Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Tuesday 6 October 2015

Tasek Plitvice, Croatia

Lawatan ke Plitvice, Croatia mula berputik apabila kami memuatkan artikel "Amazing Places To Go - Part 2" pada Ogos 2012 lalu.Hampir 3 tahun kemudian impian ke Plitvice (A Unesco World Heritage site) dapat direalisasikan bersama keluarga.

Kebetulan pula, tuan rumah Apartment Marija, yang kami inap, merupakan salah seorang kakitangan yang bertugas di Plitvice National Park. Waktu minum kopi petang bersama tuan rumah, beliau memberikan beberapa tips ziarah.


10 June 2015

Pagi-pagi lagi kami sudah check out Apartment Marija, dan kami adalah antara pelancong yang terawal sampai. Kaunter tiket baru sahaja hendak beroperasi.

Kami disarankan untuk memulakan ziarah di Pintu 1 (Ulaz 1), tetapi kami termasuk parking kereta (berbayar) di Pintu 2 (Ulaz 2).  Setelah mendapat parking yang sesuai, ke kaunter membeli tiket. Tiket untuk sehari ialah 110,000 kuna untuk dewasa dan 55,000 kuna kanak-kanak.  Tiket ini akan diperiksa setiap kali menaiki feri atau bas yang disediakan.

Dari kawasan Ulaz 2 itu kami berjalan ke hentian bas di ST2.  Agak jauh juga berjalan, tetapi nyaman dan seronok menikmati keadaan sekeliling.  Perjalanan bus dari hentian ST2 menuju je ST3 kira-kira 20 minit.


Bermula di ST3, bahagian yang paling atas tasik, kami berjalan menyusuri pelantar mengikut arah sign menuju ke kawasan tengah  hingga sampai hentian feri P2.

Kami menaiki feri ke perhentian P1 untuk meneroka bahagian bawah pula Di sinilah terletaknya air terjun yang paling besar dan begitu cantik, tidak puas menikmati pemandangannya.  Pengunjung  pun sudah semakin ramai.

Dipenghujung ziarah sepatutnya kami berjalan menuju ke ST1, dan menaiki bas ke ST2 untuk ke tempat parking kereta yang mula-mula kami masuk tadi (Ulaz 2). Oleh kerana kepenatan, kami menaiki teksi untuk membawa kami sekeluarga dari Ulaz 1 ke Ulaz 2, melalui jalanraya biasa. Kakitangan mereka membantu kami menelefon sebuah teksi dan membawa kami sekeluarga ke tempat menunggu di luar kawasan, berdekatan dengan Ulaz 1 tersebut.


Tips

1.  Masa untuk meneroka Plitvice (sekurang-kurangnya) selama 6 jam pun dirasa tidak cukup. Disarankan pergi awal pagi untuk mengelakkan kesesakan.  Hampir tengahari bas-bas rombongan mula sampai dan orang ramai mula membanjiri.  Agak sukar untuk berjalan pada pelantar dan lorong yang sempit jika dipenuhi orang ramai. Posisi untuk mengambil gambar pun agak terhad. Seeloknya stay 2 malam di kawasan Plitvice untuk penerokaan sehari suntuk (kami hanya stay 1 malam, meneroka Plitvice dari awal pagi hingga awal petang sahaja. Kami perlu tiba di Sibenik, lebihkurang 200km jauh, sebelum hari gelap). 

2.  Mulakan ziarah dari Ulaz 1, adalah lebih baik  kerana dekat dengan air terjun yang besar dan tercantik di situ. Pemandangan pun lebih cantik kerana berjalan berdepan menghala ke arah air terjun, manakala jika dari laluan atas, akan berjalan membelakangi air terjun  Lagi pula berjalan di lorong yang sempit secara menurun untuk menuju ke tasik lagi senang berbanding dengan mendaki seperti yang kami lakukan.

Sekiranya bermula melalui Ulaz 2, sebaik-baiknya terokai bahagian bawah dulu sebelum pengunjung semakin ramai kerana di situ letaknya kawasan tarikan utama.

3.  Sebelum memulakan perjalanan, dapatkan keterangan di kaunter information tentang laluan yang ingin dilalui dan serba sedikit maklumat. Petugas (semasa berborak menunggu teksi) memberitahu, sepatutnya kami minta petugas di kaunter tiket lakarkan peta laluan yang dipilih sebagai panduan.

4.  Adalah sangat berbaloi jika dapat luangkan masa 2 malam (3 hari) untuk menikmati keindahan semulajadi di sini seharian penuh.. dah datang jauh-jauh... ada hotel/penginapan yang berdekatan tasik yang menawarkan pass percuma untuk hari yang ke 2..

4.  Bawa bekalan makanan/minuman yang berpatutan semasa menziarah  Restoran yang ada di situ belum lagi mesra muslim




Memahami simbol

E F H K   -    Pilihan laluan untuk meneroka kawasan Tasik Plitvice.  Separa hijau ialah laluan melalui rimba.

ST1, ST2, ST3 -  Perhentian bas         P1, P2, P3   -  Perhentian feri

Ulaz = Entrance        Jezero = Tasek

Tasik Kozjak yang agak luas berada ditengah-tengah, perantaraan antara lower lakes dan upper lakes. Menaiki Feri melalu Jazero Kozjak  dari P2 ke P3 mengambil masa lebihkurang 20 minit.

Bahagian Lower lakes, yang terbentuk dari himpunan tasik Milanovac, Gavanovac dan Kaluderovac menghasilkan panorama yang lebih cantik dengan deretan air terjun.  Di penghujung Kaluderovac Jezero terdapat air terjun yang paling besar, dikenali dengan Veliki Slap (great waterfall) yang setinggi 70m


Lagi satu tip... (kamera)

Kalau anda suka kepada foto pemandangan, disarankan bawa kamera yang bagus (SLR/DSLR) sekiranya menziarah National Plitvice Park.

Kami hanya menggunakan kamera phone. Ok la juga bagi kami. Antara banyak-banyak kamera phone yang kami guna di serata tempat, phone Samsung S6 setakat ini memberikan snap foto yang terbaik bagi kami..

Banyak sangat foto yang hendak di snap semasa di Plitvice hinggakan empat phones habis bateri.. foto-foto yang kat bawah ini pun dah banyak di delete kan, pening kepala nak delete yang mana satu untuk cuba meringkaskan artikel ini...





THE UPPER LAKES...
























































DI HENTIAN FERI P2...






TASIK KOZJAK YANG LUAS...



THE LOWER LAKES...



































Ini pemandangan dari kemuncak atas..











Salahsatu video youtube Plitvice..


No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...