We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Friday, 24 February 2012

Hagia Sofia - Istanbul, Turki


Hagia Sofia adalah sebuah gereja besar Kristian ortodoks yang dibina di Constantinople (Istanbul), sekitar 532 hingga 537 AD oleh Justinian, seorang maharaja empayar Bizantin.

Apabila Turki Uthmaniyyah menawan Constantinople pada 1453, Sultan Muhamad Al-Fatih telah mengarahkan supaya gereja ini diubahsuai menjadi sebuah masjid.

Hagia Sofia, sejak tahun 1935, telah dijadikan sebagai sebuah muzium oleh kerajaan Republik Turki. Bangunan ini sering dianggap sebagai bangunan yang teragung dan tercantik di dunia.

Pada 2011 seorang-dua jurugambar yang sangat berpengalaman (heh! heh!) telah mengambil foto-foto yang dipaparkan di bawah ini. Anda harus berjiwa seni yang "out of this world" untuk melihat dengan jelas foto-foto yang telah diambil dalam cahaya yang samar-samar ini dengan menggunakan kamera yang begitu canggih. Cuma jurufotonya terlebih canggih dari kamera.... kalau harapkan foto original yang tak di "terang" kan oleh software photo edit, berpinarlah mata nak nampak imej-imej dalam foto-foto tu.. maklumlah.. jurufoto propesyenal..

Enjoy!!

(HAGIA atau AYA SOFIA - Di luar pintu masuk utama)

Ini bahagian dalam, ruangan depan di mana diberitahu tempat / penjuru khatib membaca khutbah. Perhatikan gambar yang berada directly di atas penjuru membaca khutbah itu.


Gambar tersebut yang lebih jelas... setelah di zoom kan..


Kubah ruang tengah yang gambarnya diambil dari bawah....


Gambar di salahsatu tiang besar / penjuru yang memaparkan imej  "angel" (lupa namanya) dalam agama kristian - "malaikat" dalam agama Islam. (Orientasi gambar ini sepatutnya "berdiri")



Dongak jangan tak dongak!


Ini gambar di bahagian atas di salah sebuah pintu keluar dari Hagia Sofia


Tak puas tengok gambar-gambar yang propesyonal ini? Berpinar mata?

Hah.. cuba tengok youtube ini pulak:-






Salam.... Peace....!!!

2 comments:

  1. tq for da info plz visit my blog malaysianoutdoors.blogspot.com dan downtownpd.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. terimakasih Nazrul, nanti kita datang..

    ReplyDelete

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...