Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Wednesday, 17 May 2017

Italy - Hari Akhir Percutian Switzerland-Italy (Coloseum, Rome)

Hari akhir percutian Switzerland-Italy kami adalah pada 24 Disember 2016, sehari sebelum sambutan Krismas. Penerbangan pulang kami dijadualkan pada jam 8.45 malam dan kami perlu check out dari hotel waktu tengahari.

Kami check out pagi selepas sarapan tetapi kami tinggalkan bagasi di bilik simpanan hotel (tidak dikenakan charge) dan meminta pihak hotel memesan sebuah teksi untuk kami ke airport. Harga tambang teksi hanya sedikit saja lebih mahal dari harga tiket keretapi untuk kami berempat. Mengambilkira kesenangan mengheret dan mengangkut bagasi, adalah lebih berbaloi untuk kami mengambil teksi. 

Pagi hari selepas sarapan pagi kami mengambil subway ke Coloseum. Dari stesen Roma Termini ke stesen Colosseo, perjalanan metro subway hanya mengambil masa lebihkurang 10 minit dan Coloseum terletak just across stesen Colosseo.

Kami tidak booking tiket masuk lebih awal (untuk tidak perlu beratur membeli tiket, kalau book lebih awal) sebab waktu itu bukan waktu puncak dan beratur membeli tiket pun tidak lama (banyak kaunter-kaunter tiket dibuka) dan harganya sama sahaja berbanding dengan harga yang dibeli secara booking awal.

Ramai yang menawarkan khidmat pemandu pelancong (tour guide) di luar Coloseum tetapi kami memilih untuk 'melancong' sendiri.

Untuk lawatan...


Asalnya, tidak semua mahu masuk Colosseum sebab tinggalan empayar Rome ini pernah diziarahi sewaktu melancong ke Turki dulu. Alih-alih, tak kan nak minum kopi berjam-jam kat luar, lalu semuanya beli tiket masuk.



Bila melihat sendiri gelanggang yang kini menjadi tinggalan utama sejarah kota Rome, yang terbayang dikepala ialah aksi gladiator, atau pertarungan antara tahanan dan binatang.  Suatu ketika dulu ia mampu diduduki oleh 50,000 penonton, dan digunakan hampir 500 dalam pertandingan.

Bahagian dalam Colosseum, pandangan dari atas...




Pandangan ke arah luar Colosseum...




Pandangan dari sisi luar Colosseum..



Berjalan dari Colosseum untuk masuk pula ke kawasan archeological site...



Keluar dari kawasan bertiket Colosseum.. mencari restoran halal untuk makan tengahari. Jumpa restoran segera 'Halal' berdekatan yang diusahakan oleh orang Bangladesh.



Dalam perjalanan jalan kaki balik semula ke hotel...


Lewat petang 24 December 2017, menaiki teksi ke airport Fiumicino (FCO) untuk penerbangan pulang ke Malaysia menerusi Dubai (DXB)




No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...