Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Saturday 29 February 2020

THE TOP Penang Theme Park (Februari 2020)

13/02/2020 (Khamis) - 15/02/2020 (Sabtu)

Kami menginap di Hotel Ixora di Seberang Perai, kerana menghadiri event selama dua hari di situ. Selepas event berlangsung, sebelum balik ke KL, kami crossed Jambatan Pulau Pinang untuk ke pulau kerana sudah bertahun kami tidak menjejak kaki ke sana. 


Hati-hati menikmati pemandangan laut semasa berada di atas jambatan itu. Ada accident kecil (langgar belakang) berlaku pada kereta di sebelah kami. Kami agak pemandu itu leka memandang ke laut dan tidak sedar kereta di depannya telah slow down/berhenti disebabkan sedikit kesesakan lalulintas.

Setelah google 'best nasi kandar in Penang', kami ke Restoran Hameediyah yang terletak di Lebuh Campbell, Georgetown, untuk late breakfast/early lunch. Mula beroperasi pada tahun 1907, restoran ini adalah restoran nasi kandar tertua di Penang.


Agak susah untuk dapat pakir di tepi jalan restoran ini (pakai kupon parking), lalu kami cari kawasan pakir berbayar yang terdekat. Hanya RM2 sejam, bayar dengan Touch 'N' Go. Keluar dari kawasan pakir kami jumpa sign-board yang menunjuk arah ke restoran Hameediyah. Siap dengan tanda tapak kaki lagi.


Kami sampai di bahagian belakang restoran dan masuk ikut pintu belakang. Kami sampai dalam 10.30am dan bernasib baik kerana merupakan pelanggan ke 4 atau 5 beratur membuat pesanan. Selepas makan, kami dapati ramai untuk beratur panjang hingga ke bahagian luar restoran.

Cadangan asal ingin ke Bukit Bendera yang seingat kami, last pergi ke sana adalah pada zaman sebelum internet lagi. Tetapi lokasi THE TOP Penang Theme Park tidak jauh dari Lebuh Campbell, lalu kami tukar plan untuk ke situ. Lagipun, theme park ini baru bagi kami dan belum pernah diziarahi.


Kami beli dua tiket masuk untuk The Top Rainbow Skywalk (Single Entry) sahaja dan dua lagi untuk The Top Fun Pass (Multiple Entries). Jangan lupa untuk guna myKAD untuk diskaun (rakyat Malaysia) dan lagi diskaun untuk pesara kerajaan (dengan menunjukkan kad pesara).

Sambil menunggu yang explore theme park ini dengan tiket Fun Pass, kami yang hanya ambil tiket Rainbow Skywalk ini minum kopi di TOP View Restaurant & Lounge sambil menikmati pemandangan Pulau Penang dari bangunan tinggi ini.

 
  
 

Test rasa gayat dengan lantai 'see-through' di bahagian dalam banguan dan di Rainbow Skywalk di bahagian luar View Restaurant & Lounge. 



Selepas Asar barulah mereka-mereka habis menjelajah theme park dan kami terus pulang ke KL. Singgah dulu sebentar untuk beli Jeruk Madu Pak Ali sebelum sampai malam di KL dengan menempuh hujan lebat sebelum Ipoh, Perak.


Monday 24 February 2020

Matka Canyon, North Macedonia - Kembara Balkan (November 2019)

Selasa - 19/11/2019

Terbang dari Istanbul pada 30 Oktober, 2019 dulu, kami menjejak kaki pertama kalinya di bumi Balkan dengan mendarat di Skopje, North Macedonia. Setelah 3 minggu kami mengembara dengan memandu kereta, kami kembali semula ke Skopje pada 18 November, 2019. Kami menginap di apartment yang sama semasa mula-mula sampai dahulu, berehat sehari sebelum kami menziarah perkampungan Matka Canyon, yang lokasi lebihurang 15 km sahaja dari bandar Skopje.  Tempat ini mesti  ada dalam list bila melawat Macedonia.

Perjalanan menuju ke Matka Canyon melalui jalan dalam.. bukan highway..


