Bermula dari Koyama... hari ni aktiviti bermula awal pagi kerana kami ingin berada di Hakone (lebihkurang 100km dari Tokyo) seawal mungkin untuk menjelajah kawasan sebelum terbenam matahari jam 5 petang.
Lebih jimat untuk mengambil Hakone Free Pass untuk ke Hakone (menggunakan keretapi laju Romance Car atau rail biasa dari Shinjuku) dan bersiar-siar di Hakone menggunakan semua pengangkutan awam yang tersedia..
Kawasan yang ingin dijelajahi di Hakone....
Pada hari sebelumnya, semasa membeli Hakone Free Pass di Odakyu Travel Desk (stesen Shinjuku), kami terus menempah keretapi Romancer Car limited express (kerana ianya terhad) untuk sampai lebih cepat ke Hakone berbanding dengan rail biasa. (harga tiket Romance car ini telah termasuk dalam harga Hakone Free Pass)
Sampai di stesen Hakone-Yumoto
Keluar stesen Hakone-Yumoto untuk menaiki bas ke Ashi Lake...
Sebelum itu, round kawasan sekitar stesen dulu..
Hakone Tozan Bus ke Lake Ashi..
Sepatutnya turun di stesen Motohakone-ko untuk menaiki feri.. tetapi terlalut hingga ke stesen penghujung Tozan Bus, stesen Hakone Machi-ko. Ada juga feri di sini, tetapi tambangnya tidak termasuk dalam Hakone Free Pass..
Round kawasan dulu sementara menunggu bas untuk berpatah balik ke stesen Motohakone-ko..
Stesen Motohakone-ko.. setelah berpatah balik dengan bas..
Tidak berpeluang menaiki feri ini pada tahun 2001 dulu akibat angin kencang...
Cari sarapan pagi dulu sebelum menaiki feri Lake Ashi..
(7-11 Hakone) |
Dah beli breakfast.. makan di tepi tasik...
si peminat kucing berkongsi sarapan.. |
Jeti Lake Ashi cruise...
Dalam pelayaran dari Motohakone-ko ke Togendai-ko..
Perkhidmatan ropeway dari Ubako ke Owakudani dan seterusnya ke Sounzan ditutup sementara waktu apabila pihak berkuasa mengesan kegiatan seismik/gunung berapi. Bas disediakan dari Ubako terus ke Sounzan..
Di Sounzan..
Sampai ke bawah, naik local rail/tren untuk ke stesen Hakone-Yumoto..
Ada lagi kawasan menarik untuk bersiar sebelum sampai ke stesen Hakone-Yumoto, tetapi kami tidak berhenti oleh kerana hari dah hampir gelap..
Sampai di stesen Hakone-Yumoto, naik tren biasa (bukan express Romance Car) untuk ke Shinjuku, Tokyo.. (seat keretapi tu hangat... ada pemanas.. selesa duduk musim sejuk begini)
Dari Shinjuku, balik ke Koyama, sempat lagi ke restoran sushi yang sama, untuk dinner. Kami di antara pelanggan terakhir yang dined in malam itu...