Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Saturday, 31 January 2015

TIPS - Percutian di India

Episod akhir cerita percutian di India...
(20 Nov 2014 - 04 Dec 2014)

1.  Cerita air minuman

Kami tersangatlah mengambil perhatian khusus tentang perkara ini.  Selalu sangat mendengar cerita diarrhea dari kawan-kawan yang pernah ke sana, ataupun yang berkongsi di blog.. hinggakan ada kawan yang cadang supaya bawa air minuman dari Malaysia.

Mujurlah selama 2 minggu di India masalah sakit perut tidak terjadi pada kami sekeluarga.  Gara-gara terlampau berpantang agaknya.. kami cuma minum air kosong botol sahaja..walaupun di hotel, semasa bersarapan tea/kopi tak diminum.  Cuma pada hari-hari akhir sahaja baru berani minum air bergas atau jus dalam botol.

Nak masak air dalam bilik pun mesti guna air botol,tidak guna air paip kerana tahap kebersihan yang berbeza, tak sesuai dengan perut orang Malaysia yang manja.

Air botol samada "mineral water" atau "drinking water with add mineral" selamat diminum.  Pastikan seal penutup belum terbuka dan jangan beli air botol kat tepi2 jalan.  Setiap hari travel agent menyediakan air botol dan dalam bilik hotel pun ada juga yang free...  dah mencukupi untuk kami.



macam-macam jenama air...

Bisleri - air yang dibekalkan oleh agen.

Rail neer - diberi semasa dalam keretapi dari Lucknow ke Agra










2. Wifi di India

Agen menyediakan SIM Bharti Airtel.  Sim didaftarkan di Delhi.. jadi bila keluar dari Delhi mesti setting pada roaming kerana dah masuk kelain negeri, iaitu Agra, Jaipur, Ranthambore, Pushkar dan Jodpur dalam Rajasthan manakala Lucknow, ibu negeri kepada Uttar Pradesh. Penggunaannya tidaklah mahal, untuk 2 minggu kos top- up ialah INR200 untuk wifi dan call.


Coverage nya bagus. Kami tidak ada signal hanyalah semasa dalam hutan semasa aktiviti Safari di Ranthambore.


3.  Makanan halal

Restoran makanan halal senang didapati. Pun begitu, terutamanya di hotel.. bila di tanya halal.. yakin aje mereka kata halal sebab dapat bekalan dari pembekal muslim.  Tapi bila tengok menu.. benda tu pun ada juga disediakan sebaris dengan menu yang lain. Mereka sebenarnya kurang kefahaman tentang makanan halal untuk muslim.. bagi mereka cukup sekadar mendapat bekalan ayam/ daging yang halal sahaja..



Kami sekeluarga bersetuju tentang makanan di India memang enak.

Hampir setiap hari ulang menu yang sama...

beryani ayam, nasi kosong, boneless chicken butter, tandori dan roti nan..
















4.  Shopping

Sebenarnya India mempunyai tarikan tersendiri dengan pelbagaian barangan krafttangan yang unik dan tawaran harga yang agak murah untuk bershopping.

Di Lucknow - saya tertarik dengan sulaman kain kapas (chikan kari) yang berkualiti dan harga pun lebih murah berbanding dengan tempat lain.

Antara blouse sulaman kapas dari Lucknow

Jaipur -  terkenal dengan batu permata.. tetapi saya bukanya jauhari yang pandai menilai manikam.  Cadar/ bed cover di sini lebih murah berbanding tempat lain.

Agra - terkenal dengan seni ukiran pada batu marmar,

Hasil kraftangan seperi cadar, boleh didapati di mana-mana tempat, cuma harganya yang berbeza-beza. Contoh untuk cadar yang sama, paling mahal ialah di Woman Craft Ranthambore.. mungkin tempatnya agak jauh ke pedalaman.

Tentang harga.. bila tengok muka pelancung mestilah mereka sesuka hati je letakkan harga.  Apa lagi di kedai tourist.   Pemandu atau pemandu pelancungan sedaya upaya akan membawa ke kedai rangkaian mereka untuk dapatkan komisyen.

Bila ada yang berkenan.. tanya je diri sendiri samada berpatutan atau tidak harga dan kualiti barang. Kata orang baik menyesal beli daripada menyesal tak beli (betul ke...!)


