Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Wednesday 29 January 2020

Jajce dan Travnik, Bosnia - Kembara Balkan (November 2019)

Selasa - 12/11/2019

Semalam di Martin Brod, tidak puas untuk kami menikmati keindahan sekitar.  Bersiap pagi-pagi hari untuk meninggalkan kampung yang sangat cantik ini dengan kenangan indah.  Rasanya tidak lengkap datang ke Bosnia jika kami tidak berkunjung ke sini.  Syukur pada setiap kesempatan yang kami lalui, dan semuanya selamat dan lancar sepanjang kembara kami.

Setelah keluar ke pekan Drvar, barulah dapat menghubungi host penginapan (untuk memberitahu yang kami dah checked-out) kerana tiada capaian internet di kawasan penginapan.

Perjalanan hari ini akan berhenti bermalam di Travnik, dengan menyinggah di Jajce. Apartment penginapan di Travnik pun kami tempah online semasa berada di Una National Park (Strbacki buk) kerana disitu kami dapat capaian internet.


Sampai di Jajce dalam keadaan hujan renyai-renyai. Sambil mencari-cari tempat pakir yang sesuai, kami masuk ronda ke kawasan 'Old town' yang sememangnya lagi susahlah untuk dapat pakir.



Tidak jauh dari kawasan 'Old town' ada tempat pakir awam bermeter. Dapatkan sedikit syiling di sebuah stesen minyak kecil di situ, sambil mendapatkan maklumat tentang pakir di situ. Tinggalkan kereta di kawasan itu, lalu kami berjalan kaki di kawasan sekitar.


Pemandangan air terjun Pliva dari kawasan tanah tinggi, tempat kami pakir.

 

Kawasan masuk 'Old town' yang tidak jauh, cuma bersebelahan sahaja dari tempat kami pakir kereta.


Masuk waktu Zohor, kedengaran azan berkumandang.


Lepas zohor, kami meninggalkan Jajce, menuju ke apartment penginapan di Travnik. Lebihkurang 6 kilometer sebelum sampai ke Adora Apartment, Travnik, kami singgah di Turbe, untuk menziarahi, Dzamija Malezija, sebuah masjid yang dibangunkan serta dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2005.


Bahagian dalam masjid.

 

Semasa Asar di sini, kami berjumpa dengan pelancong-pelancong Malaysia (van 18 orang) yang juga singgah di masjid ini untuk solat Asar. Mereka akan meneruskan perjalanan ke Sarajevo, lebihkurang 100km perjalanan lagi, sementara kami akan singgah bermalam di Travnik (6km dari Turbe).

 

Sampai di Travnik, kami tercari-cari apartment yang ditempah. Ikut lokasi yang diberikan (wazer/google maps), memang betul dah lokasinya, cuma sampai di bahagian belakang apartment yang mana jalan sempit dan susah untuk menenggekkan kereta bagi mencari apartment. Akhirnya, seorang pekedai di situ, menolong kami dengan menefon host apartment yang kemudian datang menemui kami di tepi jalan.

Setelah settle down di apartment, hari pun dah gelap, kami keluar untuk makan malam di sebuah restoran yang disyorkan oleh host apartment, tidak berapa jauh dari apartment.  Makan malam yang enak dan harga pun berpatutan.


Rabu - 13/11/2019

Pemandangan bahagian depan apartment dari jalan besar.


Beritahu host yang kami akan check out, lewat sikit lepas tengahari esoknya, dapatlah kami meronda-ronda pekan Travnik dengan berjalan kaki.

(sebuah masjid kecil di laluan semasa berjalan kaki meronda pekan Travnik) 


Sarena Dzamija, atau Colored / Ornamented mosque, adalah masjid utama di Travnik. Tipikal senibina Osmaniah dan cantik hiasanya.


Balik semula ke apartment, bersiap-siap untuk check out. .


Sebelum meninggalkan Travnik, naik dulu dengan kereta untuk meninjau Fortress Stari grad atau Travnik Castle.


Destinasi seterusnya adalah ke Sarajevo, merupakan persinggahan  akhir di Bosnia.

Merancang, sewa kereta dan pandu sendiri di Balkan, tip dan pemerhatian kami ada disimpan dipost ini..




