Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Tuesday, 13 March 2018

Mekah - Feb 2018

Umrah Ziarah Part 4

Lepas Jumaat di Masjid Nabawi, bersiap-siap meninggalkan kota Madinah dengan pakaian ihram menuju ke Bir Ali. Tidak turun ke masjid kerana hari pun telah lewat dan keadaan pun agak sesak di Masjid Bir Ali. Pasang niat di dalam bas kemudian terus ke Wadi Qudaid untuk makan malam dan menunaikan solat maghrib serta isya secara jamak. 

 

Wadi Qudaid ini mempunyai kisahnya tersendiri mengenai mukjizat Rasulullah S.A.W. dan seorang wanita bernama Ummu Ma'abad. Baca kisahnya di SINI.

Tujuan bertolak petang dari Madinah kerana apabila sampai di Kota Mekah (hampir tengah malam), waktu isya' sudah lama berlalu membolehkan bas memasuki jalan ke depan hotel penginapan. Selalunya pada waktu-waktu solat, beberapa jalanraya disekitar Masjidil Haram akan ditutup kepada laluan kenderaan.

Selama di Kota Mekah, kami menginap di Hotel Haneen Al Firdous. Dekat untuk berjalan kaki ulang-alik ke masjid.


Pakej bilik berdua, ada 3 katil. Ruang bilik agak terhad.


Penginapan dan makan minum adalah lebih selesa dan enak di Madinah berbanding dengan di Mekah. Ianya, bagi kami, adalah sama juga perbandingan keadaannya antara Madinah dan Mekah sewaktu umrah pertama 2001 dan Haji 2004 dulu.



Pemandangan sewaktu matahari terbenam di bahagian hadapan hotel.



Ini pula pemandangan dari tingkap bilik hotel kami ke arah Masjidil Haram


Ibadah umrah selesai lebihkurang jam 2 pagi hari itu. Setelah meletakkan beg-beg di hotel, kami terus ke masjid untuk tawaf.


Selesai tawaf tujuh pusingan, kami  bersae'i di antara Safa dan Marwah. Selesai bersae'i, sebahagian daripada kami terus bertahallul dengan bergunting manakala sebahagian lagi ke kedai gunting untuk bercukur. Maka dibolehkan keluar dari pantang-larang ihram dan selesailah ibadah umrah.



Satu pendapat/saranan yang agak popular semasa mengerjakan umrah adalah, katanya "mengerjakan umrah sebanyak 7 kali adalah sama pahalanya dengan mengerjakan haji".  Sekiranya ini menarik minat, disarankan supaya dapatkan maklumat yang sahih mengenai perkara ini. Tanyalah pada yang berilmu, buatlah research sebelum sampai ke Tanah Suci. Kemudian lakukan apa yang berkenan dihati. Antara video youtube mengenai perkara ini boleh ditonton di SINI.

Dan yang ini pula menulis tentang "Amalan Yang Lebih Utama semasa di Mekah".

"Melihat kaabah dapat pahala" (KLIK DI SINI).. Sebahagian dari gambar-gambar Ka'abah yang kami ambil. 

 

Waktu ini, kerja-kerja pembinaan sedang dilakukan di sebahagian kawasan dataran tawaf Ka'abah menjadikan kawasan tawaf lebih terhad. Hanya jemaah yang berpakaian ihram sahaja dibenarkan masuk melalui Pintu 88/89 untuk ke dataran Ka'abah ini.  Kerja pembinaan ini dijangka siap menjelang musim haji pada bulan Ogos. 

TIPS - setelah masuk ke kawasan dataran Ka'abah (dengan pakaian ihram), selesaikan semua urusan tawaf dahulu, (seperti tawaf sunat, kemudian hendak disusuli dengan tawaf wada) sebelum keluar dari kawasan dataran Ka'abah. Sekiranya tidak, kita perlu keluar semula dari masjid dan masuk kembali melalui Pintu 88/89 kerana itulah satu-satu pintu masuk ke kawasan Ka'abah buat masa ini (semasa kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan).



