Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Saturday 29 April 2023

Betong, Thailand - April 2023

Bulan puasa, masuk ke Thailand semula menerusi sempadan Bukit Berapit Imigresen/Betong. Tujuan kali ini adalah untuk melihat awan nano di Ayerweng Skywalk. Untuk urusan insuran kereta, dokumen masuk dsb, singgah di pekan Pengkalan Hulu. Selesaikan dokumen di situ, isi minyak penuh-penuh dan terus melintasi sempadan untuk ke hotel penginapan di pekan Betong.

Berbuka puasa di pekan Betong. Sekitar penginapan banyak gerai-gerai kuih muih. Beli sedikit makan untuk sahur esok.


Selepas sahur 4.30am waktu Thai, terus memandu ke Ayerweng Skywalk. Jalan agak gelap. Sampai di kaki bukit, dengan panduan waze yang seperti biasa memilih jalan lebih sempit dan gelap untuk sampai. Masa balik, hari cerah baru nampak jalan yang lebih besar.

Ayerweng Skywalk adalah destinasi popular dengan ramai pengunjung. Kami ke sana bukan hari minggu dan bulan puasa pun ramai orang beratur beli tiket. Khabarnya, kalau hari minggu, bilangan pengunjung akan berganda.

Pakir kereta di kawasan pakir di kaki bukit, kami naik ke atas dengan membonceng kapcai (lebih cepat untuk beratur membeli tiket di atas nanti)


Pintu/bangunan masuk Ayerweng Skywalk.



Pemandangan awan nano di Aywerweng Skywalk.





Awan nano akan mula menghilang sekitar jam 9am. Bergantung kepada keadaan cuaca semasa. Semasa kami pergi, pengunjung memang ramai, tetapi tidaklah seramai hari minggu di bulan bukan puasa. Kebetulan cuaca mendung tetapi tidak hujan, awan nano kelihatan sehingga jam 10 pagi hari itu.


Turun ke tempat pakir kereta, kami naik tuk-tuk (lebih murah sewanya berbanding dengan membonceng kapcai)


Semasa perjalanan turun baru nampak jalan yang lebih besar dari yang di pandu-arah oleh waze semasa naik tadi. Melalui sebuah jambatan yang agak menarik pemandangannya sebelum masuk ke daerah Yala.


Perjalanan seterusnya meninjau bandar Yala dan kemudian terus ke Hatyai. Belum puas shopping kat kat greenway night market/asia market di Hatyai. Masuk ke Malaysia keesokan harinya melalui Bukit Kayu Hitam.



Tuesday 25 April 2023

Pattani, Thailand - March 2023

Memandu di Thailand, seeloknya pakailah waze (orang Thai tak pakai) dan juga Google map. Kekadang waze (dan juga google map) bawa kita ke tempat lain dari niat yang hendak dituju. Kekadang jalan yang di bawa itu agak merapu, selalunya macam nak cari jalan terpendek biarpun masuk kampung orang walhal jalan besar sedia ada.

Meninjau Titikayu Bandar (pada mulanya google map bawa ke tempat lain), menunggu matahari terbenam.


Pagi-pagi hari esoknya, dari bandar Pattani, kami menyusuri Talo Kapo beach, Teluk Samilae beach hingga ke penghujung tanjung Laem Ta Chee.
 

Antara kawasan-kawasan penginapan di sepanjang tanjung.


Berdekatan dengan bandar Pattani, di kawasan pantai, restoran (halal) Khrua Madam disyorkan oleh ramai untuk singgah makan.




Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...