Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Tuesday 30 January 2018

Boxing Day & Sales di Perth

26 & 28 Disember, 2017

26 Disember (sehari selepas hari krismas) di kenali sebagai Boxing Day.

Memang ramai orang membeli-belah kerana potongan harga hampir keseluruhan barangan amat menarik. Tetapi, kami rasa, kalau tidak risau kepada kehabisan stok barangan yang kita hendak itu, tidak perlulah bersesak-sesak membeli-belah. Boleh saja dibuat pada hari lain kerana sales ini berpanjangan hingga ke tahun baru. Kami keluar shopping semula pada 28 Disember selepas bersesak-sesak membeli-belah di WaterTown Brand Outlet pada 26hb Boxing Day itu. Adalah juga nampak baju yang hendak dibeli tetapi saiz yang bersesuaian dah kehabisan stok.

Semasa hendak tiba ke WaterTown tu, kereta-kereta beratur panjang nak masuk parking, lalu kami ke City West yang dekat dengan WaterTown untuk parking. Dari situ kami berjalan kaki ke Watertown. Lebih jimat masa.



Parking pun agak susah, round dua tiga kali dalam bahagian pakir sebelah dalam pun tak dapat-dapat. Tunggu sekejap baru dapat ruang kosong di bahagian sebelah luar (tidak berbumbung). Dua jam pertama adalah percuma, 3 jam selepas itu kena bayar AUD$5. Kalau lebih 5 jam, pakirnya sampai AUD$15 kalau tak silap. Cara pakir agak senang... pergi ke meter terdekat, isi nombor plate, kalau nak pakir lebih daripada tiga jam, isi syiling. Tiada slip/tiket dikeluarkan. Mereka monitor secara online kot.

Tidak banyak gambar diambil masa shopping kerana Cik Kiah masing-masing dok sibuk bershopping termasuk camera men. 😝😜

Boxing Day Shopping

 

Masing-masing borong seluar jeans kat sini... ada potongan 50%..


Disapa oleh seseorang semasa shopping.... eh! macam kenal.. Ya, memang pun kenal..rupa-rupanya pelakon dan bekas pembaca berita TV3 Zainol Macwilson.  Beliau juga mengusahakan homestay di Perth.


Masing-masing shopping halatuju masing-masing. Bila sampai masanya, janji berjumpa di kawasan Coffee Club..


Habis masa seharian hanya di Watertown Brand Outlet. Bila dah petang, makan malam (awal) di Charcoal Chicken Express (halal) di satu lagi restoran yang disarankan, yang terletak berdekatan dengan Dianella Plaza.


28 Disember 2017

Keluar lagi shopping di lain-lain tempat pada 28 Disember, sebelum naik flight untuk balik ke Malaysia selepas tengah malam nanti.

Kami rasa memang berbaloi untuk merancang percutian hujung tahun ke mana-mana tempat yang buat Krismas Sales/Boxing Day/New Year Sales yang paling dekat dengan Malaysia kerana selain daripada bercuti, kita dapat beli stok barangan baru dengan harga yang amat menarik. Macam di Perth ini, bagi yang nak renew pakaian, nak stok supplement/vitamin, barangan correlle etc bolehlah tinjau-tinjau percutian hujung tahun di Perth.

Sekian, episod Perth.. Cik Kiah minta buat trip ke NZ pula.. eiyalaah.. kita beranganlah dulu..

Saturday 27 January 2018

Penguin Island, Rockhingham - Dec 2017

27 December 2017

Sekiranya ingin ke Penguin Island, kami menyarankan agar anda menempah tiket di atas talian.

Waktu kami pergi, kami kira ianya bukanlah peak season. Pada awalnya kami bercadang untuk mengambil tiket jam 11:00am, tetapi apabila kami check websitenya, tiket pukul 11:00 sudah hampir penuh, tidak cukup untuk kami 8 orang. Bayangkan kalau ianya waktu peak season.

Kami rasa ferry yang paling awal jam 9am tu, tidak akan ramai orang, bolehlah kami beli kat kaunter bila sampai nanti. Tapi bila check lagi website kemudiannya, tiket pukul 9am pun semakin berkurangan. Kami tidak menempah tiket semasa di Malaysia lagi kerana tidak begitu pasti dengan itinerari yang dirancangkan (mungkin berubah hari untuk setiap destinasi yang dirancangkan). Kami juga pada mulanya tidak menempah secara online sehari dua sebelum ke Penguin Island kerana kemungkinan menghadapi masalah verification TAC (telefon tidak roaming) seperti yang kami hadapi semasa hendak membeli tiket ferry ke Tallin, Estonia dahulu.

