Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Sunday, 30 December 2018

Alor Setar, Kedah - Disember 2018

Dari Gunung Jerai, kami ke Alor Setar untuk menginap semalam sebelum bertolak ke Thailand keesokan harinya.

Alor Setar lebihkurang 50km jauh dari Gunung Jerai mengikut jalanraya negeri. Sekiranya mengambil lebuhraya, ianya lebih pantas tetapi lebih jauh sedikit (60km). Kami mengambil jalanraya negeri untuk menikmati lebih banyak suasana pemandangan kampung.

Mula memasukki Alor Setar dan mengambil maklum tempat-tempat untuk dilawati disekitarnya.


Kompleks Rumah Kelahiran Dr Mahathir adalah tempat pertama kami tuju setelah sampai di Alor Setar, tetapi kompleks itu ditutup untuk kerja-kerja pengubahsuaian. Jadi kami meninjau dari sebelah luar saja.



Di sebelah petangnya kami ke Mural Dr M, lukisan dinding di bangunan biasa.


Berdekatan mural Dr M itu adalah Masjid Nagore, salah sebuah masjid yang terawal di Alor Setar, di bina 137 tahun dahulu (tahun 1881).


Pemandangan di kawasan berhampiran masjid negeri (Masjid Zahid) dan wisma negeri..


Wisma Negeri, nadi pentadbiran negeri Kedah pada suatu ketika dahulu yang kini kebanyakan pejabat-pejabat pentadbiran penting telahpun dipindahkan ke Wisma Darul Aman.


Di situ juga terletaknya Balai Besar Alor Setar, di bina pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II (1710 – 1778). Dua sultan kedah pernah ditabalkan secara rasmi di sini, iaitu Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah ke-22 (1804-1845) dan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Kedah ke-27 (1958-2017).


Pancuran Medan bandar Alor Setar.


Pintu Gerbang Istana Kota Tengah, adalah sebuah replika yang dibina di sini setelah gerbang asalnya telah dirobohkan pada tahun 1960 untuk membina Wisma Negeri.



Menara Alor Setar, pemadangan di waktu malam.

 

Masjid Negeri, Masjid Zahir, dikatakan masjid keempat tercantik didunia kata orang Kedah.




Pemandangannya di waktu malam.



 



Homestay Zaiton Alor Star, tempat kami menginap semalam hari itu, sebelum bertolak ke Thailand. Pemiliknya peramah. Homestaynya kemas dan rapi. Lokasi yang sesuai bila hendak menjelajah bandar Alor Setar.


Bermalam di Alor Setar kerana ingin memulakan perjalanan seawal mungkin untuk memasuki Thailand, khuatir keadaan sesak di pusat imigresen Wang Kelian di musim-musim cuti sekolah. 


No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...