Kami ke Kuantan dulu pada Sabtu petang kerana dah lama tidak mengunjungi ikan bakar di Tanjung Lumpur. Malam itu tidur di Kuantan di salah sebuah homestay berdekatan dengan pusat bandar Kuantan.
Esok harinya selepas sarapan pagi, kami terus ke Sungai Lembing, tidak sampai 50km jauhnya dari Kuantan. Sebelum sampai ke pekan Sungai Lembing, kami singgah di Kedai Makan Wan Masturah yang diwar-warkan tentang keenakan mee jawa dan mee bandungnya.
Ada satu lagi gerai mee jawa yang disebut-sebut di sini, iaitu Kedai Pak Yeh yang masuk ke dalam kampung sedikit. Kami tak sempat untuk ke kedai Pak yeh, dengan melalui jalan belok masuk ke kanan, jalan bersebelahan Kedai Wan Masturah yang tampak dalam foto di bawah ini.
Pesanan makanan hari tu ambil masa sikit... sementara menunggu makanan sampai di meja, kami meniti jambatan gantung yang ada di kawasan belakang kedai..
Selepas makan mee jawa, kami contact Zul yang tolong tempahkan homestay di Sg Lembing. Asalnya ingat nak stay kat Kuantan saja sebab kebanyakan homestay yang di google sudah ditempah. Kebetulan terjumpa nombor En. Zulkifli di sini.. Sekiranya anda ingin ke Sg Lembing dan merancang aktiviti percutian di sana termasuklah akviti seperti lawatan ke tempat-tempat tarikan, camping, mengail, off-road dan lain-lain bolehlah berhubung dengan En. Zul.
Setelah siap urusan masuk di Sg. Lembing Panorama View kami ke Muzium Sungai Lembing, yang terletak tidak jauh dengan homestay. Tunjukkan mykad untuk mendapat tiket berharga lebih murah.
Foto-foto bahagian dalam muzium..
Peralatan pejabat lombong bijih sewaktu beroperasi dulu..
Bilik bungalow tempat tinggal pengurus lombong british...
Foto-foto di sekitar luaran muzium.. dikelilingi pemandangan hijau yang menyenangkan mata memandang..
Selepas lawatan muzium, kami ke lombong timah bawah tanah pula, yang kawasannya terletak tidak jauh dengan kawasan muzium...
Seperti biasa, harga tiket masuk dengan menunjukkan mykad adalah separuh harga berbanding dengan tiket masuk warga asing..
Kawasan dalam lombong lebih nyaman dan sejuk daripada di luar yang cuacanya pada masa itu panas terik. Ada sebahagian kawasan dalam lombong di mana angin luar masuk semulajadi melalui terowong atas menjadikan kawasan itu bagaikan dalam bilik ber air-cond.
Terowong masuk ke dalam lombong....
Cerita lagenda lubang sejuta ringgit di mana pelombong-pelombong melombong bijih secara haram apabila operasi lombong dihentikan dahulu...
Lain-lain aktiviti pada hari tersebut adalah meniti jambatan gantung. Terdapat sekurang-kurangnya 5 jambatan gantung di kawasan Sungai Lembing. Kami mencari jambatan gantung tertua di sini, iaitu Jambatan Gantung Kolong Pahat, tetapi hanya keesokannya harinya baru berkesempatan untuk ke sana.
Ini ialah jambatan gantung yang terpanjang di sini. Tak ramai pengunjung kerana kedudukannya yang off road sedikit.. nampaknya ia juga digunakan untuk laluan motosikal
Jambatan gantung Kolong Pahat...
Foto-foto keesokan harinya di pekan Sg Lembing.. Pohon kayu besar, deretan rumah kedai kayu lama adalah landmarknya. Kawasan di sini selalu ditenggelami air semasa banjir
Dalam perjalanan, jumpa kedai mee jawa Pak Yeh (tak singgah) dan memandu di jalan-jalan sempit (tar selorong) dalam kawasan kampung orang asli, sehinggalah habis jalan tar... kesian Odyssey meredah 'off-road'
Bila sampai. ladang rusa pula dah ditutup... pintu ladang tutup nampak macam telah ditinggalkan... 6km lebih jalan tidak bertar terasa mcm lebih 20km memandu sebelum jumpa balik jalan bertar...
Entri selepas ini... mendaki Bukit Panorama..