Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Sunday 29 December 2019

Tetovo, North Macedonia - Kembara Balkan (Nov 2019)

Tetovo (03/11/2019)

Pagi hari memulakan perjalan dari Sofia untuk terus ke Tetovo, sejauh lebihkurang 300km.  Melepasi sempadan Bulgaria - Macedonia di Gyueshevo, tempat yang sama kami memasuki Bulgaria sebelum ini, proses melepasi sempadan lebih cepat dan senang berbanding dulu. Dalam beberapa kilometer  melepasi sempadan, berhenti sekejap di tepi jalan untuk menikmati pemandangan daun-daun yang beraneka warna.


Lebihkurang jam 11:30 pagi kami sampai ke destinasi tujuan di Tetovo, iaitu masjid Tetovo yang juga dikenali sebagai "Painted atau Decorated Mosque" atau namanya Sarena Dzamija.


Asalnya dibina pada tahun 1438 dan kemudiannya dibina semula pada tahun 1833 oleh Abdurrahman Pasha.


Turbe (atau kubur/makam) yang ada di dalam kawasan masjid ini, adalah kubur dua beradik perempuan, Hurshida dan Mensure, yang dikatakan telah membiayai pembinaan masjid ini pada tahun 1438.


Pintu depan dan pemandangan dalam masjid.



Dalam lebihkurang jam 12 tengahari, azan zohor dilaungkan dan masjid yang tadinya kosong mula dipenuhi jemaah hinggakan ke ruangan luar masjid untuk solat zohor berjemaah. 


Bahagian atas masjid khas untuk jemaah wanita.


Bey's Turkish Amam (Turkish bath) yang berdekatan dengan masjid, di sisi aliran sungai (Pena).


Mengikut kata seorang jemaah/penduduk yang kami bersembang di masjid, Tetovo, majoriti penduduknya terdiri dari muslim Albania. Tidak ada masalah dengan makanan halal di pekan/bandar ini.  

Selepas zohor, kami ke pusat pekan/bandar untuk makan tengahari dan membeli sedikit bekalan/grocery.


Pasar sayuran/buah-buahan


Rancangan asalnya ialah untuk bermalam semalaman di Tetovo. Memandangkan kami sampai agak awal di Tetovo dan destinasi seterus hanyalah lebihkurang 130km lagi, kami mengambil keputusan untuk terus ke Ohrid, awal sehari dari rancangan asal.

Hujan renyai-renyai dalam perjalanan ke Ohrid, melalui jalan lereng bukit dan berkabus agak tebal di sebahagian kawasan. Kami tidak akan memandu di sini sekira hari sudah hampir gelap dengan keadaan hujan (jalan licin, apa lagi sekiranya musim sejuk/kabus/salji) dan juga ada bahagian-bahagian jalan yang agak curam serta lebih sempit. 


Alhamdulillah kami sampai ke Ohrid sebelum hari gelap, dan host tempat penginapan di Ohrid membenarkan kami untuk mengubah tarikh penginapan (yang kami dah tempah dari Malaysia lagi) awal sehari tanpa apa-apa caj.

Thursday 26 December 2019

Plovdiv, Bulgaria - Kembara Balkan (Nov 2019)

Plovdiv (02/11/2019)

Highway yang selesa ke Plovdiv (dari Sofia) membantu mempercepatkan day-trip kami, sejauh 150km.  Di highway yang speed limitnya 130km/j, berdesing kereta lain memotong. Bila jeling kepada speedometer, rupa-rupanya kami juga memandu laju, 160km/j 😮. Sepanjang pemanduan di Bulgaria, kami tidak pernah terserempak dengan polis trafik menjalankan operasi, kecuali sekali selepas melepasi sempadan pada hari pertama sampai. Mereka periksa paspot kami ditepi jalan.


Sampai di Old town Plovdiv, pagi-pagi hari. 


Mula cari tempat parking kereta, tetapi tidak dapat parkir di situ kerana bayaran pakir hanyalah dalam matawang Bulgaria (BGM) dan tidak terima kad. Kami tidak punya BGM tunai. Di kawasan Old Town ini tak boleh pakir sebarangan, nanti kena angkut kereta. Akhirnya kami pakir di tepi jalan, masih banyak ruang kosong di pagi hari. Bayar 3 euros untuk 3 jam kepada penjaga yang datang kutip duit pakir.

Plovdiv terbahagi kepada beberapa bahagian yang berdekatan, boleh diterokai dengan berjalan kaki sahaja:-
Old town - banyak kesan sejarah seperti Dzhumaya Mosque, Roman stadium, Ancient theatre dan museums.
Kapana - kawasan kreatif yang dilukis/dihias dengan pelbagai idea, cantik untuk bergambar.  Di sini bayak bar dan cafe.
Tsar Simeon's garden
Danov hill 

Dzhumaya Mosque

Plovdiv mula dikuasai oleh Daulah Osmaniah pada tahun 1363. Sultan Murad II (1421-1451) telah meruntuhkan bangunan masjid asal dan membinanya semula di mana strukturnya kekal sehingga ke hari ini. Hüdavendigâr Camii atau Cuma Camii, adalah nama masjid ini dalam bahasa Turki.  Kami tidak sempat masuk  ke ruang solat kerana berkunci dan hanya di buka masa waktu solat sahaja.  


Bersiar-siar dengan berjalan kaki di sekitar kawasan Old town yang agak luas dan besar kawasannya, berpandukan tanda-tanda jalan.