Kerisauan tidak mendapat tiket, kami pun alert tuanpunya Homestay yang kami mungkin memerlukan bantuan beliau untuk membeli tiket menggunakan kad kredit/bank beliau. Malam sebelum hari bertolak ke Rockingham itu, kami cuba membeli secara online dengan kad kredit sendiri dengan harapan tiadalah masalah memasukkan nombor pengesahan TAC ini. Seat ferry jam 9pagi pun masih ada 11 lagi yang kosong. Alhamdulillah, transaksi online kami berjaya tanpa perlu pengesahan TAC. Terus dapat nombor tempahan dan emel. Paparkan nombor tempahan ini di kaunter untuk mendapatkan tiket-tiket ferry setelah sampai di Rockingham. 


Perjalanan ke Rockingham dalam lebihkurang 1jam untuk sampai.  Kami berjumpa lagi dengan keluarga dari Malaysia yang kami jumpa di Lake Thetis tempoh hari. Ceritanya, mereka booking feri jam 10am tapi dah sampai pagi-pagi lagi ke sini (sampai lebih awal dari kami). Kebetulan pula ada orang tolak booking feri jam 9,dapatlah mereka terus ke Penguin Island tanpa perlu menunggu hingga jam 10.

Kami mengambil pakej Penguin Island & Sea Lion Cruise, AUD$42 untuk seorang dewasa, harga telah termasuk ferry ke Penguin Island.

Berjalan menuju ke jeti untuk menaiki feri..


Penguin Island tidaklah jauh sangat (10 min feri untuk sampai), malah boleh berjalan kaki meredah laut pun (ikut sand bar). Tetapi amaran telah dikeluarkan kerana pernah ada kes lemas.


Ferry cruising sebelum ke Penguin Island. 


Waktu kami pergi ni, bukan musimnya. Tak nampak sekor pun sea lion berenang. Nampak sekor saja sea lion jantan dok tidor di tepi pantai.. (jadi agak tidak berbaloi nak ke Penguin Island sewaktu musim ini)


Setelah cruising dalam lebihkrang 45 minit, feri pun menuju ke Penguin Island.

 

Kita orang Malaysia perlu pertingkatkan lagi perangai kita dalam hal-hal sampah sarap ni di tempat kita.  Bukankah kebersihan itu sebahagian dari iman?


Harga tiket juga termasuk penguin show/penguin feeding. Blue Penguin adalah species penguin terkecil di dunia dan satu-satunya species penguin yang ada bulu bewarna biru putih (species penguin lain bulunya bewarna hitam dan putih). Blue penguin boleh ditemui di Australia, dan kini telahpun juga migrasi ke New Zealand. Kemungkinan juga ia boleh ditemui di Chile.

 

Meronda ke bahagian pantai pulau.. di mana kami menikmati bekalan makan tengahari. Mereka mengesyorkan membawa bekalan kerana di atas pulau ini tidak ada tempat-tempat menjual makanan. Kami pun tidak perasan samada ada ke tidak minuman dijual di island information center semasa mula-mula sampai tadi..

 
 


Melihat burung-burung di kawasan 'Bird Sanctuary' di pulau tersebut.. dah memang pun tempat dia.. maka banyaklah tahi burung di sini...

 
 
 

Feri untuk balik ke seberang dari Penguin Island dijadualkan setiap sejam sekali, dengan feri terakhir jam 4.30pm. Semasa kami sampai balik ke jeti tempat mula tadi, nampak sederetan burung berterbangan..


Dari pusat Penguin Island, kami mencari masjid melalui wazer... dan kemudiannya sampai ke Ar Rukun Mosque yang beralamat di 4 Attwood Way, Rockingham WA 6168, Australia.

 
 
 

Dalam perjalanan pulang menghala ke Perth, singgah di BigW Rockingham mengintai correlle. Gembiralah cik kiah sebab banyak pilihan di sini..

Senang membeli belah dengan self check out. Scan satu barang, bila dah register dalam screen, masukkan ke dalam plastik sampai dia detect. Bila lampu hijau di screen menyala balik, scan lagi satu barang seterusnya. Ulangi proses sehingga selesai, kemudian buat bayaran dengan mesin kad.