Sebelum meninggalkan Kota Mekah, kami bertawaf sunat sebelum mengerjakan solat zohor dan kemudiannya kami ingin susuli dengan tawaf wada'. Sepatutnya kami timing tawaf sunat supaya selesai dengan masuknya waktu zohor. Dapatlah terus bersolat zohor di kawasan Ka'abah dan kemudiannya melakukan tawaf wada'. Tetapi kami selesai tawaf sunat jauh sebelum waktu zohor masuk. Kami solat zohor dalam kawasan masjid, tetapi puas kami me-round kawasan masjid untuk masuk kembali ke dataran Ka'abah. Semua jalan telah disekat. Maka terpaksalah kami keluar masjid dahulu, kemudian masuk balik melalui Pintu 88/89 (sebelah pintu no.1) untuk ke dataran Ka'abah bagi menyempurnakan tawaf wada'. 

Kawasan dataran Ka'abah yang sedang di dalam proses pembinaan..




Agak susah mencari ruang berdepan dengan kaabah walaupun di tingkat satu.  Di sebelah sana, banyak kubah-kubah kecil yang menghalang pemandangan.


Semasa tawaf..
(menginsut menunaikan tawaf)
Kalau dahulu (tahun 2001 dan 2004), adalah dilarang langsung mengambil gambar-gambar Ka'abah. Setiap jemaah yang membawa beg masuk ke masjid, akan diperiksa. Jika terjumpa kamera (masa itu telefon bimbit masih belum ada/masih belum digunakan dengan meluas, apalagi camera-phone), jemaah tidak dibenarkan masuk atau mungkin saja kamera itu dirampas. Zaman sekarang, ramai juga 'berselfie' di depan Ka'abah.


Bersolat di kawasan roof-top..




Foto sekitar masjid..



 









Sekitar perjalanan ulang-alik ke masjid..







Banyak kedai makan/restoran menyediakan makanan percuma bagi jemaah yang memerlukan. Makanan ini ditaja oleh jemaah-jemaah lain yang ingin menyumbang dengan memberikan wang tunai kepada tuan punya kedai yang kemudiannya akan menyediakan bungkusan-bungkusan makanan percuma bagi jemaah-jemaah yang memerlukannya.

(Beratur untuk mendapatkan bungkusan makanan percuma dari restoran)

 

Pakej Umrah-Ziarah BaitulMaqdis ini menyediakan ibadah umrah sebanyak 3 kali. 

Umrah pertama diniatkan untuk diri sendiri (berniat ihram di Bir Ali semasa meninggalkan kota Madinah menuju Kota Mekah)

Umrah kedua diniatkan umrah badal buat mereka yang telah tiada (arwah ibu) dan Umrah ketiga juga diniatkan badal buat arwah (bapa) di mana niat ihramnya boleh dilakukan di luar tanah Haram iaitu samada di Masjid Siti Aisyah di Tana'im (paling dekat dengan Masjidil haram) ataupun di Masjid Ja'aranah dan juga di Hudaibiyah.

Umrah badal juga boleh diniatkan kepada mana-mana arwah di mana ada juga mutawif-mutawif (sambil membimbing jemaah umrahnya), sama-sama mengerjakan ibadah umrah (badal) yang diniatkan kepada arwah-arwah berwakilkan kepada mutawif-mutawif. Sesiapa yang tidak ke tanah Suci, bolehlah menghubungi mutawif-mutawif yang sedia menunaikan umrah badal ini bagi pihaknya dengan sedikit ganjaran. Ganjaran itu perlulah meliputi kos membayar dam (selalunya nilai semasa seekor kambing, sekitar Saudi Riyal 450 waktu ini) takut-takut mutawif terlanggar pantang-larang ihram dan perlu membayar dam. Senang cerita, upah mutawif melakukan badal umrah untuk pihak kita (diniatkan kepada arwah), walaupun kita tidak ke Tanah Suci waktu itu. Mutawif-mutawif sering ke Tanah Suci (kerana tugasan mereka) dan selalunya akan menunaikan umrah bersama-sama jemaah yang mereka pimpin. Jadi mutawif-mutawif akan melakukan banyak kali umrah sepanjang tahun. 


Masjid Siti Aisyah, Tana'im. Ustaz mutawif kami ada memberitahu bahawa, bila berniat ihram di masjid ini, jangan lakukannya di sekitar/berdekatan/dalam kawasan mimbar masjid kerana kawasan mimbar masjid Siti Aisyah ini telah termasuk ke dalam sempadan Tanah Haram. (niat ihram hendaklah di luar sempadan Tanah Haram).






