Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Thursday, 6 January 2022

Glamping di Rembau - 3 Januari, 2022

 Apa dia "Glamping"? Ianya upscale camping, "glamorous + camping", jadilah "glamping"


Kami memilih Banjaran Glamping kerana ianya dekat dan yang ada aktiviti ATV (all terrain vehicle). Kami juga memilih hari biasa (Isnin/Selasa) untuk mengelak dari tumpuan ramai. 


Kadar sewa satu malam kira lebihkurang kadar 5 bintang khemah, termasuk sarapan dan menonton wayang pacak. Satu khemah boleh memuatkan 4 org dewasa tidur, lengkap dengan pendingin udara mudah-alih, kipas, power points, perabut, hiasan dsb. Bilik air bersih ada di bahagian luar khemah. Hanya terdapat 2 buah khemah sahaja untuk disewa (salahsatu lagi sebab mengapa kami pilih hari biasa, bukannya hari minggu, lebih tersedia untuk ditempah). Tempahan lebih murah dibuat secara terus kepada Banjaran Glamping berbanding dengan tempahan secara online, contohnya melalui Agoda, Booking.com dsb. Masakan agak up-scale (harganya pun agak upscale juga), menu western. Salahsatu lagi sebab kami ke sini adalah kerana pizza yang diwar-warkan.

Beberapa foto dipersekitaran Banjaran Glamping.


Sebelum check in jam 3 petang, kami singgah dulu di Salai Gunung Pasir Resources untuk menikmati daging salai sebagai hidangan tengahari. Semasa sampai, kebanyakan lauk-pauk telah pun habis, tetapi kami sempat juga menikmati daging dan ayam salai. Ianya terletak di pekan Rembau, tidak jauh dari Banjaran Glamping.

Setelah check in di Banjaran Glamping, kami memulakan aktiviti bersama Banjaran ATV Rembau pada jam 5 petang. Cuaca yang baik (dalam musim hujan ini) membolehkan kami memilih track masuk ke dalam hutan. Aktiviti berlangsung selama lebih kurang sejam setengah sebelum balik semula ke khemah.


Makan malam jam 8.30, pizza dan spaghetti, sebelum disediakan wayang pacak untuk tontonan pada jam 10 malam.


Tidur malam agak kurang nyenyak, agaknya kerana (rasanya) semua staff Banjaran Glamping balik ke rumah masing-masing, tetapi ditinggalkan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya diperlukan. Staff itu tinggal di Pedas, lebihkurang 10 minit perjalanan. Lagipun hanya kami sekeluarga saja menyewa pada hari itu. Khemah sewaan yang satu lagi itu, kosong. Walaubagaimanapun, terdapat rumah-rumah lain dipersekitaran.


Esoknya, selepas sarapan menu western, kami check-out setelah bersarapan pada jam 9 pagi.


Ronda pekan mencari daging salai Rembau untuk dibawa balik. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Cendol Songkok Tinggi, Kg. Jiboi, Seremban untuk mencuba cendolnya.  





Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...