Selepas melepasi perkampungan Matka, kami sampai di sebuah tempat yang menarik yang terdapat aliran sungai. Ianya merupakan tempat di mana 'track kayak' disediakan untuk pertandingan sukan kayak disamping merupakan tempat perkelahan yang menarik untuk dikunjungi. 

The ECA Junior and U23 Wildwater Canoeing European Championships pernah diadakan disini pada tahun 2018.


Setelah puas bersiar dikawasan 'track kayak' ini kami kembali ke tempat pakir dan nampak ada kereta naik ke bahagian atas walaupun nampak jalannya macam untuk orang berjalan kaki sahaja. 

Kami naik dengan kereta ke atas, sehingga kawasan penghujung di mana terdapat banyak juga kereta memakir di situ. Ada seorang pemandu teksi tempatan yang sedang menunggu penumpangnya bercerita kepada kami tentang tarikan di kawasan itu dan menyarankan kepada supaya naik ke atas lagi dengan berjalan kaki (kereta dah tak boleh masuk)


Rupanya di kawasan inilah terletaknya gua Vrelo. Ianya akan memakan masa berjam-jam untuk ke sana (pergi-balik) dengan berjalan kaki. Biasanya pelancong akan mengambil 'boat ride' untuk ke gua tersebut yang akan mengambil masa sejam (pergi-balik).


Kami hanya bersiar-siar dengan berjalan kaki sehingga ke penghujung sementara laluan jalannya masih elok. Selepas di hujung kawasan pelancongan, jalannya sudah berbatu-batu dan akan memakan masa sejam lebih lagi untuk sampai ke kawasan gua.  Berjalan di laluan track yang tersedia berdindingkan batu canyon satu pengalaman yang sangat luar biasa dan indah.  Pada musim puncak banyak aktiviti dilakukan seperti mendaki, berenang dan berkayak.


Kawasan Hotel Matka Canyon... dengan latar belakang yang sangat semulajadi, tetamu di hotel ini akan terlupa dengan dunia luar.  



Selesai menziarah, kami berhenti seketika di kawasan perkampungan untuk mengambil gambar Masjid Glumovo.


Kanak-kanak balik dari sekolah sewaktu kami lalu.


Nampak macam ramai penduduk di kawasan ini adalah muslim





Tuesday 18 February 2020

Kosovo - Kembara Balkan (November 2019)

Ahad -17/11/2019 - Prizren

Highway dari Albania menuju ke Kosovo, kami cross border di Morinë (Kukës, Albania) – Vërmicë (Prizren, Kosovo) yang merupakan cross border utama bagi laluan darat Albania-Kosovo.


Sampai di Prizren selepas tengahari, sewa dua bilik di Hotel Theranda. Booking, kami buat melalui sembang di whatsapp semasa kami berada di Sarajevo lagi. Booked satu double room dan satu single single. Apabila check-in, kami diberi dua bilik triple (setiap bilik ada 3 katil) pada harga yang sama. 

(shot dari depan hotel) 

Kedengaran azan, rasanya dari tiga buah masjid berdekatan apabila masuk waktu Asar.

(shot dari bilik hotel sebelum masuk waktu Asar)

Masjid/Xhamia e Sinan Pasha di seberang jalan berhadapan dengan hotel.


Pemandangan di sekitar hadapan hotel. Merupakan kawasan tumpuan di mana terdapat banyak kedai-kedai, restoran, point of interest bagi pelancong-pelancong. Lokasi Hotel Theranda ini adalah baik untuk menziarah bandar Prizren.


Semasa kami berjalan kaki mencari sebuah restoran 'Halal' yang kami cari di google. Malangnya,bila sampai, restoran itu ditutup.


Dalam perjalanan balik semula ke kawasan berdekatan dengan hotel, kami singgah disebuah restoran vegetarian kerana dah lapar.


Kami berjumpa dengan orang tempatan yang datang ke Prizren dari Pristina. Menurutnya, 98% dari warga Kosovo adalah muslim. Katanya lagi, bekalan daging seluruh negara datangnya dari satu tempat pengedaran saja. Semua kedai-kedai makan di sini mendapat bekalan dari halal dari sini dan tiada daging babi dijual di Kosovo ini katanya.

