Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Sunday, 13 January 2019

Airterjun Wang Sai Thong, Thailand - Disember 2018

Trip Satun - Koh Lanta - Krabi,  Thailand  Part 3

Selepas check-out Langka Beach Resort di Pak Bara kami mencari kedai untuk sarapan sebelum meneruskan perjalanan ke air terjun Wang Sai Thong daerah La-ngu, Satun. Mereka yang lain tidak menyertai kami kerana mereka ingin terus ke Ko Lanta (post selepas ini). Jadi kami jumpa mereka di sana sebelah petang nanti.

Kami tiba di air terjun Wang Sai Thong pada waktu ia mula dibuka iaitu jam 9 pagi. Ada bayaran masuk dan juga bayaran pakir kereta.  Standard bayaran masuk ke mana-mana tempat national park ialah TB200 seorang dewasa, rate pelancung


Kami adalah orang pertama yang tiba, tiada orang lain lagi pada waktu itu. Kawasan air terjun tidaklah luas sangat dan dekat dengan tempat pakir kereta. Tidak jauh berjalan, dalam seminit dua sahaja.  Di kawasan pakir ada tempat untuk salin pakaian dan tandas.  Makanan tidak dibenarkan dibawa ke kawasan air terjun.  Pun begitu ada juga yang engkar dan lepas makan meninggalkan sisa sampah di situ.


Bila melihatkan air terjun, yang tidaklah besar mana, teringat kami kepada Plitvice dan Rastoke Village di Croatia yang kami kunjungi lebihkurang 3 tahun lepas.

Senang didaki kerana batunya tidak licin. Suasana hutan yang nyaman dengan deruan air terjun yang  jernih menurun melalui celah-celah pokok.  Sangat mempesona dan begitu asyik rasa macam nak duduk je lama-lama di sini.  Tambah pula hanya kami berempat sahaja, tidak perlu berkongsi dengan orang lain pada masa itu.

Biarlah foto-foto di bawah ini menceritakan yang selebihnya..















Sedikit video..





No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...