Sampai di Perth, kami ke Swan Valley lagi, tempat yang kami pergi masa mula-mula sampai dulu. Kami terus ke Yahava KoffeeWorks


Kami berpeluang untuk mencuba 3 jenis kopi, kami pilih 'Blackgold' (kategori keras), 'Romeo No 5' (kategori sederhana) dan 'Pacifica' (kategori mild). Yang dibeli bawa pulang adalah 'Yahava Kwik'.


Pekatan kopi ini juga dicuba dan dibawa dibeli untuk dibawa pulang. Campurkan 1/10 pekatan kepada susu dan boleh terus minum.

 

Kemudian kami ke Winddarra Honey, membeli sedikit madu untuk di bawa pulang. Selepas itu meninjau ke ladang anggur tetapi hasrat untuk membeli anggur fresh dari ladang tidak kesampaian kerana musim belum lagi musim menuai.


Monday 22 January 2018

Krismas di Western Australia - Dec 2017

25 Disember 2017

Kami telah merancang itinerari 'sight-seeing' yang tidak memerlukan apa-apa perkhidmatan kaunter dan seumpamanya pada hari Krismas kerana hampir kesemua kedai/perkhidmatan kaunter tiket/pusat tumpuan ditutup pada hari krismas.

Di stesen minyak berdekatan homestay, kami isi petrol penuh-penuh, khuatir kalau-kalau tidak banyak stesen minyak yang beroperasi di sepanjang perjalanan (tetapi bukan begitu kesnya). Lagipun harga seliter petrol lebih murah di hari Krismas.

Hari ini kami menuju ke selatan Perth, ke Canal Rocks, di Yullingup. Dari situ kami ke Busselton Jetty sebelum pulang ke Perth untuk bersiar-siar di bandar Perth pada waktu malam, kalau-kalau ada pesta bunga api. Jarak perjalanan pergi-balik lebihkurang sejauh 550km.


Di dalam perjalanan, baru perasan ladang anggur sedang berbuah lebat dan menunggu masa untuk dituai..

Perjalanan selama 3 jam terasa agak membosankan kerana tiada tempat lain yang sesuai untuk disinggah.  RnR pun tak ada untuk berehat sambil minum secangkir kopi.



Canal rocks merupakan batu granit (pada hari ini) yang mula terbentuk jauh di bawah permukaan pada 750 juta tahun lepas. Lebihkurang 500 juta tahun lepas supercontinent Gondwana mula terbentuk yang kemudiannya menyebabkan pertembungan bahagian Australia ini dengan benua India.


Ramai juga pengunjung ke sini pada pagi hari krismas..  Dari tempat pakir kereta, tidak jauh untuk berjalan ke jambatan sempit itu.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sebelum meninggalkan Canal Rocks..

(berhampiran jeti sebelum meninggalkan Canal rocks)

Kemudian kami ke Busselton....


Tarikan pelancong di sini adalah Busselton Jetty yang merupakan jeti kayu terpanjang di dunia, sejauh lebihkurang 1.8km ke tengah laut. Bagi mereka yang tidak ingin berjalan ke hujung jeti di tengah laut, boleh menaiki keretapi dari darat ke hujung (keretapi ini tidak beroperasi sewaktu kami datang kerana sambutan hari krismas)

  

Di kawasan hampir tengah-tengah jeti... air laut yang berwarna gelap kerana terdapat rumpai laut di bawahnya.

 

Menghampiri penghujung jeti..


Hujung jeti..

 

Selepas Busselton, kamipun bertolak pulang ke Perth untuk ke pusat bandar Perth, kali ini untuk melihat pemandangan disebelah malam pula sebelum balik ke homestay..


Spend masa di tempat yang sama, Elizabeth Quay dan Kings Park.. (link entry Perth) kali ini senang dapat parking, tidak jauh dari tempat meronda.. Parking di sekitar Elizabeth Quay selepas jam 7pm adalah percuma.

 


Merdeka?

 

Pihak Perbandaran Perth berhasrat untuk membina memorial di Elizabeth Quay bagi memperingati tragedi MH370 (berita-berita The West Australian, Perth Now, FreeMalaysiaToday). Tetapi keluarga mangsa tragedi, yang mana 2/3 daripadanya adalah rakyat China, menentang hasrat ini.

 
 

Mula menuju ke arah tempat pakir kereta, untuk ke Kings Park pula..


Sampai di Kings Park, drebar tunggu dalam kereta...



Esoknya rest sikit, tidak perlu keluar awal pagi.. boxing day.. hari menyopping...

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...