Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Saturday 24 June 2023

Norway Trip Day 2 -Honefoss, Norway (Mei/Jun 2023)

Trip hari pertama di Norway, dari Airport Gardermoen ke bandar kecil Honefoss, lebihkurang 65km jauh.

Mendarat dari Doha, hampir jam 3pm di Oslo Airport. Paspot Malaysia juga senang di Norway,  keluar/masuk sebagai pelancong, tak perlu apa2 visa. First thing lepas keluar ke balai ketibaan, kami cari kedai yang jual sim kad. Malangnya, tiada sebarang kedai pun dalam airport yang ada jual sim kad.

Seterusnya, pergi ke kaunter kereta sewa di aras bawah untuk ambil kereta yg ditempah. Yang ditempah tak siap cuci lagi, mereka tawarkan kereta lain (upgrade dgn harga yg sama). Kereta tu pula ada GPS, lega kami sebab hari semakin petang dan kami ingin tiba di Honefoss sebelum hari gelap (tapi mentari terbenam lambat, dekat 10mlm baru hari nak gelap). Tapi GPS tu tak update, ada sebahagian jalan tu kami bergantung kepada tanda arah jalan saja kerana GPS suruh pusing entah mana-mana, suruh u-turn tempat yang tak boleh u-turn etc.


*TIPS* Kami tempah kereta dari Malaysia, lagi awal lagi murah harganya. Kami ambil insuran penuh. Sekali fikir, lebih baik ambil insuran dari syarikat kereta sewa itu sendiri. Kalau ada apa2, urusan lebih senang, direct. Kalau bukan dari syarikat sewa kereta itu sendiri, mungkin kita terpaksa bayar dulu kemudian claim dari syarikat insuran semasa kita tempah kereta online tu dulu. Dua kali kerja.

Habis masa cari sim kad tadi, kami tak ambil gambar di Airport Oslo.

Selesai urusan kereta, jam dah 5pm lebih, terus kami drive menuju bandar Honefoss. Hotel juga kami tempah awal dari Malaysia memandangkan rapat bulan Jun, musim panas bermula, lagi susah nak dapat penginapan yang kompetitif.

Sampai hotel lebihkurang jam 7pm, selesai check in, terus pergi cari sim kad sebelum balik semula ke hotel bersiap utk tidur. Esoknya nak round bandar Honefoss sebelah pagi sebelum check-out.


*TIPS* Di Norway, kos agak mahal. Kalau perlukan capaian internet (sim kad), check dulu kadar roaming/internet servis provider kita. Kami dah beli dan set simkad Telia dalam phone, barulah teringat sms yang Maxis hantar sebaik saja menjejak kaki di Norway. Bila dibandingkan kadar bayaran, menyesal kami tak aktifkan roaming Maxis semasa tiba di airport lagi. 

Orang Norway ni peramah dan suka membantu. Mereka tunjukkan tempat ini untuk beli simkad.


Esoknya, jalan kaki saja ke tempat2 menarik disekitar bandar ni. Bandar kecil Honefoss ni mengambil nama sempena air terjun (foss) yang agak besar ditengah2 bandar kot?


Bahagian bawah airterjun.


Jalan-jalan sekitar bandar, pagi hari minggu, orang masih tidur lagi agaknya.


Lebihkurang jam 11 pagi, kami bersiap2 utk check out ke destinasi seterusnya.


Friday 23 June 2023

Norway Trip Day 1 - KL ke Doha, Qatar (Mei/Jun 2023)

Kali pertama menaiki penerbangan Qatar Airways, dari KLIA ke OSL (Oslo Gardermoen Airport, Norway) dengan transit di Doha, Qatar.

Ada pameran Seniman Negara P. Ramlee di KLIA waktu kami berangkat.

Kami memilih penerbangan yang mengambil masa transit yang panjang (19 jam lebih) di Hamad International Airport, kerana bercadang untuk singgah di bandar Doha.

*TIPS* Sekiranya anda transit sekurang-kurangnya 8 jam di Hamad International Airport, anda boleh cuba hubungi Qatar Airways untuk mendapat penginapan complimentary (percuma) semasa transit. Syarat utamanya adalah, tiada penerbangan lain sebelumnya, yang kurang dari 8 jam transit.

Sekiranya anda ingin meninjau Doha, pilihlah penerbangan masa transit yang panjang bagi memboleh anda keluar dari airport untuk meninjau Doha beberapa jam ataupun terus bermalam di Doha untuk menyambung penerbangan esoknya. Kami mendarat jam 2pm, penerbangan seterusnya adalah keesokan paginya jam 8. Paspot Malaysia tidak ada masalah untuk keluar/masuk airport Doha.

