Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Thursday, 15 September 2022

Desaru, Johor (Julai 2022)

Dalam perjalanan ke Desaru, singgah di Restoran Terapung Bujang Firefly, Sungai Lebam, berdekatan dengan bandar Penawar untuk makan tengahari. Selain daripada restoran, tempat ini juga ada menyediakan pakej-pakej river cruise, memancing, rakit dan boating.

Menempah penginapan selama dua malam, bilik keluarga di Hard Rock Hotel Desaru Coast melalui laman sesawang hotel itu sendiri kerana pada waktu itu ada tawaran istimewa/diskaun bagi pemegang kad Maybank.


Sekiranya anda ingin ke Adventure Waterpark Desaru Coast, ambil maklum bahawa taman tema air ini hanya dibuka dari hari Khamis hingga Ahad ( dari jam 10 pagi hingga 6 petang - kemasukan terakhir pada jam 5 petang). Taman tema ini ditutup dari Isnin hingga Rabu, kecuali pada cuti sekolah (Malaysia) dan cuti am. 

Difahamkan, masuk melalui pintu utama hanya dibenarkan sekali sahaja, iaitu, tidak boleh keluar-masuk. Bagi penginap-penginap Hard Rock Hotel pula, mereka diberi gelang, membolehkan mereka untuk keluar-masuk ke taman tema air ke Hotel, melalui pintu sebelah hotel.

Sekiranya anda ingin menginap di Hard Rock Hotel, kami cadangkan supaya check-in pada hari Rabu kerana taman tema air ini akan dibuka pada esoknya (Khamis) dan ianya tidak berapa ramai pengunjung berbanding pada hari hujung minggu (Sabtu dan Ahad). 


Pantai Desaru, antara tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Desaru.


Jambatan Sungai Johor, sepanjang 4km, merentasi Sungai Johor di laluan lebuhraya E22 Senai-Desaru, merupakan salahsatu jambatan sungai terpanjang di Malaysia.


Dalam perjalanan pulang ke KL, singgah lagi Johor Premium Outlet.


Monday, 5 September 2022

Pulau Redang , Trengganu (Jun 2022)

Kami menempah pakej di Laguna Redang Island Resort untuk 4pax (keluarga), 2 hari 3 malam. Pakej termasuk penginapan, full-board (sarapan, makan tengahari dan malam), feri pergi balik dan tiga kali boat-trips untuk snorkeling.

Jeti untuk ke Laguna Redang Island Resort ini adalah di Taman Tamadun Islam, Kuala Trengganu, tempat di mana Masjid Kristal terletak. Pakir (berbayar) disediakan di kawasan jeti bagi pengunjung Pulau Redang untuk meninggalkan kereta mereka sementara berada di Pulau. Sebelum menaiki feri, cukai/tiket untuk taman laut perlu dibayar di kaunter kutipan.

Masjid Kristal


Laguna Redang Island Resort


Kawasan pantai resort ini adalah cantik. Air hijau kebiruan, tiada ombak dan berpasir putih. Sangat untuk bermandi manda.


Boleh saja untuk snorkeling di sini kerana terdapat banyak juga ikan. Sewa atau bawa peralatan sendiri, termasuk life-jacket untuk snorkeling. Jangan lupa untuk bawa cebisan roti (ambil masa sarapan pagi di resort) untuk beri ikan makan di tangan semasa snorkeling.


Penginapan di Laguna Island Resort. 
Yang garden view tu akan ada teman-teman berkunjung. Jadi hati-hati dengan barangan/pakaian yang diletak/disidai di bahagian anjung bilik.


Ini boat-trip ke kawasan snorkeling yang lebih menarik, berenang bersama ikan-ikan dan penyu (di kawasan lain). Boat-trip ini tidak termasuk dalam pakej Laguna Redang Island Resort. Kami juga menggunakan khidmat jurufoto dalam air untuk trip ini.


Kawasan berenang bersama penyu-penyu.






Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...