Tip saya.. bila ada yang berkenan, janganlah tunjuk sangat.. apa lagi bila diminta diskaun langsung tak mahu layan, katanya fixed price.  Tapi bila kita dah nak balik pasti mereka akan turunkan juga harga...
atau pun.. beli satu dulu.. lepas tu mereka pasti kata...  i will give u discout for the 2nd item..

Beberapa kali taktik saya ni menjadi...

(corak cadar hasil krafttangan yang menarik)
Jika bercadang untuk memborong sakan..  google dan meronda sendiri bebas tanpa travel agent, lagi panjang langkah yang boleh diatur.  Saya sempat bertanya tentang sewa teksi di Delhi.. sekitar INR1,800 untuk 8 jam perkhidmatan.

Delhi merupakan wilayah yang besar, dibahagi kepada wilayah Utara, Selatan, Timur, Barat, Central dan Old Delhi.  Populasi penduduk 12 juta orang, yang menyumbang kepada keadaan lalu lintas yang tersangatlah sesak, terutama waktu bekerja.  Jadi pemilihan lokasi hotel amat penting supaya masa tidak banyak terbuang di jalan raya.

*  berangan untuk ulang trip ke Delhi dan Jaipur untuk trip shopping... jom geng cik kiah..


5.  Tip.. tip..tipping..

Mereka mengharapkan tip dalam setiap perkara...

Panduan kasar expectation mereka :-
  • pemandu peribadi (dalam Rs400 sehari walaupun upah sudah dibayar)
  • pemandu pelancung (dalam Rs200 bagi setiap tempat. Kalau pergi dua tiga tempat di sesebuah bandar/pekan tu, memadai dalam Rs500 sehari).  Agaknya tip lebih mahal daripada gaji mereka.
  • restoran  10% dari jumlah harga makanan sekiranya anda berpuas hati dengan layanan
  • naik gajah dan unta pun minta tip walaupun tiket dah kita beli (Rs100)
  • angkat beg di hotel (Rs20 bagi sebuah beg dan Rs100 bagi empat buah dan lebih)
  • kat tandas restoran.. muka kesian yang hulurkan tissu (dari Rs10)
Walaupun di setengah-setengah tempat itu sudah papan tanda/label yang tertulis .."Tipping is not encouraged", mereka tetap juga mengharapkan kepada tipping.


6.  Anak-anak gelandangan/ pengemis di mana-mana

Cerita pada suatu malam di Delhi..

Setelah google restoran halal yang berdekatan dengan hotel, kami meminta kaunter hotel untuk mendapatkan teksi.  Jaraknya sekitar 6km.. tapi sudah setengah jam dalam teksi belum pun sampai.. jalan sesak yang teramat.  Lalu sipemandu mencadangkan ke tempat lain, tapi restoran biasa yang agak terbuka.. kat situ ada beberapa restoran halal.

Semasa kami menjamu selera, saya perasan diperhati oleh beberapa anak2 pengemis.. seorang dari mereka sekitar umur 5 tahun datang menghampiri sambil menadah tangan.. saya tunjukkan nasi... dia angguk.. lalu saya masukkan nasi bryani ke dalam cawan plastik dan hulurkan kepadanya. Tak dapat saya lupa senyuman anak kecil itu dan matanya yang bercahaya mendapat rezeki...

dan tetiba tekak saya terasa tersekat untuk menelan makanan...

Terutama kepada anak-anakku.. semuga pengalaman berharga di sini akan menyerap masuk ke dalam hati untuk renungan dan muhasabah diri, mendapat banyak iktibar serta sentiasa bersyukur...


anak2 gelandangan di Pushkar


Saya menyediakan biskut/ gula2 untuk dihulurkan pada yang meminta..

















7.  Tukaran wang

Tukaran wang di Malaysia  atau India hampir sama nilainya

IND100 = RM5.50 yang paling murah saya dapat kat money changer di Ikano,
IND100 =RM6.00 di kawasan Nilai

Manakala perpelanjaan mengunakan kad kredit, tukarannya melebihi 1%  dari nilai semasa, iaitu IND100 = RM5.61

Adalah disarankan juga untuk mendapatkan note Rs 20 dan Rs50 sebelum tiba di India kerana note yang paling kecil di Malaysia adalah Rs100. Kami meminta agen kami di sana supaya menyediakan sejumlah note ini semasa ketibaan di India.

