03/06/2015 till 05/06/2015
Keretapi
Railjet dari Budapest (
Keleti) ke Vienna (
Wien Westbahnhof)
Dari stesen Wien Westbahnhof, kami ambil
metro U6 menghala ke Floridsdorf, ke stesen
Alser Strasse (hentian ke-4). Dari sini, naik
Tram 43 menghala Schottentor, untuk turun di stesen Alser Strabe (hentian pertama), lebihkurang 50 meter dari apartment penginapan
Hotel-Pension Astra.
Penjaga apartment sangatlah membantu, menerangkan tentang tempat-tempat menarik dan pengangkutan yang perlu diambil. Jadi adalah sedikit gambaran di mana hendak bermula cerita di Vienna.
Oleh kerana hari esoknya (04/06/2015) seluruh Vienna bercuti untuk hari
Corpus Christi, kami keluar petang tu juga untuk bersiar-siar ke bandar sambil mencari
Hard Rock Cafe. Penjaga apartment juga berpesan supaya membeli bekalan makanan kerana semua kedai akan ditutup.
Hentian menunggu Tram dekat sangat dengan apartment, boleh menaiki tram no 43 atau tram 44 untuk ke bandar. Kami menaiki tram 43 berhenti di Schottentor.. kemudian naik pula tram ? (tak ingat dah no. tram) dan kemudiannya turun di station berhadapan dengan
Vienna State Opera. Tourist information terletak di
Albertina museum, yang tidak jauh dari state opera.
 |
| State Opera |
|
Laluan tram berhadapan Vienna State Opera... pening juga untuk memahaminya...
Masa untuk balik ke tempat penginapan..
Semasa dalam tram, terserempak dengan si kawan "pelik itu".. dan berjaya merakam gambarnya...
Hari berikutnya, iaitu hari cuti umum bagi Vienna, kami berkunjung ke kawasan tarikan pelancongan Vienna. Kebanyakan tempat-tempat menarik berada disepanjang
Ringstrasse road. Bermula di hentian
Schottentor, mula-mula kami berkunjung ke Universitat. Sebelahan dengannya ialah Rathausplatz. Tak tersedar kaki melangkah hingga sampai ke Parliament, walaupun dengan pass harian metro, boleh saja jika hop in dengan tram. Kami selesa berjalan kaki bersantai meninjau keindahan senibina bangunan dan di beberapa tempat ada free wifi.
Sekitar
Rathauspark
BurgTheater
Vienna City Hall
Tidak berapa jauh dari Rathauspark, adalah kawasan bangunan
Parlimen Vienna..
Historic Centre of Vienna adalah salahsatu kawasan yang disenaraikan di dalam senarai UNESCO's World Heritage site.
Di seberang jalan bersebelahan Historic Center adalah kawasan
Old City. Ada perarakan menyambut hari
Corpus Christi ("
The Last Supper", iaitu sehari sebelum Jesus dipercayai di
salib)
Kawasan "
Old City Vienna"
 |
| (Pandangan pintu masuk Old City dari seberang jalan) |
 |
| (Pemandangan kawasan hadapan) |
 |
| (Perarakan "Corpus Christi" di Old City) |
 |
| (Replica Wien Vienna dipamerkan di Old City) |
Pemandangan setelah keluar melalui "pintu belakang" kawasan Old City. Singgah untuk meninjau Tourist Information Center yang terletak di Albertina Museum.
Di kawasan
Stephen Church, sesak dengan local yang menyambut Corpus Christi untuk memulakan acara mereka di gereja ini, dan juga pelancong. Kami mencari stesen metro Stephansplatz untuk kembali ke tempat penginapan.. sebelum ke
Schonbrunn Palace, (artikel selepas ini) di sebelah petang nanti..