Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Wednesday 29 January 2014

GIBRALTAR... Jabal Tariq

merentasi sempadan Spain dan Gibraltar

kaunter official rock tour of Gibraltar



view from upper rock


St. Michael's Cave

stalagmite yang mengambil ribuan tahun untuk terhasil sangatlah berseni dan cantik







Landasan kapalterbang yang bersilang dengan jalanraya



The Great Siege Tunnels

Terowong yang digunakan oleh tentera lebih 200 tahun yang lampau masih menyimpan sejarahnya

terowong sejauh 350 kaki untuk sampai ke hujung...



town




berjalan ditengah-tengah landasan kapalterbang

Sejarah Islam di Gibraltar bermula pada tahun 711 Masihi, apabila General Tariq bin Ziyad bersama-sama 12,000 bala tentera Islam melabuhkan kapal-kapal mereka.  Bukit ini dinamakan Jabal Tariq yang kemudiannya di panggil Gibraltar.  Bermula di sini Tariq bin Ziyad merancang strategi yang bijaksana untuk menakluk eropah, melebarkan kekuasaan Islam ke Cardoba, Malaga, Granada dan Toledo.  Kegemilangan tamadun Islam terpahat dengan gah dan menjadikan Sepanyol wilayah Islam terbesar di Eropah.  Untuk cerita panjang, saya pun baca di sini...

Gibraltar hari ini, merupakan kawasan jajahan British, keluasan 8 km persegi mempunyai kira-kira 30,000 penduduk.  Infonya di sini..

Selesai mencari parking, di kawasan berdekatan restoran Mc.D, kami berjalan kaki menuju ke Gibraltar.  Parking awam ditandakan dengan line biru dan bayaran pada mesin   Jika terasa terkial-kial tak faham apa yang tertera pada mesin, minta tolong jelah pada sesiapa. Hari ini nampak agak lengang.. tak banyak kereta yang keluar masuk Gibraltar, mungkin kerana esoknya adalah 25 December ... sibuk dengan persiapan krismas.

Jangan lupa membawa paspot kerana Gibraltar bukan di dalam Sepanyol.  Walaupun tidak diperiksa teliti, tetapi semasa melalui imigresen mereka tetap bertanya. 

Jika bercadang berkereta ke Gibraltar, sila pastikan insuran kereta telah termasuk untuk merentasi sempadan.  Mungkin agak sukar untuk mendapat parking.  Bus awam senang didapati untuk ke beberapa destinasi di Gibraltar. Untuk ke atas bukit, samada dengan menaiki cable car atau pun mengambil tour.

Kaunter Official rock tour sejurus selepas melepasi imigresen, untuk bayaran euro$35 (termasuk tiket) untuk seorang dan percuma untuk kanak-kanak.  Tour standard meliputi Pillars of Hercules, St. Michael's Cave, Apes (views from Upper Rock) dan The Great Siege Tunnels.

Pilihan lain, boleh juga mengambil official rock tour dengan teksi, minimum 4 orang dan harga tidak termasuk tiket (tiket memasuki gua dan terowong) Standard tour, 4 stops, 1.5hours duration euro$12/pac; extended tour, 6 stops, 2.25 hours duration, euro$20/pac

Habis tour, kami singgah di bandar, banyak juga kedai-kedai bebas cukai dari yang biasa hingga yang berjenama.  Bestnya jika hari ini 26hb... mereka pun menyambut boxing day sama seperti di UK.  Boxing day ialah hari keraian selepas krimas sebagai cuti umum dan kedai-kedai akan menawarkan potongan harga, iaitu permulaan sales untuk jualan akhir tahun.  Tetapi tidak disambut oleh masyarakat di Spain. Berjalan pulang ke kereta mengambil masa 30minit dari sini.  Dapatlah posing di tengah-tengah landasan kapalterbang yang berkongsi laluan dengan kereta dan pejalan kaki...unik.. dan satu-satunya di dunia...



Tarikh lawatan:  24 Dec 2013

Monday 27 January 2014

Alhambra di GRANADA, Spain







Alcazaba

Alcazaba



Alcazaba

Alcazaba
Palace of Charles V 



Palace of Charles V

Palace of Charles V

Nasrid Palace (merupakan tarikan utama)

Nasrid Palace

Nasrid Palace; kehalusan senibina Islam yang tiada tandingnya

Nasrid Palace

Nasrid Palace; ukiran memenuhi ruang dinding dan siling

Nasrid Palace

Nasrid Palace ; Court of the Lions


Nasrid Palace





Generalife

Generalife

Generalife










Alhambra merupakan tarikan utama di Granada, terletak di kaki gunung Siera Nevada tersenarai antara tapak warisan dunia oleh UNESCO.  Sebaik-baiknya perlu merancang lawatan kerana sejumlah pengunjung dihadkan dalam sehari dan untuk mengelak membuang masa beratur panjang, tiket boleh dibeli secara online.
Kompleks Alhambra terbahagi kepada empat bahagian iaitu:
  • Alcazaba - merupakan kubu pertahanan tentera,
  • Nasrid Palaces - merupakan tarikan utama, ciri-ciri senibina dan kehalusan seni Islam masih terpelihara rapi. Terdapat tiga istana dari masa yang berbeza.  Mexuar Palace Ismail dan Muhammad V (1362 -1391); Comares Palace Yusuf (1333-1354) dan Muhammad V (1362-1391); Palace of the Lions Muhamad V (1362-1391)
  • Partal 
  • Generalife - lower gardens, upper garden dan Istana Generalife.
Masa lawatan ke Nasrid Palace adalah setiap setengah jam dan pengunjung perlu menetapkan masa yang akan dicetak pada tiket. Kami bermula pada jam 10 pagi dan memilih jam 11.30pagi untuk masuk ke Nasrid Palace.  Cukuplah masa untuk singgah, bergambar, melawat Alcazabar, dan berehat dengan minuman panas sebelum masuk ke Nasrid.  Jika berjalan terus dari pintu masuk ke Nasrid Palace mengambil masa 20 minit. Keluar dari Nasrid Palace mengikut laluan ke Generalife. Luangkan 3.5-4 jam untuk berjalan keseluruh kawasan Al-hambra.

Bayaran parking kereta kira-kira 8euros untuk 4jam.

Tarikh berkunjung; 21.12.2013

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...