Tuan punya restoran vegetarian yang kami singgah tadi dan juga beberapa orang lain yang kami tanyakan memberitahu kami yang semua makanan di restoran di Pizren ini adalah'halal'. Don't worry kata mereka. 


Bila hari sudah gelap, baru kami nampak ada restoran yang display tanda halal. Selalunya mencari tanda halal di pintu-pintu, tetapi perkataaan 'HALAL' yang agak besar diletakkan dibahagian aras atas/bumbung bangunan. Kami makan steak malam itu, nak balas dendam makan vegetarian petang tadi. 😋


Kesokan harinya, sebelum check-out, pagi-pagi hari lagi dari hotel kami mendaki naik ke Kalaja e Prizrenit (Prizren Fortress)


Ada tanda jalan untuk kami menyusuri jalan celah-celah bangunan ke kawasan mendaki naik.


Sebelum sampai ke bahagian atas fortress..


Berjalan kaki sampai ke atas.. ada makhluk jinak ini... tak lari bila dihalakan muncung kamera


Di bahagian depan pintu masuk fortress... tapi ianya masih berkunci di pagi-pagi hari... tidak dapatlah kami masuk ke bahagian dalam fortress.


Pemandangan bandar Prizren dari atas bukit fortress


Pemandangan-pemandangan semasa kami mula mendaki turun. Semasa turun, dua-tiga orang senior citizen sedang mendaki naik. Bila bersembang sekejap dengan mereka dalam bahasa inggeris, faham sikit-sikit, kami diberitahu bahawa ada jalan belakang untuk masuk ke dalam kawasan fortress itu. Kata mereka, jalan masuk bahagian depan memang sentiasa berkunci.


Dah hampir separuh jalan kami turun, sudah tidak berselera untuk mendaki naik kembali kalau nak tinjau kawasan dalaman fortress. 😥


Sampai ke bawah, kami terus ke hotel untuk breakfast yang disediakan oleh hotel, sebelum naik berehat dan berkemas-kemas bertolak ke ibu negara Kosovo, Pristina, lebih kurang 90 km dari Prizren.


Isnin -18/11/2019 - Pristina

Dari Prizren ke Pristina (dan seterusnya masuk negara Macedonia), hampir ke semua jalan yang kami lalui di Kosovo ini adalah highway dan tiada tol.


Sampai di bandar Pristina, kami cari tempat pakir berdekatan dengan National Library of Kosovo.  Ianya direka-cipta oleh arkitek Croatia, Andrija Mutnjaković, di buka pada tahun 1982Katanya bangunan ini adalah di antara yang terburuk/ugliest arkiteknya di dunia?


Besiar-siar dengan berjalan kaki di kawasan sekitar sehingga lepas waktu tengahari. University Hasan Pristina atau University of Pristina terletak di kawasan bersebelahan dengan National LIbrary of Kosovo.


Di kawasan persekitaran itu juga terdapat Cathedral of St Mother Teresa.


Hampir 2km dari kawasan kami bersiar, ada Bill Clinton Statue, tetapi kami tidak berminat untuk berjalan kaki sejauh itu pada waktu itu kerana ingin juga sampai ke North Macedonia sebelum hari gelap.


Selepas ambil kereta di tempat pakir mula-mula tadi, pakir awam, tetapi kami tidak nampak sebarang meter ataupun apa-apa yang menandakan ianya pakir berbayar, kami pusing sekitar bandar buat se ketika sebelum meninggalkan Kosovo menuju ke negara North Macedonia.

(Photo credit - SkyscraperCity)
Kami kembali ke Skopje, North Macedonia, tempat kami mula-mula sewa kereta dan memulakan kembara Balkan ini. Skopje lebih 90 km dari Pristina, dan kami cross-border di Elez Han (Kosovo) - Blace (North Macedonia).

(Photo credit - Kosovo Press) 

Blace pada akhir 90an ditutup kerana kebanjiran pelarian yang masuk ke North Macedonia melalui jalan ini. Semasa kami tiba di situ, ianya tidaklah sesak seperti yang digambarkan di atas. Kami siap melepasi border dalam lebihkurang 15 minit.

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...