Sesampainya di airport Queenstown hari sudah hampir senja. Mengambil kereta sewa dan memandu ke Te Anau sejauh 170km. Bermalam di Parklands Motel dan sekiranya bercadang untuk menaiki feri di Milford Sound, tiket boleh dibeli di sini. Keesokan paginya meneruskan perjalanan ke Milford Sound yang sejauh 119km. Perlu bertolak awal supaya tidak terlepas pemandangan indah pelangi, takkala matahari mula memancar. Lagi pun perlu mengambil kira masa untuk menyinggah di sepanjang perjalanan, supaya tidak terlepas dengan jadual feri.
Jalan ke MILFORD SOUND adalah salah satu daripada pemacu yang terbaik di dunia. Gunung curam Fiordland itu kadang-kala berlaku runtuhan mengakibatkan penutupan jalan. Antara bulan Mei dan November semasa musim sejuk, semua pelancong perlu membawa rantaian kereta pada setiap masa, yang boleh disewa di mana-mana stesen minyak tempatan di Te Anau.
Maka bermulalah episod perjalanan yang mempesonakan.
Keindahan semulajadi ciptaan tuhan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata....
Te Anau Downs |
Mirror Lake |
Knobs Flat, road to Milford Sound |
Milford Sound |
No comments:
Post a Comment