Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Saturday, 8 March 2025

Tashkent, Uzbekistan (Feb 2025)

Tashkent atau Toshkent adalah ibunegeri Uzbeskistan, bandar terbesar di Uzbek dan bandar paling ramai penghuni di Asia Tengah. Kami sampai ke Tashkent hampir tengah malam dari Bukhara dengan perjalanan keretapi selama 7 jam lebihkurang.

Diberitahu bandar Tashkent penuh dengan CCTV di segenap sudut. Keselamatan barangan di sini lebih terjamin kerana mereka menganggap perbuatan mencuri itu lebih serious dari membunuh, katanya. Anyway, kami merasakan lebih aman berjalan sana sini di Tashkent berbanding dengan Kuala Lumpur dewasa ini.

Berkenalan Halal, kami diberitahu hampir keseluruhan tempat makan adalah Halal walaupun tiada tanda halal seperti JAKIM, cuma kebanyakannya juga ada menjual minuman keras seperti vodka. Jika mengunjungi tempat makan (asing) seperti Korea, Jepun dsb, tanyakan dulu samada makanan yang disediakan itu halal atau tidak sebagai langkah berhati-hati. Kami makan malam di sebuah restoran Uygur pada keesokan malamnya.

Hari pertama, kami bersiar-siar sendiri di Tashkent dengan berjalan kaki. Untuk ke tempat-tempat yang agak jauh untuk larat berjalan kaki, kami tempah kereta melalui Yandex Go ataupun ambil teksi di tepi jalan. Tetapi kami tidak dapat masukkan butiran debit card ke dalam Yandex Go, jadi terpaksalah guna wang tunai sahaja apabila memesan melalui Yandex Go.

Foto-foto di sekitar bandar Tashkent.


Tugu Amir Timur di Amir Timur Square


Pagi-pagi lagi dah mula ada pelbagai gerai

Kemudian kami tempah kereta untuk ke Minor Mosque. Tidak nampak 6-seater dalam app Yandex Go, jadi kami tempah kereta yg "paling besar" yang ada, tetapi ianya kereta SUV, bukan untuk 6-seater. Pemandu yang sampai minta sedikit bayaran lebih untuk muat 4 orang di seat belakang. Katanya, lebih baik tempah dua kereta (lebih murah) dari pesan satu "mini lori/van" (lebih mahal) 

 
 

Kami mengambil dua buah teksi dari tepi jalan untuk ke Kompleks Hazrati Imam.

TIPS - Dari butiran di internet, lesen memandu Malaysia boleh digunakan untuk memandu sendiri (right hand drive) di Central Asia (tapi kami rasa IDL lebih selamat kerana kami rasa mereka nak baca dokumen dalam bahasa yang mereka faham (bahasa Russia kebanyakannya). Pemanduan di sini mencabar bila tiba di persimpangan dan pemandu-pemandunya (terutama di Tashkent) nampak macam nak mencelah untuk ke depan. Pemandu teksi tepi jalan di Tahkent bawa kereta macam lipas kudung. Pengesan radar nampak macam lazim bagi pemandu-pemandu di sini. Kami tidak rekomen untuk pandu sendiri di Central Asia.



 

Tidak jauh sangat berjalan dari Kompleks Hazrati Imam, kami nampak lagi masjid di mana di kawasan sebelahnya ada kerja-kerja tanah sedang berjalan. Daripada papan tanda pembinaan, nampaknya mereka akan membangunkan sebuah lagi kompleks, Kompleks Imam Bukhari, bersebelahan masjid ini.



Selepas makan tengahari, kami berjalan melewati bangunan-bangunan ini untuk sampai ke kawasan pasar/bazar Tashkent.




Sampai ke kawasan pasar/bazar. Tidak ambil banyak gambar dalam pasar/bazar yang agak sesak ketika itu.



Ini satu lagi pemandangan masjid dari kawasan berdekatan kawasan pasar semasa kami menunggu pesanan kereta dari Yandex Go untuk balik ke hotel.



Wednesday, 5 March 2025

Bukhara, Uzbekistan (Feb 2025)

Kami sampai ke Turkmenistan dari Malaysia pada 19 Feb 2025, dengan rancangan untuk bercuti ke Uzbekistan sebelum menjelang puasa. Pada pagi hari 21 Feb 2025, kami menaiki Turkmenistan Airlines dari Ashgabat International Airport ke Turkmenabat International Airport. Penerbangan bermula jam 6 pagi di Ashgabat, mengambil masa lebihkurang sejam penerbangan.

TIPS - Sekiranya anda menaiki Turkmenistan Airlines, dan akan mengambil bagasi setelah mendarat di Turkmenistan airport, sila pastikan anda simpan tag bagasi kerana bagasi anda akan diperiksa mengikut bilangan tag bagasi sebelum dibenarkan dibawa keluar ke balai ketibaan. "Screening" sebelum menaiki pesawat adalah agak strict di mana segala isi poket, jaket, kasut dsb perlu di kosongkan/tanggalkan semasa melalui mesin pengimbas badan. Pastikan juga tiada sebarang metal/logam di badan termasuk cermin mata, pakaian kemas dsb.

