Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Thursday, 14 February 2019

Rovia Dreamtrips Langkawi - December 2018

Langkawi Archipelago by Water & Land from December 17 till December 21, 2018

Ini adalah dreamTrips yang terakhir kami ambil sebelum kami bercadang untuk menamatkan keahlian kami dalam kelab percutian ini, setelah 9 tahun menjadi ahli sejak 2011. Sepanjang masa menjadi keahlian tersebut, kami telah menikmati banyak privileges keahlian, bercuti dengan pakej-pakej yang disediakan untuk ahli dan lain-lain kemudahan bersabit dengan percutian keluarga. Kini telah sampai masanya selera percutian kami tidak lagi menepati dengan apa yang disediakan kerana kebanyakan kemudahan/privilegesnya telahpun kami nikmati.

Pakej percutian keluarga Langkawi Rovia Dreamtrips yang kami sertai kali ini meliputi:-

1. Penginapan di Ombak Villa Resort selama 5 hari/4 malam di penginapan Ombak Suite
4. Sunset dinner cruise di atas kapal layar (catamaran)
5. Airport transfer, meals (4 breakfast, 2 lunch, 2 dinner dan welcome drink), semua tiket-tiket masuk berkenaan dan pengangkutan dari resort termasuk tour guides, drivers, gratuities, juga in-destination support team.

Harga yang kami bayar untuk pakej Dreamtrip di atas, untuk berdua adalah kurang dari RM1,500 (tidak termasuk kos penerbangan AirAsia dari KLIA ke Langkawi dan sewa kereta sehari di langkawi). Kami menyewa kereta sendiri pada hari ke-4 kerana pada hari ini aktiviti percutian adalah free-and-easy.


Foto-foto di sekitar Ombak Villa Resort di sepanjang percutian...

Suasana bilik penginapan..



dari anjung bilik.. foto-foto awal pagi, senja dan malam..






Kampung nelayan bersebelahan dengan resort.. pemandangan di waktu pagi hari..



Foto-foto persekitaran resort..










Jalanraya di hadapan jalan masuk resort..



Kereta kabel di Gunung Mat Chincang kami buat sendiri kerana ianya tidak termasuk dalam pakej percutian kami (ianya hanya disediakan/termasuk dalam pakej percutian untuk ahli-ahli Platinum sahaja).

Sudah lama kami tidak ke sini. Kali terakhir dahulu adalah pada tahun 2005. Pembinaan kereta kabel ini dicetuskan oleh Dr. Mahathir pada tahun 1999 dan ianya mula beroperasi dan dibuka untuk orangramai pada tahun 2002.


Setelah membeli tiket dan menunggu giliran (adalah dalam 2 jam) untuk menaiki kereta kabel ke puncak atas, kami bersiar-siar dahulu di kawasan bawah.



Hari ini agak ramai pelancong, kata petugas di kereta kabel. Termasuk yang baru saja sampai dengan kapal/cruise, dan sedang berlabuh di Langkawi.

Pemandangan semasa menaiki kereta kabel dan pemandangan di puncak atas. Hari agak redup dan hujan sekejap-sekejap semasa kami berada di puncak atas.













Kami mempunyai ruang masa untuk aktiviti sendiri, lalu kami ke Pantai Chenang sekejap untuk bermain jetski. Oleh kerana ini aktiviti sendiri, kami ambil Grab-car sahaja dari resort.


 

Di petang hari, selepas ber-jetski di Pantai Chenang di sebelah pagi, kami menyertai sunset cruise dinner. Dua buah catamaran disediakan untuk ahli-ahli dreamtrips yang seramai 60 orang lebih.






Menjelang senja dan malam, sewaktu pelayaran pulang semula ke daratan..



 

Hari terakhir semasa aktiviti persendirian free-and-easy, kami meyewa sebuah kereta dari salah sebuah pengusaha sewa kereta yang kami jumpa semasa mendarat di lapangan terbang tempoh hari. Setelah memesan, kereta dihantar ke resort penginapan selepas sarapan pagi.

Kami menghabiskan masa di Pekan Kuah, kemudian ke pantai Tanjung Rhu untuk sekadar menikmati suasana. Pantai ini agak tenang kerana tidak ramai pengunjung




Di sebelah petangnya kami bersantai di kolam renang resort..



Di akhir percutian, selepas sarapan pagi di resort kami bersiar-siar dahulu sebelum menghantar balik kereta. Oleh kerana kami ada kereta sendiri, tidak perlulah kami guna airport-transfer yang disediakan kerana ianya terlalu awal untuk penerbangan balik.

Kami ke pelabuhan TLDM kot-kot boleh masuk untuk melihat kapal Equanimity yang disimpan di Langkawi. Malangnya kami tidak dibenarkan masuk ke kawasan tentera laut dan pengawal TLDM di pintu masuk kata, nak ambil gambar kapal dari kawasan itu pun tak boleh. 😕

Dalam perjalanan dari TLDM ke lapangan terbang, kami singgah di view point ini sekejap.. dapat lihat landasan kapal terbang dari puncak bukit view point ini..



Kereta yang kami sewa..


Penutup percutian keluarga tahun 2018....


Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...