* kami berhubung dengan agen di India dengan whassap/viber sahaja untuk memperkemaskan percutian kami.


8.  Sediakan stokin

Kebanyakan tempat yang dilawati kena buka kasut sebelum masuk.. lantai yang tidak bersih dan banyak tahi burung.  Sediakan stokin terutamanya jika ada anak macam anak saya yang tak suka memakai stokin bila keluar berjalan.

Di Taj Mahal.. pelapik kaki disediakan tapi tidak di tempat-tempat yang lain.


9.  Tahap kebersihan 

Sesuatu yang tidak menarik bila bercerita pasal kebersihan di India.. memang menyakitkat mata dan hidung.. sampah sarap merata-rata,  meludah sana sini,.. malahan jika ada tembok ditepi-tepi jalan, menjadi tadahan yang melepaskan hajat disitu.  Ruang udara yang kelam berjerebu tambahan lagi bila musim panas bulan jun julai.  Jika bercadang mengunjungi India pada musim tu, sebaiknya menyediakan penutup muka/mulut.


10.   Tahap keselamatan 

Jika berkunjung ke tempat awam seperti local market.. perlulah langkah berjaga-jaga.. kerana kes ragut, penipuan sering berlaku.  Adalah lebih selamat menyimpan posport di kamar hotel dan cuma membawa salinannya sahaja untuk kemana-mana.

Pernah  kami bertanya pada pemandu untuk meninggalkan sebahagian bag di dalam kereta, supaya tidak perlu angkut semua ke bilik, apalagi jika persinggahan cuma semalaman seperti di Pushkar.  Tetapi tidak digalakkan berbuat demikian kerana katanya atas faktor keselamatan, memandangkan kereta diletak di tempat terbuka.  Pemandu  kadang2 tidur di dalam kereta sahaja bila tidak ada bilik yang sesuai dengan bajetnya.


11.   Pakej atau sendiri

Untuk kebiasaannya pakej golden triange sudah mencukupi., iaitu 2 malam di Delhi.. 2 malam di Jaipur dan 2 malam di Agra.  Rajin-rajin lah membaca review hotel ataupun tour agent sebelum membuat pilihan.  Yang bercadang untuk meneroka India secara DIY pastinya akan mendapat pengalaman yang berbeza dan lebih mencabar, serta perlu persediaan maklumat yang lebih rapi

* Taj Mahal tutup pada setiap hari jumaat.


12.  Fridge magnet 

Benda wajib yang mesti dicari setiap kali pergi bercuti,  samada untuk koleksi sendiri atau pesanan kawan-kawan.  Tambah lagi pemintaan yang semakin tinggi berbanding souvenir yang lain. Paling murah yang saya dapat ialah di Agra, daripada penjual jalanan, iaitu INR1,000 untuk 25nos. dari harga mula INR300 utk satu


koleksi FM  dari India


Beli masa dah nak balik ke kereta.. kerana jika beli masa pergi awal-awal lagi pasti anda susah untuk terlepas dari dikerumuni oleh penjual yang lain.. nanti nak berjalan pun susah..











Post terdahulu :  Permohonan Visa India





1 comment:

  1. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN, DAN PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ KAMI DESIGN SANGAT MENARIK, HEMAT DENGAN LAYANAN BEST, PASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNIT KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA, PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE ) TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ HANYA 380 ( MINIMAL 10 ORANG)

    ITINERAY :

    DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
    ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
    BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

    DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
    AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

    DAY 4 : HOTEL – AIRPOR
    AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.

    SERVICES TERMASUK :
    1. TRANSPORT
    2. PEMANDU PELANCONGAN
    3. HOTEL 3 BINTANG
    4. BREAKFAST 3X
    5. MAKAN TENGAH HARI 3X
    6. DINNER 3X
    7. SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    8. KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    9. MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA HUBUNGI DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : TIARATOURSINDONESIA@GMAIL.COM.
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL


    ReplyDelete

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...