Kvaloya dan sekitarnya.  Sebelum sampai di situ kami melalui jalan terowong bawah laut yang agak panjang dan siap ada simpang bulatan round-about di dalamnya.

Fjord pertama yang kami singgah. Entah apa dah namanya. Ada sangkar pemeliharaan ikan salmon berbentuk bulat (tak nampak dalam foto) di kebanyakan fjord di sini. Itulah Norwegian Salmon yang dijual di pasaraya-pasaraya termasuk tempat kita (ataupun kita punya datang dari China?). Kalau wild salmon, ini memang mahal.

 

Singgah di kawasan 'hutan' sekejap. Di sini pernah berlaku runtuhan glacier kata pemandu pelancong kami. Dia (dalam baju merah foto di bawah) suka amik foto nature dan haiwan liar.

(Angsa liar - Foto ihsan dari NorthenLightsTromso)
(Angsa liar - Foto ihsan dari NorthenLightsTromso)

Ada dua tiga lagi singgahan di fjord. Tak ambil foto, kerana tak nampak beza sangat. Ada yang just berhenti tapi tak turun pun dari van. Ada satu tempat yang airnya jernih macam cermin. Nampak bayangan rumah, boat, gunung dalam air seperti balikan cermin. Dok asyik tengok sampai terlupa nak suruh pemandu berhenti untuk ambil foto. Dah lepas agak jauh baru teringat.. eh! eh! foto?

Kemudian kami sampai tempat untuk snack tengahari sekejap. Sebuah resort, dihidang minuman (kopi, hot chocolate, teh... all you can drink) dan bar cokelat.


Foto luaran di ambil dari dalam resort tempat kami minum kopi..


Rumah kecil putih berbumbung lutsinar dalam foto di bawah adalah untuk penginap melihat Aurora borealis (Northern lights).


Setelah break tengahari, kami ke kawasan belakang tempat di mana mereka selalu buat akviti outdoor untuk para pelancong dan juga orang tempatan..


Kemudian kami singgah di sebuah kawasan pantai..


Menurut pemandu pelancong, orang Norway suka juga bercuti jauh dari bandar di tempat-tempat terpencil (macam dalam hutan gitu) di rumah sewa sebuah dan terpencil di satu-satu tempat itu.


Satu fjord lagi yang kami singgah dalam perjalanan pulang. Nampak macam sungai/terusan tempat kapal-kapal serta boat berulang-alik. Kalau yang kecil-kecil tu (macam dalam foto di bawah) katanya kena tengok masa untuk mudik ke hulu atau ke hilir. Yang kecil-kecil ni tidak berdaya bergerak melawan arus, jadi mereka berlayar hanya sehaluan dengan arus. (Kalau pagi arus akan ke sana, menjelang petang arus akan ke sini pula, lebihkurang begitulah penerangan yang diberikan)


Lukisan di dinding batu ini katanya sudah berusia 5 ribu tahun. Zaman dahulu air laut sampai aras sini (tinggi sikit dari seberang jalan sana tempat laut di dalam foto-foto di atas)


Habis lawatan, kami balik ke tourist information center di pusat bandar dan sampai jam 4pm lebih..

 


Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...