Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Tuesday, 23 May 2017

Perbelanjaan Percutian Swiss-Italy (Dec 2016)

Secara puratanya, kos percutian adalah lebihkurang RM8,100 seorang meliputi kos-kos tiket penerbangan, ground transport, penginapan, tiket-tiket masuk tempat tarikan pelancongan, cukai penginapan dan travel insurance di sepanjang percutian selama 21 hari di Switzerland (12 hari) dan Italy (9 hari). Kos ini dikira pada kadar tukaran wang asing (pada waktu itu) seperti berikut:-
1CHF = RM4.1320 (Swiss)
1 EUR = RM4.5220 (Italy)
1 USD = RM 4.0380 (Penembahan tiket penerbangan dan hotel penginapan)

Tiket Penerbangan

Kami menempah tiket penerbangan secara online dari laman tempahan kelab percutian kami, yang memberikan tawaran paling murah berbanding dengan yang lain.

Kami menempah Emirates, perjalanan multicity iaitu dari KLIA ke Zurich (sehala) dan kembali ke Malaysia dari Rome ke KLIA (sehala) dengan harga tiket berjumlah RM2,778 seorang. Perjalanan 'multi-city' adalah mahal sedikit sekiranya dibandingkan perjalanan return i.e. KLIA-Rome-KLIA yang berharga lebihkurang RM2,300 seorang (kalau KLIA-Zurich-KLIA harganya lebihkurang RM2,600 seorang)

Kos tiket pernerbangan selalunya merupakan komponen kos terbesar dalam kiraan kos percutian yang mana untuk percutian ini kos tiket penerbangan adalah hampir 35% dari jumlah kos keseluruhan.


Ground transport

Kos ground transportation untuk kesemua 4 orang selama percutian di Switzerland (12 hari) menelan belanja lebih RM7ribu berbanding dengan jumlah kos di Italy (9 hari) yang berjumlah lebih sedikit dari RM2 ribu.

Sepatutnya pembelian Swiss Family Travel Pass boleh didapati dengan harga yang lebih murah dengan membeli pass 15 hari. Pada mulanya kami merancang untuk bercuti lebih panjang di Italy lalu membeli Swiss pass 8 hari sahaja. Apabila kami merubah rancangan percutian untuk bercuti lebih lama di Switzerland, kami terpaksa membeli tambah Swiss pass 3 hari lagi. Pembelian dua pass 8 + 3 hari ini sebenarnya lebih mahal berbanding dengan pembelian satu pass 15 hari.


Penginapan

Jumlah kos penginapan adalah di Switzerland adalah lebihsedikit RM4,700 yang meliputi 2 malam penginapan di hotel business airport Movenpick Zurich (bilik famili) dan 9 malam penginapan di apartment serba lengkap di Spiez.

Berikut adalah harga-harga tawaran online yang kami dapati semasa hendak memilih hotel Movenpick Zurich :-

Tawaran dari                                     Harga tawaran (USD)

Kelab percutian                                           277.90
AGODA                                                      428.57
Booking.com                                               418.00 (tidak termasuk tax)
Hotel.com                                                    437.91
Hotelsclick                                                   447.00

Carian-carian di laman-laman HotelsByMe, BetterHotelDeals, BookMe, Trivago dan SkyScanner memberikan tawaran yang diberikan oleh Hotelsclick dan Hotels.com sementara tiada tawaran dari EXPEDIA (sold out) dan Venere (not available)

Kami memilih tawaran dari Airbnb untuk penginapan serba lengkap di Spiez kerana kami perlu kepada penginapan homestay untuk memasak dan membasuh pakaian.

Penginapan di Italy pula melibatkan penginapan hotel (di Milan, Florence dan Rome) dan apartment serba lengkap di La Spezia. Kesemua penginapan hotel ditempah melalui kelab kami yang merupakan penginapan bilik keluarga hotel bajet (2/3 stars). Kami juga membuat carian di laman tempahan online lain untuk penempahan hotel-hotel ini tetapi tidak satu pun dapat memberikan tawaran lebih menarik dari yang ditawarkan oleh kelab kami. Untuk penginapan di Milan, kami tidak perlu membayar apa-apa kerana ianya dibayar oleh "rovia bucks" iaitu wang ganjaran terkumpul kami yang diberikan oleh kelab kami apabila menempah penginapan/penerbangan sebelumnya ini.

Kami memilih airbnb sekali lagi untuk penginapan serba lengkap di La Spezia.

Jumlah penginapan 9 malam di Italy (Milan 2 mlm, La Spezia 4 mlm, Florence 1 mlm dan Rome 2 mlm) memakan belanja lebihkurang RM3,100.


Entrance tickets

Di Switzerland kami mengunjungi Stockhorn mountain (RM400+), Jungfrajoch (RM1,700+), dan Mount Titlis (RM650+), iaitu perbelanjaan tiket masuk lebihkurang RM2,800 untuk 3 org dewasa dan 1 kanak-kanak.

Sementara di Italy kami mengunjungi mengunjungi Time Elevator Rome dan Colloseo (tak sampai RM500 untuk kedua-dua tempat). Leaning tower of Pisa, Lucca, Cinque Terre, Portovenere dan Vatican City, samada ianya masuk percuma ataupun kami tidak memilih untuk memasukki kawasan bertiket.

Lain-lain perbelanjaan adalah membayar cukai penginapan semasa menginap di apartment airbnb, insuran bagi keseluruhan perjalanan dan lain-lain. Cukai penginapan di Spiez adalah CHF2.5/sehari/ seorang, manakala di Italy kadarnya berbeza mengikut tempat antara Euro 2 hingga 5/sehari/seorang. Kanak-kanak dikecualikan cukai.

Berikut adalah jadual perbelanjaan dan itinerari sebenar percutian kami:-



Perbelanjaan di Switzerland lebihkurang 3 kali ganda lebih mahal berbanding dengan perbelanjaan di Italy.  Walaupun kos di Switzerland agak mahal, tapi tentang makan kebanyakkannya kami masak sendiri.

Jika dua ekor ayam mentah halal harganya CHF20 lebih, masih lagi murah jika dibandingkan dengan makan di restoran. Kami tidak berpeluang untuk merasa "cheese fondue" makanan tempatan. Di apartment Spiez, ada disediakan peralatan untuk memasak tapi kami yang tidak tahu cara menggunanya.

Tidak ada masalah untuk membawa masuk makanan (paket paste/perencah) untuk memasak semasa sampai di airport Zurich.

Fridge magnet agak mahal di Switzerland, iaitu sekitar CHF7.50 sekeping.  Di Rome pula ianya boleh didapati dengan harga Euro 1-3 sekeping.

Kelab percutian kami memang membantu kami untuk menjimatkan kos percutian dengan menawarkan harga yang paling murah (dijamin dengan polisi Price Pledge dan Rate Shrinker) berbanding dengan tawaran dari laman tempahan atas talian yang lain. Selain daripada itu, kami juga akan menerima 'komisen/ganjaran' selepas bercuti nanti kerana menempah tiket-tiket penerbangan dan penginapan dari laman tempahan kelab kami. Ganjaran ini bolehlah kami gunakan untuk 'offset' sebahagian dari kos percutian kami yang akan datang.


Price Pledge
 
Tawaran yang termurah, jika tidak, kami bayar balik 150% dari jumlah perbezaan.



Rate Shrinker

Harga yang anda tempah kekal dari tarikh anda menempah hingga ke tarikh anda menggunakannya. Jika ada yang lebih murah dalam tempoh itu, kami akan menempahkannya kembali secara automatik dan memulangkan wang perbezaannya.



No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...