Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Thursday, 29 October 2015

Split, Croatia

12 Jun 2015

Dari Mostar, kami singgah di Split, bandar kedua terbesar Croatia selepas Zagreb. Kami sampai lebihkurang jam 5 petang dan bersiar-siar di pusat bandar (bandar pelabuhan) dalam 2 jam lebih sebelum bertolak balik ke Sibenik.


Sumber: Google


Di Split, banyak pantai yang cantik menggamit kedatangan pelancong dan tempatan pada musim panas.  Masa kami berkunjung, walaupun cuaca sudah mula panas tetapi air laut masih lagi terasa sejuk walaupun sekadar mencelup kaki.

Sumber: Google

rumput lavender yang hidup subur
Hanya satu tempat makanan halal yang kami jumpa di sini, Istah Kebab & Meze Bar. 


Lagi foto kami di Split (menggunakan applikasi slide-show dari PhotoSnack)..


Monday, 26 October 2015

Mostar, Bosnia Herzegovina

12 Jun 2015

TIPS

MAPS.ME - Satu applikasi navigasi yang berguna sekiranya anda tidak mempunyai akses kepada internet (offline). Peta dimuat-turun siap-siap dulu untuk digunakan secara offline. Selepas pengalaman navigasi secara manual di Bosnia, barulah kami mengetahui mengenai applikasi ini.


Rancangan asal kami sebenarnya untuk ke Dubvronik.


Tetapi setelah diberi tips oleh host apartment, kami membatalkan hasrat ke Dubvronik lalu mengubah haluan ke Mostar. Pemegang paspot Malaysia tidak memerlukan visa untuk masuk ke Bosnia Herzegovina.


Pandu arah selepas sempadan Croatia hanyalah bergantung kepada tanda-tanda jalan kerana kehilangan akses kepada internet sebaik saja melepasi sempadan Croatia. Oleh kerana Bosnia Herzegovina tidak termasuk dalam rancangan asal, kami tidak juga memuat-turunkan peta Bosnia ke dalam peranti GPS Garmin kami, yang dibawa sebagai back-up kepada Waze.


Keluar sempadan Croatia...

Selepas exit highway, ada kaunter pemeriksaan pasport pandu lalu.  Keadaan di situ agak lengang tiada kenderaan lain.  Jam baru pukul 9 pagi, selepas kami memandu hampir 2 jam dari Split.  Sebaliknya di jalan sebelah yang menghala ke Croatia banyak kereta yang sedang beratur.

Sempadan Bosnia..

Kira-kira 500meter ada pula pemeriksa kedua, policija Bosnia.  Mereka memeriksa paspot dan dokumen hakmilik kereta.

Penting selain dari paspot - ada dokumen hakmilik kereta (pastikan dokumen ini disediakan oleh syarikat sewa kereta)

Bayaran tol jalanraya di Bosnia - boleh bayar dengan kredit card walaupun jumlahnya kecil. Paling best kalau ada matawang Bosnia. Depa tak terima matawang Croatia (Kuna) di toll booth. Tak tukar matawang Bosnia sebab hanya nak meninjau Stari Most untuk beberapa jam saja.

* Komunikasi agak terhad, orang Bosnia di sempadan tak faham english. Depa minta dokumen hak milik kereta, kita pula tak faham apa yg diminta. Main agak-agak je, lalu selongkar laci kereta untuk tunjukkan dokumen sewa yang ada dokumen hakmilik sekali.

Di Stari Most (membuat pembayaran) - Kuna diterima kalau tak ada matawang Bosnia (tapi exchange rate tak best/rugi sikit). Matawang Euro juga boleh digunakan.

Tak ada photo kat imigresen Bosnia. Depa tak bagi amik gambar. Photo di bawah ini adalah check point untuk keluar sempadan Croatia.




Masih ada lagi highway sejurus melepasi sempadan Croatia/Bosnia.  Perjalanan diteruskan lagi 42km menuju Mostar.


Lepas highway...


Memasuki pekan/bandar pertama selepas highway dalam perjalanan menuju Mostar



Berpandukan tanda jalan ke Mostar





Pemandangan pesisir jalan dari kereta




Tanda jalan ke arah Stari Most (Jambatan) yang menjadi tumpuan pelancong di Mostar



Memasuki pekan/bandar Mostar dan mencari parking...





Nama Yunus Emre menarik perhatian



Memakir kereta di sini dengan bayaran 80 kuna (lebihkurang 10 Euro) untuk seharian



Mostar adalah bandar yang paling banyak kena bom dalam peperangan Balkan ke - 3  ("Mostar was the most heavily-bombed of any Bosnian city between 1992 and 1995" - Dailymail)


Pasar tumpuan pelancong menyediakan pelbagai cenderamata. Banyak art dibuat dari kelonsong peluru pistol/senapang hinggalah ke kelongsong peluru meriam berat. Kantung lavender banyak dijual dan seronoknya bila dapat beli fridge magnet dengan harga yang murah, berbanding tempat2 lain sebelum ni.  Euro 1 untuk sekeping, sebelum ni beli dengan harga Euro 3 atau Euro 4.


 




















Masjid Turki di penghujung kawasan pasar.  Ada tiket/bayaran untuk masuk ke dalam ruang masjid.




Sampai penghujung kawasan, berhenti rehat sambil menikmati aiskrim sekejap. Ramai budak-budak minta sedekah di kawasan ini.








Stari Most (Bridge) - salahsatu tempat tersenarai dalam senarai World Heritage, UNESCO














Orang tempatan ambik upah USD5 untuk satu terjunan dari bridge ini





Lunch sambil tengok org terjun dari jambatan.  Banyak tempat makan yang halal disini..




Balik semula ke Croatia, amik jalan lain, naik bukit.. terlepas tanda jalan nak masuk balik highway. Berhenti tanya cafe tepi jalan untuk pandu arah




Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...