Wednesday, 29 May 2013
Friday, 24 May 2013
When you believe....
Malaysia BOLEH !!!!
Monday, 20 May 2013
Air Asia For You..
Dulu kami tidak memilih AirAsia untuk keluar negara walaupun AirAsia menawarkan harga terMURAH berbandingkan 2 syarikat penerbangan yang lain.
Kami bimbang 'dasar' AirAsia yang suka mengubah jadual penerbangan sesuka hati kerana ianya akan menjejaskan keseluruhan program percutian kami.
Kalau dulu SPOILAGE FEE.. hmmm.. first time kami dengar fee jenis ini... yang di bawah ini pulak? Chickenpox Check?
Kami bimbang 'dasar' AirAsia yang suka mengubah jadual penerbangan sesuka hati kerana ianya akan menjejaskan keseluruhan program percutian kami.
Kalau dulu SPOILAGE FEE.. hmmm.. first time kami dengar fee jenis ini... yang di bawah ini pulak? Chickenpox Check?
AirAsia - Syarikat Penerbangan Tambang Murah
(Sila klik tajuk di atas untuk membaca artikel berkenaaan)
Yang ini pun bagus juga untuk dibaca. (mengenai orang yang menerajui AirAsia):-
Self-Hating Malay
Wednesday, 15 May 2013
The Secret Garden
Suka berkunjung ke sini... ianya menyegarkan mata dan rasa nyaman menghidu harum bunga di sini...
Lokasi: Rooftop @ 1 Utama Shopping Mall
Menggunakan lif di tengah-tengah laluan antara wing lama dan wing baru, yang berdekatan rainforest, ke Lantai UR untuk ke Secret Garden - rooftop @1Utama
Homestay U1 tak jauh dari 1 Utama Shopping Mall... lebih kurang 2km sahaja, jalan kaki pun sampai.
Sunday, 12 May 2013
Friday, 10 May 2013
Wednesday, 8 May 2013
Saturday, 4 May 2013
Quotes
Motivation
"Do the difficult things while they are easy
and do the great things while they are small.
A journey of a thousand miles must begin with
a single step." - Lao Tzu
"Do the difficult things while they are easy
and do the great things while they are small.
A journey of a thousand miles must begin with
a single step." - Lao Tzu
Taking
Action
"Don't wait around for your life to happen to
you. Find something that makes you happy and
do it. Everything else is just background
noise." - George Mason
"All that's necessary for the forces of evil
to win in the world is for enough good men to
do nothing." - Edmund Burke
you. Find something that makes you happy and
do it. Everything else is just background
noise." - George Mason
"All that's necessary for the forces of evil
to win in the world is for enough good men to
do nothing." - Edmund Burke
Believe in Yourself
"Don't
tell me the sky's the limit when there
are footprints on the moon" - Michael Jordan
“Everybody is a genius. But if you judge a
fish by its ability to climb a tree, it will
live its whole life believing that it is stupid.”
- Albert Einstein
are footprints on the moon" - Michael Jordan
“Everybody is a genius. But if you judge a
fish by its ability to climb a tree, it will
live its whole life believing that it is stupid.”
- Albert Einstein
Thursday, 2 May 2013
Wednesday, 1 May 2013
Bandung, Indonesia
Kunjungan singkat ke Bandung, cuma 2 hari... masa dua hari... apa yang boleh buat ya!!!
Seawal 7.30pagi sudah sampai di Lapangan Terbang Husein Sastranegara. Masa yang terhad tidak disia-siakan, terus menuju ke destinasi sejurus dijemput kereta sewa yang telah ditempah.
Awas..!!!
Panduan Aras di Pasar Baru
Warna-warna Bandung...
Seawal 7.30pagi sudah sampai di Lapangan Terbang Husein Sastranegara. Masa yang terhad tidak disia-siakan, terus menuju ke destinasi sejurus dijemput kereta sewa yang telah ditempah.
Mula-mula ke Braga Street. Di sini terdapat galeri lukisan dan juga lukisan yang dijual di tepi-tepi jalan.
Seterusnya ke Galeri Hijau Art di Jalan Terusan Buah Batu. Tak susah untuk memilih lukisan di sini sebab sudah puas meninjau-ninjau di laman web mereka yang menjual secara on-line. Sekurang-kurangkan sudah ada idea lukisan apa yang hendak dicari.
Maka selesailah tujuan sebenar ke Bandung untuk membeli lukisan. Tapi dah terlanjur ada di Bandung.... kalau tak berbelanja kain baju taksah kan....
