Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Wednesday, 7 June 2017

Mentari Pagi di Bukit Panorama, Sungai Lembing

Tarikh berkunjung: 23 April 2017

Tujuan utama ke Sungai Lembing adalah untuk mendaki Bukit Panorama bagi menyaksikan terbitnya matahari di puncak bukit. Waktu syuruk/terbit matahari ialah 6.58pagi.. lepas sahaja subuh, kami cepat-cepat bersiap untuk mula mendaki untuk menyaksikan detik-detik awal terbitnya mentari...

Kaki bukit hanyalah terletak berhadapan dengan homestay kami, tapi kami pergi dengan kereta sebaik saja lepas solat subuh untuk menjimatkan tenaga daripada kena berjalan merentasi padang. Kami memakir kereta di tepi jalan kaki bukit jauh sedikit dari tempat mula mendaki kerana kereta sudah banyak.

Dalam hari masih gelap, terlupa pula untuk menaikkan cermin kereta. Tetapi pekan Sungai Lembing adalah selamat dan aman, rata-rata tidak risau dengan kejadian mencuri dan sebagainya.

Berbekalkan lampu suluh, kami mula mendaki... meriah suasananya dengan pengunjung yang ramai.  Dalam group kami, pendaki yang paling cilik berusia 5 tahun.  Tiada foto pada awal pendakian kerana hari masih gelap. Anak-anak tangga (lebihkurang 900 lebih jumlahnya) dibina sempurna , kecuali di bahagian atas selepas 2/3 mendaki telah ada kerosakan/runtuhan. Bagus juga mendaki dalam keadaan gelap kerana jika nampak tingginya anak tangga, semangat mendaki mungkin boleh menjadi luntur.  Untuk yang dah biasa.. mungkin mengambil masa 30 - 45 minit untuk sampai .  Saya pula mengambil masa 1jam15minit untuk sampai ke atas, kiranya dah terlepas untuk menyaksikan detik awal terbitnya mentari. Ada juga pengunjung yang muntah-muntah bila sampai ke puncak (mungkin belum sarapan, dan hanya minum air saja)

Di pertengahan pendakian.., dan cahaya pun dah cukup untuk snap foto.. nak rekod pemandangan dari atas kabus....









Ada orang dah hampir giveup walaupun sikit lagi nak sampai ke kawasan puncak...


kawasan puncak bukit Panorama.....






Sepatutnya tidak perlu ada tong sampah di puncak atas bukit kerana ianya menjadi satu hal pulak untuk turun naik bukit mengangkut sampah. Macam di dalam bas Jepun, dia siap buat notis yang tempat sampah tidak disediakan. Penumpang perlu membawa sampah (jika ada) bila turun dari bas. Kenapa perlu bawa banyak benda-benda untuk menjadi sampah di tempat-tempat sebegini? masa naik botol yang berat penuh berisi boleh pula dibawa, kenapa susah pula dibawa turun botol yang dah ringan!! Ada sebesar-besar notis peringatan macam ni pun, masih lagi bersikap tidak bertamaddun dan tidak menghargai keindahan anugerah dari Sang Pencipta..



Setelah sejam lebih bersantai-santai di kawasan atas.... perut pun dah mula terasa kosong..nak cari breakfast kat bawah pula... perjalanan turun juga satu hal..tapi takda lah teruk sangat.... lenguh juga menghulur kaki menuruni anak tangga..





Pandangan dari atas ke kawasan homestay di bawah sana...



Homestay yang kami inap, tampak dari kaki bukit,..


Pemandangan bukit Panorama dari homestay....


Fotografi 'Afnan Production' di Bukit Panorama...



hitam dan putih.. the B&Ws....



kepulan awan rendah,,,, kabus...







Mentari pagi ni tidaklah seindah yang dibayangkan kerana ditutupi oleh awan tebal.  Yang ternampak cuma tempias cahayanya sahaja sedangkan si mentari pagi berlindung di balik awan..





kehijauan daun-daun....





dan seterusnya lagi...







kemanusiaan...





ini hasil google..wow...

Satu tempat tarikan di Sungai Lembing yang kami tidak kunjungi adalah 'rainbow waterfall' kerana kesuntukan masa. Ianya terletak lebih jauh dari pekan dan perlu menggunakan 4-wheel untuk ke sana. Tambangnya tidak salah adalah RM60 untuk perjalanan pergi balik.


2 comments:

  1. mohon untk dapatkan no contact homestay tuan/puan di Sg Lembing. tqsm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Puan.

      Kami dah WS Puan. Kad yang diberikan kepada kami oleh tuan punya Homestay tersebut tertra nama "Sg. Lembing PANORAMA VIEW CHALET". No yg boleh dihubungi : 0199577126 (Hairi) / 0199504912 (Kak Leha)

      Delete

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...