Satu lagi yang agak popular dilakukan adalah mewakafkan naskah Al Qur'an untuk diletakkan di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Menurut ustaz mutawif kami, hanya naskah Al Qur'an yang dikeluarkan di kilang Madinah dan mempunyai cop, yang dibenarkan diletakkan (wakaf) di masjid-masjid.  Petugas-petugas masjid akan mengeluarkan naskah Al Qur'an yang didapati bukan dari kilang Madinah. Dan setiap musim, petugas-petugas akan menggantikan naskah Al Qur'an di masjid-masjid ini untuk diedarkan kepada masjid-masjid lain bagi memberi ruang naskah baru diwakafkan kepada Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.


Locker (berbayar) juga ada disediakan bagi kemudahan jemaah menyimpan beg-beg. Tidak perlu membawa beg-beg masuk ke dalam masjid untuk bersolat, tawaf dan sebagainya. 


Berikut adalag foto-foto antara ziarah yang kami sertai semasa berada di Mekah.

Ziarah Jabal Rahmah



Ziarah Jabal Thur




Ziarah Jabal Nur dan Gua Hira

Kami mendaki Jabal Nur untuk ke Gua Hira' pada sebelah malam. Semasa mendaki, sediakan wang kecil SAR1, maupun RM, jika mahu disedekahkan kepada orang-orang (pakistan? etc) yang nampaknya duduk di sepanjang laluan 'meminta sedekah', katanya, dia tolong membersihkan kawasan, membuat tangga etc bagi kemudahan pendaki-pendaki ke Gua Hira'.

(Jabal Nur dari bas diwaktu siang)
Kawasan di kaki bukit yang boleh dihampiri dengan kenderaan..






Dari sini mula berjalan kaki untuk mendaki ...




Pemandangan dari atas Jabal Nur..





Mendaki ke puncak Jabal Nur..




Di kawasan puncak Jabal Nur..


Menuruni sedikit puncak Jabal Nur untuk ke lokasi Gua Hira', 




Laluan yang sempit.. hanya muat laluan untuk seorang sahaja dan perlu menjangkau sebelah kaki untuk melepasi laluan sempit itu. Terpaksa bergilir-gilir seorang demi seorang untuk keluar-masuk melepasi ruangan sempit ini..



Melepasi laluan sempit...


 

Hampir jam 2 pagi, barulah kami semua tiba kembali di hotel penginapan selepas mendaki Jabal Nur yang bermula sebelum tengah malam.

Setelah enam hari berada di Kota Mekah, maka tibalah masanya untuk kembali ke tanahair. Selepas selesai tawaf wada, rombongan bersiap-siap untuk meninggalkan Kota Mekah. Di sebelah petang kami menuju ke lapangan terbang King Abdul Aziz, Jeddah untuk menaiki pesawat Royal Jordan RJ711 ke Amman sebelum bertukar pesawat di Amman untuk terbang ke KLIA dengan singgah sebentar di Bangkok.






Transit lebih kurang sejam di Queen Alia airport, Amman sebelum menaiki pesawat RJ180 ke Bangkok dan seterusnya ke KLIA.


Mendarat lebihkurang jam 7:30pm di KLIA pada 16 Februari 2018. Grup foto di ruang bagasi sebelum berpisah..



3 comments:

  1. mohd yassri bin mohd isa18 March 2019 at 11:53

    Assalamualaikum U1,

    nak tanya,
    1. Berapa jarak dan masa dari hotel firdous ke kaabah
    2. Puan naik jabal nur sampai atas, masa berapa lama
    3. Puan ambil pakej ke baitulmaqdis pergi melawat tempat apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam

      1. Berjalan kaki rasanya dalam 800 meter untuk sampai ke Ka'abah
      2. Kami naik kereta/jeep hingga rapat di kaki bukit, kemudian mendaki anak tangga hingga ke puncak..adalah lebihkurang dalam 40 hingga 60 minit juga mendaki
      3. Pakej ni pakej Umrah-Baitulmaqdis. Kami ke Jordan untuk memasukki Palestine melalui sempadan Jordan. Tempat-tempat dilawati lebihkurang seperti yang kami catatkan di sini -> https://homestayu1.blogspot.com/2018/02/jerusalem-palestine-feb-2018.html sebelum kembali semula ke Jordan untuk meneruskan umrah di Madinah/Mekah.

      Delete
  2. mohd yassri bin mohd isa19 March 2019 at 09:43

    Tq puan

    ReplyDelete

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...