Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Friday, 18 July 2014

Bersantai di Tanjung Jara Resort

Tanjong Jara Resort - Sejak menjadi ahli kelab percutian World Ventures, kami tidak lagi begitu berkira untuk menempah tempat-tempat penginapan dalam negeri yang "luxury", bertaraf 4 / 5 bintang. Ini adalah kali pertama kami menginap di Tanjong Jara Resort, sewaktu perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari percutian "balik kampong" di Kelantan.

Tidak banyak aktiviti yang dilakukan kecuali bersantai sepenuhnya di dalam kawasan resort sepanjang percutian ini.

Sampai pada waktu malam... di "reception area" sambil menunggu urusan pendaftaran...




(perjalanan ke bilik disinari lampu-lampu taman di sepanjang jalan.. ) 



































Sejurus selepas meletakkan beg-beg di dalam bilik, kami terus menikmati hidangan makan malam "Di Atas Sungei" ..di bawah cahaya rambulan.... Semua hidangan adalah termasuk dalam pakej penginapan kami






Bilik kami..."Serambi Room" yang lebih merupakan sebuah 'rumah tanpa dapur'

(Katil Utama)

(Katil bujang di ruang bilik yang sama)




Bilik mandi / Bilik air yang luas...





TV yang mengadap katil utama dan membelakangi katil bujang


Keesokan harinya...



Inilah "bilik" kami yang terletak di bahagian bawah. Unit yang disebelah atas boleh dimasukki dengan menaiki tangga dibelakang "rumah" ini
Sarapan pagi dulu...








"Gong" di kolam ikan yang berada di sebelah Restoran Di Atas Sungei..


Pemandangan di tepi laut...



Separuh hari di kolam renang
























Penat berendam di kolam, masanya untuk hidangan tenghari di restoran "Nelayan" yang terletak di tepi pantai disebelah kolam...












Kembali ke bilik untuk berehat....



Di sebelah petang...








Di hari berikutnya.. awal pagi untuk menyaksikan terbitnya matahari..
























Menunggu selesainya urusan "Check out". Masa untuk pulang ke Kuala Lumpur...


Semasa tiba gong dibunyikan (2 kali) bagi menandakan ketibaan tetamu. Begitu juga sewaktu tetamu meninggalkan Tanjong Jara Resort... gong dibunyikan 1 kali... (ambil kesempatan untuk mencuba paluan gong)


Tarikh Percutian : 08 Jun, 2014 hingga 10 Jun, 2014
Pakej Percutian : Sendiri



Berhenti menonton kambing berlaga di sebuah laluan kampong tepian pantai...

Tuesday, 8 July 2014

DANGA INN, Tawang, Kelantan

Tarikh Percutian : 03 Jun, 2014 hingga 05 Jun, 2014
Pakej Percutian : Sendiri


Semasa "balik kampong" kami mengambil peluang untuk menginap di DANGA INN, Tawang untuk merasai suasana "sunrise" dan "sunset" di tepi sungai (Sungai Kemasin), berdekatan dengan perkampongan nelayan di Bachok, Kelantan. Pelabuhan Kemasin merupakan pelabuhan kedua terbesar di Kelantan, yang digunakan sebagai pengkalan para nelayan.

Dari Kota Bharu, panduan paling senang untuk ke DANGA INN adalah dengan menggunakan pandu arah ke Balai Polis Tawang, yang terletak lebihkurang 100m dari DANGA INN.

Untuk menikmati suasana hening, tenang dan nyaman serta pemandangan yang menarik, DANGA INN boleh dihubungi secara terus di laman Facebook (klik di sini) ataupun dengan membuat tempahan di iBilik (klik di sini) 

Kami tiba lebihkurang jam 10 malam, memandu kereta dari Kuala Lumpur ke Kelantan menerusi lebuhraya Gua Musang.


Ke pasar pagi yang berdekatan keesokan harinya



Di sini kami menemui...

Hop's Homemade Cookies boleh ditempah secara online (sila klik di sini) dan ini adalah Laman "Facebook"nya.