Beberapa pemandangan di sekitar Plovdiv Old town.


Kalau bayar tiket masuk Ethnographic Museum ini, boleh guna tandas free 😅


Di kedai souvenir ini kami jumpa magnet IYI


Kembali ke Sofia dengan destinasi seterusnya adalah memasuki kembali North Macedonia keesokan harinya, melewati Skopje untuk terus ke Tetovo dan Ohrid.

Wednesday 18 December 2019

Sofia, Bulgaria - Kembara Balkan (Nov 2019)

Sofia (01/11/2019 - 03/11/2019)

Bulgaria adalah di antara negara tertua di Eropah di mana kaum Bulgars menubuhkan Empayar Bulgaria pertama tahun 681 AD. Nama 'Bulgaria' kekal sehingga hari ini sejak penubuhannya. Bulgaria berada dibawah pemerintahan Daulah Osmaniah (Empayar Ottoman) selama hampir 5 kurun (500 tahun) bermula pada kurun ke 14.

Antara beberapa perkara yang menarik mengenai Bulgaria:-
  • Ivan Atanasov, warga Bulgaria, adalah bapa kepada John Vincent Atanasov, pencipta komputer digital pertama. 
  • Bulgaria bangga dengan yogurt kerana bakteria Lactobacillus bulgaricus adalah native/hasil semulajadi Bulgaria
  • Sehingga 1980's Bulgaria adalah negara pengeluar rose oil yang utama. Kini, Bulgaria dan Turki menghasilkan kira-kira 90% pengeluaran dunia.
Kami menyewa kereta dari Sixt di Skopje, North Macedonia pada 01/11/2019 untuk memulakan pengembaraan negara-negara Balkan. Pastikan membawa bersama dokumen hakmilik kereta/green card/border pass/dokumen kebenaran border crossing yang disediakan oleh syarikat penyewa kereta, selain dari lesen dan paspot anda. Semua dokumen ini akan diperiksa di setiap border crossing, kecuali lesen memandu dan paspot yang kadang-kadang diperiksa. Disarankan supaya memasang lampu sepanjang pemanduan di Balkan walaupun pada siang hari (rasanya ada terbaca yang mengatakan wajib pasang lampu, tapi tak ingat negara Balkan yang mana) 

Destinasi pertama adalah Sofia, ibu negara Bulgaria, kira-kira 250km dari Skopje. Pagi hari di Gyueshevo pekan border crossing Macedonia-Bulgaria, terdapat banyak juga kereta menghala ke Bulgaria. Hampir setengah jam beratur menunggu giliran pemeriksaan untuk melepasi sempadan ini.


Sebaik saja melepasi imigresen, kami membeli 'Vignette' (lebihkurang road-tax) yang wajib untuk memandu kereta di Bulgaria. Ada booth mesin Vignette elektronik di sebelah sempadan Bulgaria.


Ingat/catat nombor plat kereta anda. Pergi ke booth dan masukkan kad kredit/debit anda ke dalam mesin Vignette. Pilih bahasa (English), masukkan nombor plat kereta dan negara ianya didaftar (North Macedonia) dan pilih Vignette yang diperlukan samada weekend (tempoh laku 2 hari), week (7 hari) atau month (30 hari). Kami pilih Weekend dengan kos BGN10 (RM23.87).

 

Ambil resit yang dikeluarkan, masukkan email (optional) sekiranya perlu resit itu dihantar ke emel anda. Vignette ini tidak lagi perlu dipaparkan di cermin kereta sepertimana zaman dahulu.

(resit Vignette - emel)
Selepas memandu lebih lebih kurang 5 km dari sempadan, kami ditahan oleh polis di tepi jalanraya. Paspot kami diperiksa dan agaknya mereka memastikan (secara elektronik) samada kami telah membayar Vignette ataupun tidak.

Antara pemandangan musim luruh menuju Sofia.

(melepasi checkpoint imigresen Bulgaria)

Setelah checked in apartment di k. Hadji Dimitar, Sofia, hari sudah hampir gelap (4pm), kami keluar semula ke bandar untuk mencari simkad. Kami terkial-kial hendak masuk apartment kerana tidak  dapat berhubung dengan host apartment (tiada internet) dan hanya berpandukan kepada off-line map dari Skopje untuk sampai serta nota-nota emel untuk 'self-check in'.

Setelah membeli simkad, kami ke kawasan tumpuan pelancong walaupun hari dah malam. Kami ulang ke tempat yang sama waktu siang hari ke 3 sebelum meninggalkan Bulgaria untuk ke destinasi seterusnya. Orang-orang di Sofia ini ganas-ganas juga memandu kereta.

Masjid Banya Bashi di Sofia, pada waktu malam dan pemandangan dalaman semasa kami singgah semula sebelum meninggalkan Bulgaria. Daripada sekitar 70 buah masjid yang pernah ada di Bulgaria, masjid ini merupakan satu-satunya masjid yang masih beroperasi sepenuhnya (5 waktu dan Jumaat).




Terdapat beberapa bangunan serta tempat-tempat menarik di sekitar kawasan di mana terletaknya bangunan Alexander Nevsky Cathedral ini. Kedai Bulgaria Rose Oil juga berada tidak berapa jauh dari kawasan ini. 

(Alexander Nevsky Cathedral waktu malam)
(Alexander Nevsky Cathedral waktu siang, di sisi lain)



National Art Gallery


Selain sofia, kami sempat juga berkunjung ke Plovdiv, pada hari kedua di Bulgaria.


Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...