Kashmir oh Kashmir...
Hasrat kami untuk ke Kashmir pertama kali dulu adalah pada tahun 2015, tetapi kami terpaksa mengubah perancangan dengan membatalkan hasrat ke Kashmir oleh kerana ia baru sahaja dilanda banjir besar ketika itu.
Hasrat kami untuk ke Kashmir pertama kali dulu adalah pada tahun 2015, tetapi kami terpaksa mengubah perancangan dengan membatalkan hasrat ke Kashmir oleh kerana ia baru sahaja dilanda banjir besar ketika itu.
Tahun ini pada mulanya kami berhasrat untuk ke tempat lain tetapi ada yang mengajak kami untuk ke Kashmir. So okaylah. Kami tetapkan perancangan hanya untuk ke Kashmir melalui Delhi. Beli tiket penerbangan se awal Januari dan kemudian membuat visa India.
Kini visa boleh dipohon secara online (e-visa) atau cara biasa (visa sticker) dengan memohonnya di India Visa Centre (IVS). Kami memilih untuk memohon visa di IVS (ada caj "value-added" RM30 berbanding dengan permohonan secara online). Harga visa samada secara online atau biasa adalah sama. Cop 10-jari akan di buat di kaunter imigresen di lapangan terbang sejurus tiba di India sekiranya anda memilih e-visa.
Empat hari sebelum tarikh berlepas, Wisma Putra mengeluarkan kenyataan media di bawah. Adus!! Kami memang mengikuti perkembangan di Kashmir sebelum kenyataan media Wisma Putra ini dengan harapan agar isu di Kashmir dapat diredakan supaya kami dapat meneruskan rancangan percutian kami di Kashmir.
Agen pelancongan kami di Delhi memberitahu yang pelancong masih juga pergi ke Kashmir dan keadaan di sana, di kawasan perlancongan tidaklah terjejas sangat. Don't worry katanya.
Kami menghubungi pihak kedutaan Malaysia di Delhi, yang menasihati kami supaya menangguh perjalanan kami ke Kashmir. Akhirnya dua hari sebelum berlepas, majoriti daripada kami membatalkan terus rancangan percutian, usahkan Kashmir, percutian ke India juga ingin dibatalkan sama sekali. Kami juga mendapat mesej dari agen di Delhi yang menyatakan bahawa mereka tidak menyarankan kami meneruskan percutian ke Kashmir.
Sehari sebelum berlepas, sebahagian dari kami mencadangkan supaya itinerari percutian diubah, batalkan Kashmir, ganti dengan Agra dan Jaipur, selain dari Delhi. Agen di Delhi segera diberitahu untuk menyediakan pakej Golden Triangle Delhi-Agra-Jaipur tapi hanya untuk 4 orang sahaja kerana 2 orang lagi sudah nekad untuk terus tidak pergi bercuti.
Akhirnya, pada pagi hari berlepas (flight berlepas waktu petang) barulah kami dapat confirmkan dengan agen di Delhi yang kami ber-6 akan pergi ke India dengan membatalkan itinerari ke Kashmir. Agen juga cuba membuat itinerari Golden Triangle ini tanpa melibatkan kos tambahan, cuma kami akan kerugian kos penerbangan domestik (Delhi-Srinagar) kerana tiket penerbangan adalah tiket yang hangus sekiranya penerbangan itu tidak diambil.
Bagi kami berdua, percutian ke India kali ini tidak menyeronokkan kerana kami telahpun menjelajah India dahulu pada tahun 2015, malah itinerari kami lebih meluas lagi (2 minggu percutian) dari hanya Delhi-Agra-Jaipur ini.
Kami sudah tawar hati untuk merancang ke Kashmir lagi selepas ini setelah dua kali perancangan ke sana terbatal, satu akibat banjir besar dan satu lagi akibat konflik di Kashmir yang meruncing.
Percutian kami ke India kali ini hanyalah sekadar mengiringi ahli rombongan lain. Setelah mendarat di Delhi, kami bermalam selama dua malam. Dari airport Indira Ghandi, kami di bawa ke hotel Hari Piorko, sebuah hotel bajet di kawasan sesak. Malam itu juga kami beritahu agen yang kami nak hotel lain keesokan harinya.
Pemandangan dari anjung hotel sewaktu sarapan pagi sebelum check out..
Setelah check out, kami meronda kedai tekstile Delhi (H P Singh). Sementara sebahagian sibuk membelik kain di HP Singh, kami meronda kawasan sekitar (Nehru Place) mencari kedai telefon untuk membeli simkad India. Payah juga sebab agak strict untuk mendaftar line telefon. Akhirnya kami guna butiran pemandu kami untuk dapatkan dua simkad India. Foto dibawah setelah puas menunggu simkad diaktifkan... sejam lebih baru dapat diaktifkan..
Selepas makan (lewat) tengahari di Nehru Enclave metro station (ada restoran halal di dalamnya), kami menunggu ketibaan pemandu di luar metro station untuk ke hotel. Derma darah? macam ni pun boleh..