Dari Turkmenabat Airport kami menaiki kereta selama lebih kurang sejam untuk tiba ke border crossing Farab.

Urusan border crossing sebelah Turkmenistan agak leceh dan ketat. Paspot kami diperiksa dan direkodkan butiran disebuah pondok kecil sebaik saja tiba di kawasan berpagar. Bukan saja paspot, malahan kereta yang kami naiki juga diambil butiran nombor plat.

Setelah selesai, kami menaiki bas shuttle (berbayar) untuk ke point Kastam dan Imigresen. Disitu proses imigresen lazim (tetapi lebih ketat dilaksanakan). Setelah selesai, kami menaiki bas shuttle lagi untuk ke sempadan sebelah Uzbekistan. Kami perlu berjalan kaki (100 m?) dari shuttle bus drop-off point ke bangunan Kastam/Imigresen Uzbek.

TIPS - Kami tidak menyaran anda untuk melancong ke Turkmenistan kerana ia masih lagi sebuah negara tertutup (seperti Korea Utara contohnya) di mana proses mendapatkan visa agak rumit dan juga costly. Urusan keluar masuk di border crossing jalan darat juga mengambil masa dan perlu sediakan wang tunai (USD) untuk apa-apa bayaran yang akan dikenakan (terutamanya crossing untuk masuk ke Turkmenistan). Semasa berada di dalam Turkmenistan, anda mungkin akan terasa seolah-olah setiap pergerakan anda akan diperhatikan.

Disebelah Uzbekistan (pekan Alat), urusan kastam/imigresen adalah lancar bagi kami walaupun beg-beg kami juga di imbas melalui mesin pengimbas. Warga Malaysia tidak memerlukan visa untuk masuk ke Uzbek.

Sebuah kereta menunggu kami di luar kawasan Imigresen di mana kami mengambil masa lebih kurang sejam setengah lagi untuk sampai ke Bukhara.

Destinasi kami hari ini adalah Tashkent, ibunegeri Uzbekistan. Dari Turkmenabat, Turkmenistan ianya lebihkurang 770km jarak perjalanan. Kami menempah keretapi dari Bukhara ke Tashkent yang mengambil masa lebihkurang 7 jam perjalanan.

Kami sampai di Bukhara selepas tengahari dan mempunyai sedikit masa untuk makan tengahari dan merayau di Bukhara kerana keretapi kami dijadualkan berlepas pada jam 5 petang untuk ke Tashkent.

Di Bukhara, pertama kali kami menikmati hidangan nasi yang dipanggil "plov" suatu hidangan nasi berlauk daging yang terkenal di seluruh negeri, baik Uzbek ataupun Tajikistan ataupun Turkeministan (3 negara yang kami berkunjungi).

Kata orang, Uzbek adalah sebuah negara di mana harga barangannya murah berbanding dengan negara-negara lain. Kami makan hidangan plov (untuk 6 orang), harganya tak sampai pun nilai RM50. Kami beli sim kad pelancong untuk capaian internet (dan panggilan/sms juga) hanya bernilai lebihkurang RM17 untuk 20GB data dan 1,000 minit (?) panggilan/sms sah selama sebulan. Sim kad ini dibeli di outlet official Bee Line, salahsatu service provider utama di Uzbek.

TIPS - penggunaan kad (plastic money) juga agak meluas di sini. Senang untuk mengeluarkan cash dari mesin ATM. First time kami keluarkan cash dari ATM (sebanyak Som 200,000 - lebihkurang RM80), cajnya hanya lebihkurang 50sen (RM). Penggunaan plastic money juga agak meluas di Uzbek. Masa makan tengahari dan beli sim kad tadi, kami bayar dengan debit kad.

Kami sempat merayau di beberapa tempat di Bukhara sebelum ke stesen keretapi untuk ke Tashkent.


Kami menempah tempat duduk biasa dalam perjalanan keretapi selama 7 jam lebih ke Tashkent. Sebelum kami naik ke dalam gerabak, kami ditawarkan koc VIP dengan tambahan sebanyak lebihkurang RM30 seorang. Apabila kami meninjau koc VIP, kerusinya kerusi elektrik lengkap dengan massage dan enak untuk terlena disepanjang 7 jam perjalanan itu. Kami tidak berfikir panjang untuk menukar koc biasa kepada koc VIP.
 

Kami sampai di Tashkent selepas jam 11 malam, bukan dengan keretapi laju dalam imej di atas, tapi dengan keretapi yang ada disebelahnya. Di Tashkent, ada kereta menunggu untuk membawa kami ke hotel, di mana kami bermalam selama 2 malam.


 

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...