Karen Long Neck Village
Sebelum ke Chiang Mai, saya telah membuat homework pasal penduduk berleher panjang ni. Mesti pergi, bisik hati. Perjalanan ke Karen Long Neck Village mengambil masa kira-kira 2 jam menaiki teksi (sewa RM120 sehari) dari Chiang Mai. Tiket masuk RM50 (kadar pada 2010).
Di situ terdapat pondok-pondok kecil. Yang kelihatan cuma wanita puak Padaung yang menyibukkan diri mereka dengan kerja-kerja tenunan. Ada yang ditemani oleh anak kecil. Mereka berias rapi, tidak ketinggalan lingkaran cincin tembaga yang menutupi leher mereka. Ada juga yang memakai cincin tembaga di lengan dan kaki. Agaknya sudah lali dengan pancaran kamera pelancung, mereka murah memberikan senyuman, sambil mempelawa pelancung membeli hasil kraf yang diperagakan.
Memakai perhiasan leher dari umur 5 atau 6 tahun, wanita dewasa memakai 20 atau lebih gelungan. Gelungan itu tidak dibuka melainkan untuk digantikan dengan yang lebih panjang. Ini dikaitkan dengan identiti budaya mereka sebagai simbul kecantikan, seolah-olah memiliki leher yang panjang. Sebenarnya cincin itu telah menekan dan merubah tulang selangka dan tulang kolar. Bahu menjadi kecil, raut muka menjadi hampir bulat dan kelihatan agak sama. (sekurang-kurangnya mereka tiada masalah dagu berlapis apabila tua..!). 24 gelung cincin hampir sama dengan 12 kilos.
Kaum Pedaung berasal dari Burma. Melarikan diri ke Thailand pada tahun 1900s kerana mencari perlindungan. Berstatus pelarian, dan masih berjuang mengharapkan kebebasan di negara asal mereka.
Apakah pilihan yg mereka ada... adakah mereka akan terus mengekalkan warisan ini sebagai satu kebanggaan identiti mereka... ataupun tiada pilihan lain melainkan terperangkap di penjara zoo manusia untuk tontonan pelancung demi meneruskan kehidupan ...
(Sumber gambar: Google search)
No comments:
Post a Comment