Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Friday, 17 February 2012

Pernahkah Anda ditipu semasa membeli belah di Beijing China?

Siapa yang tak kenal dengan Negara China.  Negara yang kedua terbesar di dunia selepas Russia, tersohor dengan tamadun dan sejarahnya yang hebat.  Teruja untuk mendaki tangga di Tembok Besar China menjadi pencetus ke Beijing di tahun 1999, antara negara terawal yang aku kunjungi.

Membeli belah di sana memang kesukaan ramai, terutama yang pandai tawar menawar (tapi tidak bagi aku, kerana tidak ada skill tawar menawar). Aku telah diingatkan oleh pemandu pelancung tentang sikap peniaga yang suka menipu, antaranya;
  • menukar barang yang kita beli dengan barang lain yg rosak atau kualiti lain semasa memasukkan ke dalam bag plastik. Tip: pegang barang yang hendak dibeli dan bayar.
  • wang yang kita bayar dengan cepat disembunyikan atau ditukar dengan nilai yang lebih kecil. Kemudian dia katakan wang itu belum cukup. Tip: bilang wang depan penjual satu persatu, seelok2nya bayar cukup-cukup dengan harga barang.
  • bila membeli buah, baik kita sendiri yang memasukkan ke dalam plastik, kerana peniaga suka memasukkan buah yang tidak elok. Tip: pilih dan masukkan sendiri dalam plastik apa yang hendak dibeli.

Itu kesah 13 tahun yang lalu.  Ingatkan dah berubah,  Tapi bila sepupu aku baru-baru ini berkunjung ke Beijing, dan bercerita yang sama yang dia terkena tipuan cara #2 di atas (wang tidak cukup).

Hai.. teruk sangat perangai mereka!!



No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...