We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Friday, 15 December 2017

Taman Saujana Hijau Presint 11, Putrajaya

Taman Saujana Hijau Presint 11, Putrajaya

Pada suatu hari minggu (sebaik saja kembali dari percutian Eropah Utara), kami berkunjung ke Taman Saujana Hijau, yang merupakan sebuah taman yang yang cantik dan seronok untuk beriadah. Ianya seluas 47 ekar, lokasi tanah tinggi di mana kebanyakan mercu tanda Putrajaya dapat dilihat dari sini.


Klik di sini untuk maklumat lanjut. Masuk adalah percuma dari jam 7 pagi hingga 7 petang setiap hari (termasuk cuti umum). Ianya juga boleh disewa kawasan tapak (mengikut jam), food-truck (sewaan seharian) dan juga khidmat untuk tujuan penggambaran dan fotografi bagi keseluruhan taman. Lawati lamannya, telefon 03 8887 7770 atau emel botani@ppj.gov.my untuk berhubung dengan pihak pengurusan taman.

Taman ini dibahagikan kepada 3 zon iaitu; Bustan Eropah, Bustan Oriental dan Bustan Inggeris (Bustan bermaksud taman atau garden)

Pertama kali datang ke sini, meninjau kawasan sambil beriadah, exercise berjalan keliling taman sambil berposing, sambil menunggu geng sampai membawa barang-barang berkelah.













Satu pusingan berjalan kaki di satu laluan tu, adalah dalam 7,000 langkah kaki. Nyaman di sini beriadah pagi-pagi hari, sebelum matahari mula panas.


Geng berkelah sudah sampai, ambil spot yang agak teduh untuk mula bersarapan pagi.. Enak menjamu selera.. tapi AWAS ya.. jangan tinggalkan apa-apa walau secebis sampah pun..





Salah satu video you tube yang ada menggambarkan Taman Saujana Hijau ini..



PUISI UNTUK KITA SEMUA

Kita..

adalah..

Warga setengah tua

Sisa-sisa pesona masih ada

Dibalut keriput yg mulai ketara

Senyum indah masih tersisa

Canda ceria juga masih ada

Muzik-muzik lama jadi teman setia


Dulu belajar bersama-sama

Namun jalan hidup berbeda-beda


Menjelang tua,

Whatsapp mempertemukan kita

Sambil mengenang masa muda yang pernah ada

Mari kita nikmati masa ini bersama-sama

Sebelum satu demi satu kita tiada

Sebelum yg nyata ini menjadi fana


Terima kasih sahabatku di masa muda

Terima kasih sahabatku di masa sekarang

Yang saling memaafkan  dan mengerti erti persahabatan di usia senja

Semoga tetap sehat,


Sejahtera dan bahagia di mana pun kita berada





No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...