Di sebelah petang kami check in di hotel Signature Grand. Hari dah petang, bila sampai ke hotel, hanya sempat ke kawasan kedai/bazar berdekatan (dalam 1 km jarak) lewat petang dengan menaiki 'tut-tut' Rs10 seorang. Esok pagi-pagi lepas sarapan, hendak bertolak ke Agra pula.
Seterusnya kami ke Agra kerana sebahagian besar dari ahli rombongan belum pernah ke Taj Mahal. Kami menginap di hotel Altuyaa Taj yang terletak lebihkurang 400m dari pintu masuk (east gate) Taj Mahal.
Setelah check in, kami keluar semula pergi ke Mehtab Bagh, sebuah taman di bahagian belakang Taj Mahal di seberang sungai untuk menikmati suasana sunset di Taj Mahal. Tiket masuk ialah Rp300 seorang.
Barisan 'tut-tut' setelah keluar dari Mehtab Bagh, berjalan menuju ke kereta kami.
Sebelum ke Mehtab Bagh lewat petang itu, kami ronda ke Agra Fort dan sekitar dahulu.
Keesokan paginya sebelum breakfast, kami berjalan kaki menghantar ahli rombongan yang belum pernah ke Taj Mahal untuk masuk ke dalam kawasan Taj Mahal. Selepas mereka masuk, kami pulang ke hotel untuk bersarapan. Pemandangan dari rooftop hotel sementara menunggu mereka siap menziarah Taj Mahal..
Pemandangan Taj Mahal dari hotel..
Selepas mereka kembali dari Taj Mahal, kami check out sekitar tengahari untuk singgah ke bazar Subhash. Bazar ini terletak berhampiran dengan Jama masjid dan Agra Fort.
Masjid Jama di kawasan bazar Subhash
Kononnya nak singgah setengah jam.. hampir 3 jam juga masa kami membeli kain di sini (Sorry lah driver.. semalam kami nak datang awak tak bawa.. entah kedai mana2 yang awak bawa). Dari Subhash bazar menyusuri jalan menuju ke Shahi Jama Masjid, banyak kedai-kedai wholesales. Senang berbelanja di sini kerana tidak memerlukan skil tawar menawar kerana kedai wholesale yang harganya adalah tetap. Cadangan untuk singgah di Sadar Bazar terpaksa dilupakan kerana perjalanan untuk sampai ke Jaipur agak jauh dari Agra. Fatehpur Sikri yang ada dalam itinerari pun kami skip.
Sunset dalam perjalanan ke Jaipur...
Hari sudah malam apabila kami sampai di Jaipur. Kami menginap di hotel Park Ocean selama 2 malam.
Pemandangan dari bilik kami di Park Ocean di sebelah pagi. Shri Bhawani Niketan Polytechnic di seberang jalan..
Keesokan harinya kami ke Amer Fort untuk ahli rombongan ziarah sambil experience naik gajah. Kami berdua tidak masuk kerana sudah menjelajah di sini dahulu.
Jadi kami hanya round di bahagian luar/bawah Amer Fort sementara menunggu mereka selesai menziarah. Terjumpa pula Sunil, driver kami semasa kami datang dahulu pada tahun 2015. Duduk di kedai kopi menghabiskan masa berbual dengan Sunil sambil menunggu.
Selepas Amer Fort, kami meninjau Water Palace/Jal Mahal, City Palace, Pink City/Hawa Mahal dan Bapu Bazar sebelum pulang ke hotel.
(Water Palace atau Jal Mahal, Jaipur) |
(Hawa Mahal) |
Foto ketika di Bapu Bazaar...
Sewaktu makan malam di hotel, kami terjumpa sekumpulan pelancong Malaysia di restoran hotel yang menginap di hotel yang sama. Mereka baru balik dari Kashmir. Mengikut cerita mereka, kat sana salji masih tebal dan hujan salji masih turun, Kekacauan yang berlaku adalah jauh dari tempat yang mereka ziarahi.
Kad bisnes agen muslim di Delhi/Kashmir.. simpan di sini... manalah tahu jika ada yang tukar fikiran nak berkunjung lagi ke Kashmir di masa hadapan.. hihiii..
Keesokan harinya, kami memulakan perjalanan kembali ke New Delhi... foto-foto di sepanjang perjalanan..
Di New Delhi, kami menginap di TE Boutique Hotel (Virohaa Hotel), dekat dengan Nehru Place/HP Singh yang kami pergi tempoh hari.
Sebelah malam , kami naik 'tut-tut' untuk ke Nehru Place/HP Singh lagi sebelum ke Nehru Enclave metro station untuk makan malam. Keesokan harinya kami berdua, check out untuk penerbangan pulang ke Malaysia di sebelah malam nanti.
Sebelum ke lapangan terbang untuk pulang, kami round New Delhi dulu.. ke India's Gate dan sekitar, Red Fort (diluar sahaja) sebelum ke Chandni Chowk (Old Delhi).
(India's Gate) |
(Red Fort) |
Alkisah mencari restoran halal sebelum ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia.. ini tempat yang dibawa oleh waze.. kawasan komuniti muslim.. Bila kami menyapa seorang penjual, katanya semua kedai di sini halal, makanan lazat dan fresh... tapi suasana dan persekitarannya membuatkan hilang selera. Akhirnya beli buah je lah...