Friday 24 January 2020

Una National Park, Bosnia - Kembara Balkan (November 2019)

Isnin - 11/11/2020

Perjalanan kami dari Mostar ke Martin Brod, sebuah perkampungan di Bihac, memakan masa lebih 4 jam dengan jarak lebih kurang 340 km. Mengikut ramalan cuaca katanya tak hujan hari ni..  jadi kami pun bertolak awal pagi dengan harapan sempat menziarah ke Una National Park pada hari sama.  Rentas bahagian tengah menuju ke arah barat laut Bosnia.  Jalanraya agak kecil di banjaran gunung.  Di suatu tempat awan rendah memenuhi pemandangan dengan jarak penglihatan dalam 20-30 meter sahaja.  Lereng gunung di penuhi awan atau kabus yang memutih.. eh! terkonfius pula .. kami ni atas pesawat ke apa...  


Semasa menghampiri Martin Brod, kami ditahan oleh 2 anggota polis di tepi jalan.

"Speak English?" tanya seorang tu apabila dia mendekati kereta kami. Lesen memandu dan paspot kami diperiksa, kemudian pemandu diarahkan keluar dari kereta lalu berjalan ke depan menghampiri seorang lagi anggota polis.

(Lebihkurang beginilah kami disuruh pull-over, cuma seragam polis tu bewarna hitam lengan panjang dalam keadaan cuaca agak sejuk)
"Your passenger did not wear seat-belt", katanya sambil mengunjukkan passenger sebelah driver. Mana boleh! Kalau tak pakai seat-belt, kereta tu akan bising alarmnya. Even passenger yang belakang pun, kalau tak pakai, kereta ini akan bising. Cuba explain pada polis itu. Dalam hati, ni kes nak pau ke?? Lepas tu sembang-sembang dengan dia tanya jalan ke arah Una National Park. Passenger depan buka seat belt setelah kereta berhenti, tu sebabnya polis tu cari hal, agaknya. Anyway, kami dibenarkan berlalu pergi tanpa apa-apa hal selepas itu.  


Penginapan di Martin Brod, rumah kampung sebiji dengan ruangan yang agak kecil tapi selesa. Tiada heater, habis longgokan kayu yang dibekalkan oleh host, kami bakar untuk memanaskan rumah. Tidak cukup dengan bekalan kayu dalam rumah, kami habiskan juga longgokan kayu extra yang dibekalkan di luar rumah. Memang sejuk cuaca di sini pada waktu malam.


Kawasan sekitar penginapan, cantik juga pemandangannya. Seronok bersiar-siar di sekeliling.


Entrance No. 5 ke  Martin Brod (Una National Park) terletak lebihkurang 400m dari rumah penginapan. Bayaran masuk sebanyak 5 Bosnian Mark seorang.  


Hanya kami bertiga sahaja yang menziarah airterjun di Martin Brod waktu itu.  Rasanya nak duduk lama-lama menikmati keindahan airterjun yang luar biasa ini.  Tapi tidak mampu bertahan lama,  dalam cuaca yang sejuk dan basah dengan tempias air terjun...  kami kesejukan.  


Selesai di Entrance 5, kami ke Entrance 3 Strbacki buk, pula.  Bayaran masuk ialah 7 BM seorang.  Airterjun ini terletak di sempadan di antara Bosnia dan Croatia. Di sebelah Croatia, adalah airterjun Plitvice National Park yang telah kami ziarahi dulu pada tahun 2015.

Jaraknya lebihkurang 27km dari Martin Brod.  Ada sebahagian jalan berdebu tanpa tar (dalam 6km) yang kami tempuhi dalam perjalanan ke Strbacki buk.


Perjalanan ini juga melewati pekan kecil Kulen Vakuf di mana penduduknya adalah majoriti muslim.  Di sini ada beberapa penginapan, mungkin boleh walk-in, sebab semasa mengoogle penginapan di Kulen Vakuf tak banyak info yang keluar.


Jalan untuk sampai ke entrance 3 airterjun di Strbacki buk, adalah agak sempit, berlopak dan ada juga yang tidak ber-tar. Semasa melewati perkampungan di sini, kami nampak papan-papan tanda kedai bertulisan jawi.


Kami santai bersiar-siar di kawasan airterjun Strbacki buk ini, yang lebih luas kawasannya daripada airterjun di Martin Brod.  Lewat petang bila satu2nya store kecil menutup kedainya, kami pun ikut balik juga.  Tak ramai pengunjung, hanya beberapa orang sahaja. Pada yang gemar sukan rafting datanglah ke sini pada musim yang sesuai. pasti best sangat .. sungai yang lebar dan level kesukaran yang berbeza2.  





Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...