Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Friday 28 July 2023

Norway Trip Day 8 - Briksdalsbre (Mei/Jun 2023)

Di bandar kecil Stryn ini, kami lebih bersantai dengan tidak menziarah banyak tempat tujuan. Keesokan hari setelah sampai ke Stryn, kami tuju ke Briksdalsbreen selain dari singgah sekejap-sekejap di sepanjang perjalanan. Cuaca di sini masih sejuk dan berangin.

Dipertengahan jalan singgah sekejap di Yrineset


Sampai di Briksdalsbre, kami pakir kereta di kawasan pakir dengan membayar caj pakir selama sehari.

Untuk naik ke tempat glacier (Briksdalsbreen) kami menaiki kereta yang dipanggil "Trolls car". Untuk naik dan turun menggunakan trolls car ini, ticketnya berharga NOK300 bagi seorang dewasa. Kami memilih untuk naik se hala sahaja (NOK150) dan turun nanti berjalan kaki lebihkurang 3km jaraknya dari atas untuk sampai ke bawah.


Ini pejabat/kaunter tiketnya.


Bahagian atas Briksdalsbreen setelah turun dari trolls car.


Berjalan kaki ke tempat glacier lebihkurang dalam 800m dari tempat turun trolls car tadi.


Foto-foto di sepanjang perjalanan turun ke bawah.


Tuesday 25 July 2023

Norway Trip Day 7 - Laerdal ke Stryn (Mei/Jun 2023)

Berhenti rehat semalaman di Laerdal, kami meneruskan perjalanan untuk menginap di Stryn Camping selama 3 malam pula. Stryn Camping ini kami tempah terus dari website mereka (penginapan lain kami tempah melalui Agoda dan Booking.com)

Dalam perjalanan dari Laerdal ke Stryn, kami hanya merancang untuk singgah di Boyagreen glacier saja dan juga akan menaiki feri Manheller - Fodnes, iaitu ferry pertama dalam trip Norway kali ini. 

Perjalanan atas feri tidak lama, lebihkurang 15 minit sahaja dan bayaran feri juga melalui autopass, sama seperti bayaran tol jalanraya.


Hari masih awal pagi lagi semasa kami sampai di Boyabreen glacier, yang lokasinya tidak berapa jauh dari jalanraya.


Semasa memandu melalui kawasan tinggi di Utvik untuk merakam pemandangan. Waktu itu hujan turun rintik2 dan suhu adalah sejuk.


Sampai di tempat penginapan di Stryn Camping, kami terus berehat di dalam kabin penginapan yang dilengkapi dengan dapur. Cuaca yang berangin agak kuat dan sejuk, kami berehat saja dalam kabin untuk membuat perancangan percutian seterusnya. 


Saturday 15 July 2023

Norway Trip Day 6 - Vossangen ke Laerdal (Mei/Jun 2023)

Hari ini kami tinggalkan Vossvangen untuk ke Laerdal pula. Perjalanan hanyalah sejauh lebihkurang 125km, tetapi kami telah merancang untuk singgah di beberapa tempat di sepanjang perjalanan.

Tvindefossen

Tidak ada dalam rancangan kami sebenarnya, tapi kami ternampak air terjun ini  tidak lama selepas meninggalkan bandar Voss. Awal pagi, belum ada orang datang berkunjung lagi.


Stalheimskleiva

Antara jalan yang paling mencerun yang terdapat di Eropah Utara, dihimpit oleh dua buah airterjun, Sivlefossen di sebelah utara dan Stalheimsfossen, di sebelah selatan. Ada bahagian jalan berliku tetapi tak sampai 2km panjang dan ada juga bahagian di mana boleh didaki dengan berjalan kaki sahaja.

 

Perkampongan Viking

Di Gudvangen, kami singgah di perkampungan viking (Njardarheimr), sebuah kawasan tarikan pelancong. Kami hanya meninjau bahagian luar perkampongan, tidak mengambil tiket untuk masuk ke bahagian dalam. Nak jimat masa, lagipun tak ramai lagi orang datang mengunjung untuk mereka buat acara pertunjukan.

 

Aurlandsvangen

Sebuah lagi tempat tarikan pelancong yang popular. Semasa kami sampai, agak ramai pelancong yang datang ke sini. Ada kapal pelancongan/cruise liner besar yang boleh berlabuh rapat di sini. 


Asalnya kami ingat nak merasai pengalaman menaiki keretapi panorama/scenic train Flam, tapi memutuskan untuk tidak menaikinya kerana kami rasa kami dah cukup merasai pengalaman naik keretapi panorama (scenic train) semasa di Switzerland dulu:-
Apalagi apabila kami dapati tiket2 keretapi Flam pada pagi hari itu telah habis ditempah, yang masih lagi ada hanyalah disebelah petang. Kalau anda ingin merasai pengalaman naik keretapi panorama Flam ini, kami syorkan supaya anda berada di kaunter tiket pagi-pagi lagi ataupun tempah tiket lebih awal, lebih-lebih lagi pada musim orang bercuti ke sini.


Otterness Bygdetun

Selepas beredar dari Aurlandsvangen, kami singgah sekejap di sebuah pekan kecil, Otterness Bygdetum sebelum kami naik ke Stegastein Outlook.

 
 

Stegastein Lookout

Ataupun juga dipanggil Stegastein Viewpoint, menyediakan sebuah pelantar untuk menikmati pemandangan Aurlandsfjord dari atas (lebihkurang 650 meter di atas paras laut). Jalan naik adalah agak sempit, tetapi ada juga bas pelancong yang mendakinya. 

  
 
 

Selepas mengakhiri itinerari kami di Stegastein, kami meneruskan perjalanan ke Laerdal untuk penginapan semalaman. Pada mulanya, mengikuti panduan Waze dan Google Map, kami memandu naik lagi ke atas, menerusi Bjorgavegen, kerana jarak destinasi yang dipaparkan adalah tidak jauh lagi. 

Tetapi kami agak kuatir kerana tak nampak banyak kenderaan yang naik ke atas. Walaupun begitu kami cuba naik juga hinggalah sampai ke satu tempat dimana nampak jalannya semakin sempit dan berliku. Kami terus patah balik untuk turun semula ke Otterness Bygdetun (yang jalan turun sememangnya sudahpun agak sempit, kadangkala tak dapat pun hendak berselisih kereta), menggunakan jalanraya biasa ke Laerdal.

Laerdal

Kami break the journey untuk menginap semalaman di Lærdal Ferie og Fritidspark, sebuah camping site dan juga taman rekreasi keluarga. Kami memilih untuk menginap di unit motel yang dilengkapi dengan bilik air sendiri dan dapur (berkongsi).



Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...