Sebelum bertolak, kami membaca review yang rata-rata mengatakan masih memerlukan penggunaan transaksi tunai, kerana transaksi kad/elektronik dan sebagainya itu belum meluas di Doha. Jadi kami tukar sedikit Qatar Riyal di KL utk tujuan membayar teksi. Ini kali pertama kami sampai ke Doha, jadi tidak begitu adventurous sangat untuk menggunakan pengangkutan awam lain. Lagipun, bila keluar airport nanti, kami tidak bercadang untuk mendapat capaian internet.

Teksi, tidaklah mahal sangat. Sampai di airport kami cari Karwa, syarikat teksi kepunyaan kerajaan walaupun ada jumpa dalam airport yang menawarkan perkhidmatan Uber (lebih murah katanya).


Apa yang kami dapati setelah sampai di Doha, penggunaan kad adalah meluas. Tidak perlu sangat pakai tunai sebenarnya (Kami langsung tidak bawa cash, matawang Kroner, untuk ke Norway kerana penggunaan kad/elektronik payment adalah meluas di sana)

Sekiranya anda adventurous ataupun sudah berpengalaman, kami cadangkan penginapan berhampiran dengan line pengangkutan awam/metro/bas untuk kesenangan bila transit/bermalam di Doha. Tempat yang ramai orang syorkan adalah Souq Al Waqif. Bermalamlah di kawasan Souq Al Waqif ini atau kawasan-kawasan di sepanjang line merah dalam peta dibawah ini. Jangan jauh dari airport pula, kalau-kalau terpaksa naik teksi untuk ke airport. Bayar lebih mahal nanti.

Penginapan di luar airport jauh lebih murah. Kami menginap di Wonder Palace Hotel, lebihkurang 800 meter berjalan kaki ke stesen metro Umm Ghuwailina. Kami menghabiskan masa di Doha dengan meninjau Souq Al Wakif dan lain-lain tempat, menggunakan pengangkutan awam dengan berpandukan peta di atas.

*TIPS* Pada hari Jumaat, pengangkutan awam ini hanya beroperasi bermula jam 10 pagi, jadi kalau penerbangan pagi, adalah disyorkan anda mengambil teksi/uber untuk ke airport semula. Penerbangan kami ke Oslo jam 7.40pagi. Kami ambil teksi Karwa di hotel jam 4.30pagi. Hari sudah cerah pada jam 4 pagi waktu itu.

Souq Al Waqif




Makan di stesen Umm Ghuwailina sebelum balik ke hotel, tidur awal untuk penerbangan pagi esoknya. Hidangan untuk seorang makan, lebih dari cukup untuk dua orang.


Foto-foto di Hamad International Airport semasa transit penerbangan pulang dari Oslo, Norway.


Dalam perjalanan pulang Oslo-Doha, kami mengambil penerbangan yang transitnya hampir 8jam. Ada penerbangan yang transitnya hanya 3 jam. Kami tidak memilih transit 3 jam ini kerana mengambilkira kemungkinan berlaku kelewatan penerbangan, lagipun kami belum biasa dengan Airport Hamad ini. Kami dapati, pintu berlepas Doha-KL agak jauh, memerlukan naik tren airport dari pintu mendarat semasa tiba dari Oslo. Sekiranya kami mengambil transit 3 jam tadi, agak bergegas juga untuk ke pintu berlepas, lagi parah kalau ada kelewatan penerbangan. Nak kena screen lagi sebelum masuk ruang berlepas setelah mendarat.

*TIPS* Quiet Room - Setelah mendarat dari Oslo, kami mencari "Quiet Room" yang kami perasan semasa berlepas dari Doha ke Oslo dulu. Ada label "For Women Only" disebelah hujung sini, dan sebelah hujung sana pula (lebihkurang 5 minit jalan kaki) ada "Quiet Room for Men Only". Bila kami tanya petugas airport, dia kata tak mengapa boleh masuk. Kami tidur dalam "Quiet Room for Men Only" malam itu sementara menunggu (7 jam) penerbangan ke KL. Cafe/restoran, washroom rooms, ruang solat ada berdekatan di kedua-dua kawasan "Quiet Room" ini. Kawasan terbuka untuk tidur pun banyak disediakan di Hamad International Airport ini.


Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...