Pak supir membawa ke sebuah rumah di kawasan Kopo, yang menjual kain-kain sulam dan telekong. Mungkin harganya lebih murah jika berbanding di Pasar Baru...tapi saya tak pun berminat.. dan tak mengambil masa yang lama untuk beredar dari sini...
Teringin merasa es campur Pak Oyen setelah membaca intronya di sana.. Kedainya biasa-biasa saja, agak sempit dan ramai dikunjungi penduduk setempat. Ternyata tak mengecewakan... suka dengan es campur dan es dogernya, (walaupun gambar saya dengan di sana berbeza...hihihi...). Pak Oyen tak nak buka cawangan di KL ke?
Menginap di hotel Aston Tropicana yang letaknya Jalan Cihampales, bersebelahan dengan Fave Hotel dan Hotel Promenade. Terdapat banyak toko jean disepanjang jalan. Beberapa minit berjalan kaki dari hotel ke Cihampales Walk (CiWalk Mall). Di sini banyak pilihan restoran untuk menjamu selera. Saya leka memilih sepatu untuk anak-anak, kerana semuanya cantik-cantik dan banyak pilihan.
Awas..!!!
Taktik ala-ala "Gores dan Menang" pun ada di CiWalk ini. Anda akan dihampiri oleh seorang jurujual yang akan memberikan satu hadiah kecil secara percuma. Dia akan mengajak anda masuk ke outletnya dan bersembang-sembang. Sambil sembang (kononnya menunggu hadiah kecil percuma itu dipasangkan baterinya), anda akan diberikan 'cabutan bertuah'. Jurujual tersebut akan mengatakan, ramai orang tidak berjaya dalam cabutan bertuah ini dan anda pun kemungkinan sekali tidak akan menang. Tiba-tiba cabutan anda memenangi sebuah hadiah yang mahal, katanya bernilai dalam 15juta rupiah (sebuah dapur elektrik moden). Kami perlu membayar 'wang pajak' untuk mengambil hadiah. Dipendekkan cerita, kami beri alasan susah nak bawa balik. Jurujual itu pula menolak apabila kami hendak menghadiahkan balik dapur itu kepadanya. Dari situ kami confirm ada sesuatu yang tidak kena, lalu kami beredar dengan mengambil 'hadiah kecil percuma' itu, sebuah alarm pintu kuasa bateri.
Pasar Baru. Bagi yang gemar berbelanja tentunya masa sehari tidak cukup untuk berbelanja di keseluruhan pasar ini. Banyak yang menarik dapat dibeli di, daripada kain ela, telekong, blaus, busana muslimah untuk dewasa dan kanak-kanak dan pelbagai ada. Jika rajin menjejaki ruang lantai niaganya pasti banyak yang berkenan dihati. Boleh terlebih kilo bagasi jadinya.
Panduan Aras di Pasar Baru
Basement 1, 2 - batik, pelikat, telekung; Lantai 1 - Telekung, kain ela, cadar; Lantai 2 - Kain ela, blause; Lantai 3, 4 - Pakaian dewasa dan kanak-kanak, busana muslimah, tempahan baju; Lantai 5 - Barangan kulit seperti bag tangan dan jaket; Lantai 6 - Bag tangan dan medan selera;
Lantai 7 - Surau, Parking
Tempat lain yang sempat saya singgah, di Toko Rabbani dan Toko Syafira untuk mencari koleksi busana muslim. Semasa melalui Jalan Buah Batu, saya perasan ada beberapa toko muslimah seperti Jenahara dan De Salma Moslem Centre, tapi tak sempat untuk singgah kesemuanya.
Toko Rabbani |
Toko Rabbani |
Rumah Mode - Ada banyak pilihan untuk seisi keluarga. Tempat makan yang santai dan selesa |
Warna-warna Bandung...
demi mencari rezeki...seluruh tubuh di cat dengan warna sinar aluminium |
...atau menghilangkan bosan jam dengan alunan biola.. |
...jam...jam...jam.. |
ice cream durian |
ANG KOT? Apa tu? Jom kita, klik BASI DONG, untuk mmenimba ilmu pengetahuan..ha..ha!
Dulu kami ada post YANG INI pasal travel..
pesan AHLI GIGI...Jom travel ke Bandung....
(Iklan "AHLI GIGI" sekitar bandung) |
Jangan sampai giginya tinggal satu...
"Sulit Pak!!!" apabila terpaksa guna satu gigi aja!!
(Label semasa menaiki bangunan pasar baru menuju tempat parking, maksudnya "gear satu" kot?) |
Subscribe to:
Posts (Atom)