Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Saturday 23 December 2017

Diy, Craft and Recycle 8.. Rag Rug

Menjelma T-shirt terpakai kepada alas kaki..

Timbunan t-shirt lama yang tak dipakai, semakin lama semakin menyempitkan ruang almari.  Maka terdetik di hati untuk google apa yang bermanfaat untuk dihasilkan.  Bermula dari situ satu demi satu "crochet rag rug" yang saya hasilkan.. dah seronok pula..  dapat membuat sesuatu dari bahan yang terpakai.

Cangkuk pengait yang digunakan bersaiz 12mm.  T-shirt di potong selebar 1.5inci dengan seberapa panjang yang boleh.  Untuk menyambungnya, saya menjahit dua bahagian hujungnya, kerana bila membuat simpulan akan nampak menonjol dan tidak kemas.   Lebaran kain itu kemudian digulung membentuk bebola.  Dah siap membuat seberapa banyak bebola kain barulah proses mengait bermula.

Ini adalah beberapa rag rug @ alas kaki daripada t-shirt lama, kain sarung batik, baru kurung dan kain langsir terpakai...

cangkuk pengait saiz 12mm

Bila dah ada banyak bebola, baru saya mula mengait..  yang ini membentuk rug berbentuk bujur



Ini pula lebar dari kain langsir terpakai yang sebahagiannya telah terkoyak..





Erin Halvorsen banyak menghasilkan video yang menjadi rujukan saya, antaranya... crochet oval rag rug tutorial for beginners part 1 Erin Halvorsen



No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...