Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Thursday, 24 May 2012

No Frills - Jauh berjalan kaki wei !!!

Semasa kami bercuti di London pertengahan tahun 2010, kami menempah "No-frills" RyanAir untuk ke Venice dan EasyJet untuk ke Geneva, daripada London (dari Stansted dan Luton airports).

Kami menempah tiket secara online dari Kuala Lumpur lagi. Kami sempat print "Boarding Pass" RyanAir semasa kami masih berada di Malaysia kerana "Boarding Pass" Ryan Air boleh dicetak, kalau tidak silap, seawal 2 minggu sebelum tarikh penerbangan.


Yang ini pula, "Travel Plan" EasyJet. "Boarding Pass"nya kami cetak setelah kami berada di UK.


TIPS : Sekiranya anda terbang dengan RyanAir ataupun EasyJet dari Stansted ataupun Luton, pada waktu pertengahan tahun - pastikan anda tiba awal untuk daftar masuk. Sekurang-kurangnya 3 (?) jam lebih awal dari waktu penerbangan.

Pengalaman kami di Stansted Airport

Semasa ke Venice dari Stansted Airport, dengan RyanAir, kami sememangnya tiba awal di airport. Lagipun kami perlu menghantar balik kereta sewa. Eloknya pick-up/drop-off kereta sewa di airport ni adalah kerana waktu operasinya lebih fleksible. Pukul 5:30 pagi kami telahpun berada di Stansted Airport kerana waktu itu Hertz Car Rental telah mula dibuka (untuk drop-off sahaja, kerana kaunter hanya dibuka pada jam 8 pagi?)

Selepas "drop-off" kereta, kami terus berjalan kaki ke kaunter daftar masuk RyanAir. Nasib baik Hertz car rental pun kat airport terminal juga! 

Mak datuk !!! Ramainya orang beratur!! (kaunter masih belum dibuka ni!) Oleh kerana kami bukan pemegang paspot UK ataupun EU, kami pun terpaksa beratur sama untuk "clearance" di kaunter (passport verification) walaupun kami telah ada boarding passes. Dekat sejam baru clear kat kaunter. Kemudian berjalan kaki ke tempat "custom clearance" pula. Beratur lagi!. Lepas tu, rasa begitu jauh berjalan kaki untuk ke "departure gate". Boleh dikatakan kami berlari anak untuk tiba ke departure gate. Sesampainya di sana (jauh berjalan kaki wei!!), orang sudah beratur menaiki pesawat! Kami tiba "ngam-ngam" untuk tidak terlepas kapalterbang. (Sila ambil perhatian bahawa RyanAir/EasyJet memang warning awal-awal lagi untuk tepat pada masanya, kalau tidak, memang kena tinggal!).

So, 3 jam tu mungkin hanya cukup-cukup pada musim orang ramai begitu. Itu nasib baik yang boleh "berlari" untuk ke departure gate. So.. take note!

Pengalaman kami di Luton Airport

Belajar dari pengalam di Stansted Airport, kami merancang untuk tiba lebih awal di Luton. Lagipun tempat drop-off kereta sewa, bukan di Airport Terminal proper, kena naik bas (disediakan percuma mengikut jadual) dari drop-off location ke Terminal Airport. Dalam nak lekas ke Terminal, kami tertinggal holder GPS dalam kereta! Ceh!

Sampai di kaunter daftar masuk EasyJet, mak datuk nenek moyang!!! Orang lagi ramai!!!! Dalam fikiran, memang sudah tak sempat lagi ni nak "clear" in time untuk naik pesawat. Kami terus pergi jumpa petugas EasyJet (customer services) untuk mengadu hal.

Waduh! Leganya kami apabila petugas tu kata, "You have Malaysian Passport. Go straight to custom clearance point". Sampai juga kami ke Geneva hari tu! (Beratur di custom check point dan jalan kaki ke departure gate pun ambil masa yang lama juga wei! Sampai ke gate terus naik pesawat)

Secara overall, pengalaman dengan "no frills" RyanAir dan EasyJet ini okay jugalah, especially, straight-forward masa booking tiket kat on line tu. Tak pening kepala, konar sana, konar sini seperti diajak main hide and seek pula. Contohnya, RyanAir buat promosi harga. Harga itulah yang kita bayar tanpa apa-apa lagi charge itu dan ini samada hidden ataupun tak hidden.

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...