Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Saturday 20 April 2013

Kari Ikan di Rotorua, New Zealand

Semasa melancong ke New Zealand, Rotorua atau nama samarannya 'Sulfur City" termasuk antara negeri yang ingin dikunjungi.  Jika memandu dari Auckland, akan mengambil masa hampir 3 jam.  Di sini ternyata mempunyai tarikan unik kerana bentuk mukabuminya yang berbeza, banyak terdapat geyser,  kolam lumpur panas dan matair panas serta keunikan perkampungan kaum asli Maori.  Bau 'telur busuk' sulfur menyelubungi disegenap ruang bandarnya.

Berkunjung ke Whakarewarewa Thermal Village.  Menyaksikan kaum peribumi menjalani rutin kehidupan harian di kawasan berwap geothermal.  Mereka memasak menggunapkan wap panas dan mandi manda dalam takungan kolam air mineral semulajadi.



Kanak-kanak menunggu lontaran syiling dari pelancung.  Mereka cekap menyelam walaupun pada musim sejuk.


Seronoknya berendam dan mandi-manda didalam takungan matair



Di Kuirau Park, pelawat boleh rendam kaki mereka di dalam kolam air panas.





Geyser - iaitu pancuran air panas yang keluar dari tanah dan disertai oleh wap.

Menginap di motor lodge unit keluanga yang mempunyai 2 bilik tidur dan kelengkapan dapur.  Tapi agak keterlaluan bila kami ditegur kerana bau kari yang tidak menyenangkan mereka. Kononnya peraturan tidak membenarkan memasak kari dan rempah-rempah dari Asia.  Dari Auckland ke Queenstowns ke Christchurch ke Wellington... takde pula peraturan segala begini..

Perencah kari segera, santan kotak yang dibawa dari Malaysia dengan kepingan ikan salmon dari pasaraya...untuk makan malam....Ramai kawan yang bertanya macamana saya boleh bawa macam-macam segala..walhal New Zealand dan Australia agak ketat larangannya. Malahan sebelum mendarat di pesawat telah diingatkan tidak boleh membawa masuk produk berasaskan haiwan dan tumbuhan, antaranya daging, buah, madu tidak dibenarkan sama sekali.

Bila melalui pemeriksaan kastam, saya akan ikut lorong declare dan tidak sorok-sorok tentang barang yang dibawa.  Bila ditanya sejujurnya menjawab...ada maggi, biscuits, can food such as sardine, tuna, spices, 3 in 1 drinks....  Kalau ada rezeki ya..kalau depa tak lepas pun ambiklah.. dan so far Alhamdulillah...lepas semuanya... Agaknya kalau berjalan dengan anak kecil, depa tak kesah sangat...bila kita cakap makanan untuk anak-anak.

Mussels memanglah murah kat NZ.  Jika dimasak lemak enaklah juga.  Direbus dulu, keluarkan isinya..kemudian dimasak dengan perencah masak lemak..kalau tak percaya cubalah!!!

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...