Emmmmm.... sedapnyer!!! Penggemar Famous Amos tentunya akan mengubah fikiran sebaiknya saja berpeluang untuk merasai Hop's Homemade Cookies ini!







Di antara pemandangan-pemandangan yang direkodkan dengan telefon bimbit dari beranda tepi sungai DANGA INN ... 


Antara hidangan pagi yang dijamu oleh pemilik Danga Inn

Dari beranda DANGA INN kita dapat memerhatikan bot-bot nelayan kelaut untuk menangkap hasil lautan. Di DANGA INN anak-anak seronok memancing. Tapi tidak ada rezeki hari itu. Dapat seekor ikan saja, ikan buntal?.

Bekas-bekas berwarna ni mengandungi ketam nipah yang diternak di DANGA INN.




Walaupun berasal dari Kelantan, kami langsung tidak menyedari bahawa di Kampung Balai (yang berdekatan dengan DANGA INN) adanya wat Thai yang menjadi kunjungan ramai. Sebenarnya ada dua wat Thai di sini; Wat Phothikyan Phut Thak Tham (kunjungan ramai) dan Kuan Yin. (lebih kecil dan terpencil di tepi laut)

CUBA BACA "PANCASILA AJARAN BUDDHA" INI - SUDAH BERBUIH MULUT KATA ORANG. MANA-MANA AGAMA MENYARANKAN PERKARA YANG SAMA. TETAPI RAMAI ORANG MASIH DOK BUAT PERKARA YANG SAMA, mengambil dengan tanpa izin? bercakap bohong?
 
 

Dan yang ini semasa kami mencari Kuan Yin yang terletak di tepi pantai...


Bagi yang meminati suasana kampong, pemandangan yang menarik di tepi sungai, memancing dan suasana percutian yang lebih damai dari kesibukan bandar, DANGA INN (telefon 6097769828/ Zul 60148177222 / Pok Ja 60127275277) adalah sebuah penginapan yang disyorkan bagi seisi keluarga. Ianya terletak lebihkurang 12 kilometer dari Bandar Kota Bharu dengan perjalanan mengambil lebihkurang 20 minit untuk sampai. 

Cuti-Cuti Malaysia!!!



Sunday, 25 May 2014

Siem Reap Part 5 - Culture Village


Hari ini sekali lagi kami menyewa tut-tut Salim.



'Killing Field' di sini tak sebanyak di Phnom Penh. Tengkorak dan tulang ditempatkan di sebuah tokong



Melawat Artisan d'Angkor, sebuah pusat kraftangan bagi melatih anak-anak muda kemboja  dalam seni kraftangan dan menghasilkan kraf yang bermutu tinggi







Cambodian Cultural Village

 

Untuk mengenali budaya kehidupan masyarakat Kemboja, tempat ini sangat sesuai untuk dikunjungi. Terdapat wax museum yang cuba menggambarkan sejarah kehidupan masyarakat Kemboja, Ada 10 jenis perkampungan masyarakat Kemboja, miniature beberapa bangunan bersejarah serta dewan teater untuk persembahan.  Beberapa pertunjukan tarian dipersembahkan dan pada hari Sabtu dan Ahad, ada pertunjukan tambahan sehingga 7 malam.  Setiap kampung mempunyai persembahan mereka sendiri mengikut program yang telah ditetapkan.  Tidak semua persembahan dapat ditonton memandangkan tempat yang tidak berapa luas dan pengunjung pula ramai.  Semasa kunjungan kami, terdapat ramai warga tempatan kerana mereka sedang meraikan "New Year Khmer" dan masih lagi dalam susasana cuti berpesta.



Miniature





Mixed Khmer traditional show di New Theater House




Khmer wedding ceremony di Millionaire Village.  Beberapa orang pelancong dipilih untuk turut serta dalam persembahan ini sebagai ibu, bapa dan pengantin lelaki.







Tarikh Percutian : 17 April, 2014 hingga 20 April, 2014

Pakej Percutian : Dream Trips

Siem Reap Dreamtrip
Pakej Percutian Siem Reap ditawarkan lagi pada pertengahan Jun 2014
Hubungi kami (HP: 0129697581) sekiranya anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai DreamTrip ini.

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...